Friday, February 21, 2014

Kenapa Aku Susah Nak Kurangkan Berat Badan

Bagi anda yang masih sudi membaca blog ini aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih sebab dah lama aku tak update. Dah lama juga aku tak masuk blog aku sendiri dan blog kawan-kawan. Tergerak pula petang ni nak masuk blog sendiri. Bila aku tengok notification, ada 52 komen yang perlukan moderation. Sempat aku lepaskan 2-3 komen dan terus balas. Yang lain tu tunggulah dulu ya …. ngeeee Aku nak bagi tahu dah 4 hari emak Adam tak sihat. Batuk, demam, selsema dan pening kepala. Kesian aku tengok dia tapi aku tak dapat nak bantu mengubatinya sebab aku bukan doktor. Dalam tak sihat tu dia tetap melakukan kerja2 rumah seperti membasuh baju, mengemas dan memasak. Semalam dia masak laksa johor sebab anak ketiga kami yg lahir di Johor dan sedang bercuti di sini dah nak balik semula ke Universiti Malaysia Sabah Sabtu ini. Dia tu memang suka laksa Johor. Boleh dikatakan sekeluarga turun ke dapur semalam untuk tolong memasak. Aku sekadar tolong menggoreng kelapa untuk dibuat kerisik kerana kononnya sibuk dengan kerja ….. hehe Bila dah siap, memang sedap laksa Johor emak Adam ini. Anak2 semua memuji. Akupun puji juga. Tapi pujian yang lebih bermakna adalah apabila suami dan anak makan tak cukup sikit. Masing-masing gunakan mangkuk besar beb. Sekarang korang dah dapat jawapan kepada soalan di atas …… hehehe

22 comments:

  1. hahahaha... mmg lama sungguh x masuk sini. Moga mak Adam cepat sembuh. Biasanya bila mak sakit ni, anak2 rasa x best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujur awak masih ingat jalan ke sini …. hehe

      Terima kasih mendoakan. Nampaknya demamnya dah boleh dikatakan sembuh. Cuma batuknya aje yg masih terkokol2 ….. huhu

      Delete
  2. YB boleh juga ubati, dengan berada di sisi Emak Adam, cukup la tu. Kurang juga la demam nya. Kan Emak Adam kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang sering berada di sisi emak Adam. Kan saya ni kerja kat rumah aje. Bila malam lagilah di sisi betul2 ….. lalala

      Delete
  3. hahahaha..kalau nak kurus,makan laksa penang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ, apa beza laksa Penang dengan Johor?

      Delete
    2. Dah selalu juga saya makan laksa penang samada yg emak Adam masak atau yang beli di pasar malam. Tak kurus pun ….. huhu

      Delete
    3. t.a.t.a - laksa johor guna santan. Itu yg menggemukkan tu kot …… ngeeee

      Delete
    4. Saya agak aje mcm tu ….. ngeeeee

      Delete
    5. Tata: Laksa Johor, lebih pekat, sebab guna santan...Makan laksa johor, lebih mengenyangkan..Laksa Johor,boleh dimakan guna mee spageti,manakala laksa Penang, tidak

      Delete
    6. So betul la agakan YB tu. Hehehe.

      Delete
  4. Replies
    1. Sekarang ni hampir setiap petang saya main badminton. Nak jogging tak larat sebab tapak kaki saya sakit

      Delete
  5. Replies
    1. mak ai panjang betul nafas doc. Ini kalau masuk pertandingan menyelam mesti menang ni.

      Pendek sangat ke entri ni? Saya tengok tasekM punya lagilah pendek ….. hehehe

      Delete
    2. Memang pendek. Satu perenggan aje. Last sekali baru tahu jawapan pada tajuk entry itu.

      YB jangan banding kan dengan Kak Tas. Dia tu memang kaki kejap pendek, kejap panjang punya entry. YB pulak dah biasa panjang, tup-tup bila taip pendek punya entry, rasa lain pulak. Hahaha.

      Delete
    3. Cukuplah tu sebagai permulaan setelah 'berehat' panjang. Kalau start2 aje dah panjang kang ramai pulak yg terkezut. Kalau nak baca yang panjang boleh skodeng fb saya. Kat sana sekarang ada beberapa status saya yg agak panjang sehingga rakan2 kata mcm karangan sekolah …… hehehe

      Tas panjang ke pendek tetap ramai peminatnya. Dia tulis satu baris pun orang komen berpuluh2. Itu kelebihan dia w/pun dia sering cuba menidakkannya.

      Tiba2 rindu pula nak jumpa dia ….. ngeeeee

      Delete
    4. YB, nanti dah jumpa Kak Tas, snap gambar dia. Pastu wassap eh. Hahaha.

      Delete
  6. as salam yb..., singgah sini tgk n3 "nak kurus?" hehe ,,,makan besar nampak~camner nak turun berat ni.... ~_^
    apepun, moga emak adam cepat sembuh...amin...=D

    ReplyDelete
  7. Bagi alasan le tu kenapa perut dia naik...larikkk...

    Moga emak Adam cepat sembuh.

    ReplyDelete
  8. saya pernah makan laksa johor tapi tak sedap..sampai sekarang kalau orang offer laksa johor sy taknak hehehe sbb dok teringat yang tak sedap tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails