Wednesday, February 26, 2014
Nak Pinjam Duit Boleh?
Ahad lepas sedang aku nak menunaikan solat dhuha (masa tu dah pukul 1 lebih!) tiba-tiba loceng gate berbunyi. Bila aku lihat dari jendela bilik, aku nampak ada seorang lelaki yang tak aku kenali berada di depan pintu pagar. Belum sempat aku nak turun kebawah lelaki Melayu dalam lingkungan 30an menekan-nekan lagi loceng tu. Bagilah salam kalau ya pun. Aku agak bengang bila orang dok tekan loceng mengalahkan penjual aiskrim membunyikan locengnya.
"Ya nak cari siapa?" tanya aku setelah aku keluar dari rumah. Masa itu aku memakai kain pelikat dan kopiah sebab aku nak solat.
"Assalamualaikum Bang. Saya duduk rumah No 52 seberang jalan ni. Kereta saya habis minyak hitam. Isteri saya pulak pergi kerja. Saya nak beli minyak hitam takde duit. Saya tak tahu nak pinjam dari sapa. Jadi fikir punya fikir saya tebalkan muka datang sini untuk pinjam duit nak beli minyak hitam untuk kereta saya tu," dia menerangkan dgn panjang lebar hasratnya kepada aku.
"Awak nak beli minyak kat mana?" tanya aku.
"Saya ada pinjam motor Pak Guard tadi untuk beli minyak," jawabnya.
Lain yang aku tanya lain pula yang dia jawab. Tapi setahu aku Pengawal Keselamatan di taman perumahan kami ni bertugas dari pukul 11 malam hingga pukul 7 pagi. Takkanlah Pak Guard tu nak tunggu sampai pukul 1 tengahari. Aku mula merasa curiga dgn 'jiran' aku ni. Setahu aku rumah No 52 itu didiami oleh penyewa. Penyewa2 ini pula jenis tak campur dgn orang.
Aku minta jiran aku tu tunggu kejap sementara aku masuk ke dalam rumah sebab semasa keluar berjumpa dia di pagar tu aku tak bawa dompet (pakai kain pelekat mana ada poket nak letak dompet).
Bila aku masuk ke dalam rumah emak Adam bertanya kepada aku apa yg terjadi. Maka aku pun terangkanlah. Emak Adam rasa orang tu penipu. Tapi untuk bersangka baik, emak Adam cadangkan kami berikan baki minyak hitam yang ada dalam setor. Minyak ini baki setiap kali kami servis kereta Swift Myvi Atikah. Kereta kecil tu tukar minyak segelen pun tak habis.
Aku pun mengambil dua bekas minyak hitam itu dari setor dan bawa keluar berjumpa dgn 'jiran' aku yang masih menunggu di luar pagar. Sebaik dia melihat aku membawa bekas minyak hitam itu dia pun berkata keretanya tak sesuai menggunakan minyak tersebut. Cewah bukan main lagak lagi. Kereta mewah ke yang dia pakai. Kalau aku terdesak kereta kehabisan minyak hitam, minyak apa jenis pun aku sapu aje dulu sebelum dapat beli minyak yang betul gradenya.
Aku kata ambil ajelah minyak ni tapi dia tetap menolak. Dia pun berjalan ke arah rumahnya dan hidupkan motor. Aku tengok takde pun kereta di rumah No 52 tu. Lepas dia start motor dia pun belah.
Aku percaya dia bukan nak pinjam duit utk beli minyak hitam tapi nak kapur duit aku jika aku termakan dgn jalan ceritanya itu ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Macam2 betul skang ni.. Naik takut jadinya.. adehh..
ReplyDeleteOrang nak menipu memang mcm2 cara sekarang. Pandai pula dia beritahu rumah yg didiami oleh penyewa yg tak campur orang. Kalau dia bagi tahu rumah lain yg saya kenal penghuninya, memang saya akan masuk dalam telefon polis…..
DeleteYb tak perasan kedah nak masuk zohor? hahaha
ReplyDeleteMemangpenipu..usah dilayan
Pasal saya perasan dah pukul 1 tapi dia boleh pula pinjam motor Pak Guard tu lah saya rasa ada yg tak kena dgn jalan cerita dia
DeleteNak tegur jugak, solat Dhuha ke solat Zuhur pukul 1 lebih tu?
Deletesaya pernah kena kat pasaraya.. org mintak lima ringgit nak bayar teksi x ckp duit katanya... saya tau dia tipu.. sbb sy tak nak jadi apa2 kat saya.. dan masa tu saya baik hati ( takut sebenarnya..) saya bg je lima inget.. lepas tu dia pegi.. legaa...
ReplyDeleteLain kali saya nak tunggu CPL pergi pasaraya dan nak minta duit teksilah kat CPL. Kalau tak kasi duit teksi saya nak ikut naik kereta awak …… hehehe
Deleterajin dia ikhtiar nk menipu
ReplyDeletedah itu profession dia agaknya ….. huhu
DeletePadan muka dia kelentong minyak hitam dapat minyak hitam. Hitam la muka dia ya mcm hitamnya hati dia.
ReplyDeleteDia tak tahu orang yg nak dikelentongnya ni bekas pekerja sykt minyak …… hehehe
DeleteMacam2 akal orang nak menipu, ada rupa macam penagih tak YB?
ReplyDeleteOrg nak menipu ni mmg macam2 akalnya. Ada tu bawa surat pungut derma surau (surat tu dia scan biar nampak mcm ori) tapi bila ada jiran saya call nombor di dalam surat itu, Bendahari surau tu kata surau mereka dah lama siap!
DeleteMuka dia takdelah pula mcm penagih
perghhhh!
ReplyDeletegile.
Berani mati ….
DeleteAs salam...yb... bahayanya sekarang kan... ish2x... dah ditolong, memilih pula
ReplyDelete~_^
Waalaikumus salam Akak Adek,
DeleteSekarang ni kena berhati2 setiap masa. Kalau emak Adam yg keluar hari tu mungkin lain pula taktiknya. Bila dia tak nak minyak hitam yg saya tawarkan tu nampaklah sangat dia bukannya nak minyak hitam tapi cuma nak duit
macam2 lah...bahaya dimana2 sekarang ni.
ReplyDeleteBetul tu. Kan kawasan rumah pun kadang2 rasa tak selamat juga …. huhu
Deleteadoi bangggg...
ReplyDeletebuat lah perenggan!
jenuh saya nak membacanya..
naik juling membacanya!
[ baca sampai habis jugak tapi]
Masa saya tulis tu ada perenggannya tapi bila publish entah kemana hilangnya. Maaflah kerana menyusahkan kalian yg nak baca sehingga naik juling. Juling air cantik tau ….. ngeeeee
DeleteKak Singa, saya tahan nafas tau baca benda tu. Dalam hati menggerendeng jugak, apsal la tak de perenggan? Sesak nafas tau YB baca macam tu.
DeleteTapi tetap baca smp habis.
Jenis penipu ni pandai je dia create macam2 cerita.
ReplyDeleteDia pun buat homework juga sebelum nak tipu orang agar tak nampak ceritanya tu kelentong. Tapi tak habis buat homework sebab dia tak tahu pengawal di sini hanya berjaga pada sebelah malam ….. ngeeeee
DeleteSetuju dengan Dr Singa.
ReplyDeletekena ada perenggan.
sedap sikit baca.
tapi,
hebat manusia zaman sekarang.
dalam baik mereka nak menipu.
dalam ramah tamah mereka nak menipu.
Maaf doc entri kali ini menyusahkan kerana takde perenggan. Semasa saya taip memang ada perenggan tapi bila publish entah mcmana perengganya hilang. Nanti saya akan pastikan ini tak terjadi lagi di entri2 akan datang.
DeleteManusia zaman sekarang ni tak semua menipu secara kasar. Dalam baiklah lebih ramai org mudah terpedaya lebih2 lagi yg berhati mulia …… huhu
bijak bijak..
ReplyDeletemacam penyamun.
Penyamun tarbus. Kalau mati, akan cakap mati dalam iman …… huhu
Deletekata nak beli minyak hitam, dah orang bagi free tak nak pulak..nampak sangat menipunya
ReplyDeleteMesti dia semangat bila YB masuk balik ke rumah... bila dia nampak YB keluaq bawak minyak hitam mesti dia rasa nak nangis guling2...
ReplyDeleteYB saya pun pernah kena camni...nak boh minyak motor..10 hengget...saya tanya iu ini...dia kata dia tak tipu aih..hari jumaat ni (kebetulan harini pun jumaat kan)....tak nak songeh2, saya kasi dia...then nampak bukan dia gi masjid...blah gitu je..
ReplyDeleteSalam YB,
ReplyDeletememang bukan nak meminjam..tapi nak mencuri cara terhormat kot..