Wednesday, January 15, 2014

Nak Bela Orkid Pulak Dah …..

Dimulakan dgn misi mencari pokok-pokok orkid


Anak orkid ni murahlah tapi berapa lama nak tunggu sehingga berbunga ….. huhuhu


Rambang mata nak pilih yang mana satu. Semakin cantik bunganya semakin mahal harganya


Tawar jangan tak tawar. Emak Adam cakap Jawa saja dgn pembantu ladang orkid ni. Dapatlah 'mereng' sikit harga tu


Bunga jenis ni tahan lama ke?



Tukang enterframe


Luas ladang orkid ni. Ini kawasan yang baru dibuka di tepi lereng bukit.


Aku berkenan dgn bunga yang ini tapi harganya buat lari bajet. Takkan lepas beli pokok orkid nak kena makan sayur kangkung sebulan sebab nak kumpul semula duit ……. ngeeeee



Kalau nak tahu kat mana ladang orkid ni, sila lihat papan tanda berikut



Tak jauh selepas simpang masuk ke Bandar Tasik Puteri

25 comments:

  1. saya ada bela pokok orkid...dalam setahun, rasa rasanya 2 kali aja kot berbunga..tu pun sekuntum...hahahaha..Dah lama tak gi nursery kat jalan lama Sg Buloh - Kota Damansara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu biasalah doc. Mula2 beli banyak bunga dan tunas yg nak berbunga. Selepas habis yg itu, tinggal pokoknya je. Silap haribulan, tinggal batang tanpa daun.

      Nursery kat jalan lama Sg Buloh - Kota Damansara tu tak banyak orkid. Pokok bunga lain banyaklah. Kami pun biasa juga beli kat sana dulu

      Delete
    2. Itu ke nursery yang Emak Adam nak singgah itu hari tapi tutup?

      Delete
    3. t.a.t.a,

      Masa bila ek? Tapi bukan nursery ini sebab yg ini dah lama tak pergi

      Delete
    4. Masa on the way balik ke Tanjong Karang nak singgah tapi tutup. Lepas tu singgah beli soto.

      Delete
    5. Oh masa tu. yang itu nursery kat Sg Buloh yg dah tutup. Kalau tak bolehlah singgah sebelum masuk highway LATAR

      Delete
  2. cantik-cantik belaka... b0r0ng semua lah YB huhuhu

    *dah lama x komen rasa segan lak... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang geram tengok bunga orkid yang cantik2 tu. Tapi memang tak mampu nak borong semuanya. Bajet takde dan juga tempat nak letak pokok2 tu pun takde jugak …… hu hu

      Apa yg nak disegankan. Terima kasih masih sudi memberi komen

      Delete
  3. makcik fail bia bab nak jaga pokok bunga ni...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Takde masalah tapi pengerasnya ayam golek sekor …..

      Delete
  5. sg.buloh, dekat klinik kusta byk juga kdai orkednya..sy pun terposana dengan orked angkara hasutan mak.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah juga beli orkid kat klinik kusta tu selain beli bunga2 lain.

      Tak baik tuduh emak awak menghasut. Dia cuma nak awak tolong dia bela pokok orkid dia …. hehehe

      Delete
  6. YB... y last tu x ada lagi kat rumah.. belikan nanti bila nak dtg penang ya.... beli anak udah le....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti kalau yg last tu ada jual anaknya. Lain kali saya cuba tanyakan

      Delete
  7. orkid senang bela kan..tak payah siram selalu pun boleh hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya memang tak perlu disiram air selalu tapi kena sembur ubat. Ada macam2 jenis ubat kalau nak dia rajin berbunga dan bertunas baru

      Delete
  8. Dulu jalan lama Rawang Kuala Kubu Baru ada ladang orkid kat lereng bukit jugak sekarang tak tau ada ke tak lagi. Mak Aina pun sibuk tanam orkid tapi biasanya dia beli yg kecil je nak safe budget...ahahhaa...

    Kalau Aina balik kampung mesti dia merengek je ajak pergi Padang Besar kat sana boleh tahan murah lah harga pokok orkidnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aina merujuk kepada ladang orkid di Serendah tu ke? Yang itu memang besar dan pernah masuk tv. Arwah emak saya pun pernah ajak saya ke sana tapi tak sempat nak pergi dgn dia ….. huhuhu

      Bagi org yg rajin bela orkid memang lebih suka beli anak pokok. Dia suka tengok pokok itu membesar selain dapat jimat bajet.

      Padang Besar banyak pokok yg takde lagi kat sini selain daripada pokok orkid. Pernah emak Adam beli pokok kat sana dan bawa balik KL. Jadi tak hairanlah orang Perlis mcm emak Aina tu gila nak ke sana bila anaknya balik……. hehehe

      Delete
  9. Hari tu masa saya pergi CH, tertarik jugak dengan dua tiga jenis okid hutan.. Bila tengok harga dia, gullpp... mahal giler tapi bunga dia memang cantik la..

    Kalau nak bunga yang tahan lama, beli okid jenis butterfly yang bunga dia lebar2 tu.. Okid memang susah nak keluar bunga.. Lagi2 dapat tuan macam saya yang tak berapa tau tentang penjagaan okid ni.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orkid ni kalau bunga dia cantik atau jenis yg baru keluar di pasaran harganya memang mahal. Mana yg org dah bosan tu murahlah sikit. Tapi bila kita tanam nanti ada yg mengata kita dah ketinggalan zaman ….

      Orkid kalau nak senang keluar bunga kena sembur ubat. Penjual orkid akan beritahu ubat orkid ni.

      Delete
  10. Salam....arwah mak dulu memang suka tanam orkid.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Fadzli,

      Samalah mcm arwah emak saya dulu. Kami siap buatkan rumah orkid. Sekarang isteri saya pula nak bela orkid …. hehehe

      Delete
  11. Orkid ni lebih senang nak dijaga berbanding dgn beberapa jenis pokok lain sebab pokoknya tahan lasak. Tapi kalau kurang penjagaan, orkid ni malas nak berbunga. Itu yg kita nampak mula2 beli banyak bunganya tapi selepas 2-3 bulan tinggallah sebatang dua bunga ….. huhuhu

    Emak Diana mungkin jenis yg rajin jaga pokok orkid dia. Itu sebab setiap hari dia belek orkidnya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails