Tuesday, March 4, 2014

Masa Air Tiada Tak Nak Pula Pasang Injap

Kawasan perumahan kami dicatu air mulai pagi ini. Kebanyakan daripada kami dah bersedia menyimpan air untuk tempoh 55 jam. Tapi ada juga jiran yang buat-buat terkejut bila bekalan air mula dicatu pagi tadi. Kalau nak minta aku hubungi adik aku yang kerja di Syabas itu untuk hantar lori tangki air, kirim salam ajelah. Aku tahu dia ada banyak lagi urusan yang lebih mendesak. Tapi pagi tadi tak lama selepas bekalan air terputus ada jiran aku menelefon aku. Dia memberitahu dia baru saja mendapat notis gangguan bekalan air daripada Syabas. Jiran aku tu beritahu semua rumah sepatutnya mendapat notis tersebut kerana semasa dia bertanya dgn pekerja kontraktor yg menyebarkan borang notis tersebut, dia diberitahu semua rumah diberi notis itu. Bila aku cari dalam rumah aku ada notis itu di meja telefon rupanya. Mungkin Haikal yang letakkannya di situ. Ini yang diberitahu di dalam notis tersebut: Dimaklumkan bahawa pihak Syabas akan menjalankan kerja-kerja pemasangan injap sesalur. Butir-butir gangguan adalah seperti berikut: Tarikh : 6 March 2014 (Khamis) Masa : 10:00 malam - 5:30 pagi Kawasan yang terlibat : Taman Keramat AU 1 Kawasan kami dijangka mendapat semula bekalan air petang Khamis ini pukul 4 ptg. Takkanlah malam tu nak terganggu semula bekalan? Tak boleh ke pihak Syabas buat kerja memasang injap sesalur ini semasa bekalan kami sedang dicatu sekarang ini? Tindakan kurang bijak seperti ini yang membuat pengguna hilang sabar. Lebih-lebih lagi ada yang nak gunakan air pagi Jumaat tu …… hehehehe

18 comments:

  1. eh apasal semasa aku publish perenggannya hilang?

    Maaflah kalau ini menyulitkan untuk membaca ….. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pi la edit semula YB. saya tak baca tau. sebab tengok tak de perenggan, saya malas nak baca. hahaha.

      Delete
    2. Saya dah cuba edit semula pagi tadi tapi tak berjaya …… huwaaaaa

      Delete
  2. hilang lagi perenggannya eh bang...

    dah cuba edit balik..?



    ReplyDelete
    Replies
    1. haah hllang lagi perenggan bila di publish.

      Dah cuba edit semula tapi mcm ni juga…… huhu

      Nak suruh berhenti blogginglah kot. Entah2 blogspot ni pakat dgn nuffnang ….. hehehe

      Delete
  3. - saya kurang faham karangan YB...maksudnya YB nak mereka pasang injap masa "bekalan di catu", kan? Tapi baca tajuk entry , macam lain pula maksudnya..hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk asal tu mungkin agak mengelirukan. Saya dah tukar tajuk tu semalam selepas saya balik dari Klang.

      Ok sikit kot?

      Delete
  4. As salam..,

    yb.., sabo je la kan... =D

    agk kurang bijak disitu, tp mungkin mereka ada reason y kuat... ~ think +ve ,..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam …,

      Sabar tu sabarlah juga tapi kalau buat kerja kurang bijak mcm ni ramai org marah. Semalam saya dah hubungi bos Syabas dan pagi ni beliau beritahu kerja pemasangan injap sesalur itu akan dijalankan hari ni semasa kami masih dicatu dan takde bekalan air ini.

      Bila saya beritahu di whatsapp jiran2 taman ni, ramai yang bersyukur

      Happy ending …..

      Delete
  5. a ah .. macam pelik jer .. lalu sini perenggan takde ... puas mata terbeliak nak pahamkan cerita ... hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaflah perenggan takde. Kesian pula saya dengar kawan2 yg terpaksa terbeliak mata nak baca dan fahamkan cerita.

      Apapun terima kasih kerana sudi membaca dan memberi komen

      Delete
  6. YB kontraktor Syabas tu banyakkkk juga kerja lain nak buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kontraktor Syabas pun bukan satu. Carilah yg boleh buat kerja tu masa air paip tengah takde ni.

      Delete
  7. jadual kerja mereka x selari kah? adakah tiap unit buat jadual dan keputusan tanpa rundingan dengan unit yang lain?

    x ada air plus jerebu.... ramai orang kurang sabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada yg terlepas pandanglah tu. Tapi setelah saya timbulkan dgn bos Syabas kerja pemasangan injap itu telah dilakukan semalam semasa kami tengah takde air.

      Hari tu hujan lebat turun di sekitar Lembah Klang. Jerebu berkurangan dan harap2 air di empangan bertambah agar catuan dihentikan segera.

      Delete
  8. kampung saya pun dah lama tak hujan... pakai perigi... air masih ada walau tak melimpah ruah... klu hujan pun x lebat mana....

    teringat masa di shah alam dulu masa xde air
    sangat menyulitkan... nak pulak tinggal kat rumah flat tingkat atas sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh awak dah balik kampung rupanya. Ingatkan masih kerja di pasaraya tu.

      Kat kampung kalau ada perigi memang adala back up bila air paip takde. Di KL ni takkan nak korek perigi di kawasan rumah teres. Tambahan rumah kami ni di kawasan bukit…. huhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails