Wednesday, January 22, 2014

Senarai Makanan Yang Nak Dimakan Sepanjang Bercuti


Inilah senarai tu.

Afifah sedang bercuti semester sekarang. Dia sampai dari KK petang Khamis lepas. Dia dah tunjukkan senarai ini kepada emak Adam (emak Afifah jugalah … hehehe). 

Bila aku diberitahu senarai tu, aku ambil lalu baca. Dan sebagai blogger (walaupun dah tak berapa aktif) aku ambil gambar senarai tu dan tempekkan di sini.

Nampaknya takde kerja lainlah budak ni sepanjang cuti ni selain daripada makan, makan dan makan …… hu hu hu

19 comments:

  1. kahkahkahhhh !!!!!

    jenuh mak adam nak pikirkan cari dan buat 37 jenis!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua emak Adam kena masakkan. Ada yg beli aje macam karipap Ikea tu. Ahad lepas dah ke sana ….. hehehe

      Delete
    2. Ulang visit karipap Ikea nampak? Hehe.

      Delete
  2. wah..
    lama saya tak first kat sini..

    lama tak update bang..?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng2 yg dok berebut nak first tu ramai yg dah pencen blogging. Tinggallah beberapa orang aje campur sorang dua yg baru mcm t.a.t.a tu. Jadi peluang nak dapat first tu senang sikit kot.


      Sekarang ni lebih tertumpu di fb. Status kat sana kadang2 panjang mcm entri di blog. Ada yg bersambung mcm kisah telur hari tu ….. ngeee

      Delete
    2. t.a.t.a cakap dia agak sibuk dalam minggu ni. Tu yang dia tak dapat nak chop tempat pertama lagi. Tapi tak pe, dia kata nanti dia akan usahakan balik tempat pertama.

      Itu pun kalau YB tidak post entry waktu malam la. Hehe.

      Delete
  3. Replies
    1. Hebatlah sangat kalau sebulan kerja makan aje. Balik ke Sabah bertambah bulatlah dia ….. hehehe

      Delete
  4. Sama lah macam anak saya yg tengah cuti sem sekarang ni.............

    ReplyDelete
  5. anak nak balik raya cina...dah dok berkira kira apa nak jamu mereka.Bolehlah copy menu tu ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. shillalah copy mana yg senang dibuat atau dibeli. Yang susah tu tak payah layan ….. hehehe

      Delete
  6. Mujur Dak Amoi saya tak macam tu dulu. Dia cuma suka sms jer time nak balik tanya masak apa. Then kalu dah sampai rumah dia request jugak la macam Dak Afifah ni. Cuma tak la sampai tulis senarai... Melampau la Dak Fifah nihhhhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dak Amoi duduk Shah Alam aje. Apa yg ada kat Pandan ada di SA kecuali masakan emak. Jadi sms request pun dah memadai rasanya. Macam juga dak Atikah yg belajar di UiTM tu.

      Tapi kalau duduk jauh mcm Afifah ni mungkin banyak sikit yg nak dimakan semasa cuti terutama yg tiada di Sabah. Tapi kalau dah sampai 37 jenis itu dah melampaulah ….. huhuhu

      Delete
  7. Ohhh ya. Abang YB takyah susah susah balas komen saya. Tak yah. Tak yah. Ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe saya balas komen azie yg di atas tu aje. Yang bawah ni saya tak balas ….. ngeeee

      Delete
  8. Org duduk di over-the-sea, begitulah adanya.. Nyaie atau Mak Hjh bila tahu kami nak balik, penuh meja x Cukup perut nak isi.. Sbb tu sy suka balik mengejut2 je.. Huhu..
    Kasih sayang ibu&nenek, May Allah reward them abundantly IA..

    p/s : dekat mana nak mkn patin tempoyak yg sedap di Kolumpo? Jom la ikut balik, can have it in Temerloh or Tg Lumpur.. Fantastic !

    ReplyDelete
    Replies
    1. See, komen annon pun duduk hujung jugak. Hehehe.

      Delete
  9. Amboooiii...panjangnya senarai. terkojut omak.

    Sebagai ibu mithali mesti mak adam dengan rela hati sediakan semuanya sama ada beli atau masak.

    Berhemah tak komen saya?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails