Tuesday, December 17, 2013

Kenapa TNB Kena Naikkan Tarif Elektrik


Perhatikan wayar-wayar yang berselirat. Siap disangkutkan di atas pokok tu untuk menjimatkan memasang tiang tambahan agaknya


Tengok yang ini aku jadi pening. 



Gambar-gambar di atas ialah keadaan di Saigon. Mereka nak tanam atau pasang wayar-wayar tu kemas2 tak cukup duit sebab tak menaikkan tarif elektrik.

Sebelum perkara ini terjadi di Malaysia, TNB kenalah naikkan kadar elektrik. 

Boleh pakai tak alasan ini? ……… hehehe

Kalau tak nak bayar lebih, jangan gunakan elektrik. Boleh guna lilin atau lampu minyak tanah …… 
hu hu hu

16 comments:

  1. Kita menuju ke Negara berpendapatan tinggi tuan.. Siapa2 tak suka dgn kenaikan ni, sila jgn dok kat Malaysia..
    Syukur Malaysia masih aman..

    # nakmigratekeMelbournerasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pulak macam nie ke? Sangat-sangat tidak setuju dengan pendapat awak tu... Kita sebagai penguna ada hak masing-masing. Impian nak menjadi negara berpendapatan tinggi... tapi kos sara hidup sangat tinggi juga... So, apalah gunanya berpendapatan tinggi...

      Delete
    2. Izni, apa yang annon cakap tu adalah pun. Cuba tengok # dia kat bawah tu.

      Delete
    3. hahaha tu kan ayat "tangan kat bahu, mata ke atas" lawak2

      Delete
    4. Anon,

      Saya sangat bersyukur dgn keamanan yg dinikmati di negara ini. Dengan tiket keamanan ni boleh memberi justifikasi untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan untuk memastikan pemilik atau pelabur syarikat2 berkenaan mendapat keuntungan optima ….. huhu

      Bila nak migrate ke ostolia tu?

      Delete
  2. Kesian rakyat M'sia even masih amannnnn "katanya"....tapi kes2 jenayah makin tinggi apa maknanya tu? Tu maknanya rakyat tak cukup wang nak sara hidup:-)

    ReplyDelete
  3. Alamak. Baru teringat bil api berapa bulan dah tak bayar lagi. Hahahaha. Kalau nanti tiba² rumah bergelap, haa memasing, sila pandang saya ya.

    ReplyDelete
  4. kalau pak2 menteri pun kena bayar semua kos sara hidup mesti diorang dulu yang bangkang kalau semua benda naik huhuhu

    ReplyDelete
  5. diorg cakap tu wayar telefon

    ReplyDelete
  6. teringat masa kecik-kecik keluarga saya adalah penduduk setinggan di kg pandan...masa tu saya kecil lagi rasa yer baru sekolah rendah kot ke tadika..petang-petang menjelang maghrib abah akan pump lampu gasoline untuk cerahkan rumah dengan cahaya lampu gasoline...skrg bila takrif bil elektik mahu dinaikkan terfikir saya pada keluarga miskin Bandar yang punya anak yang ramai dengan kos sara hidup yang tinggi serba serbi..adakah satu saat nanti lampu gasoline akan menjadi pilihan pada mereka?!!! bila mana terbaca kenyataan pak menteri yang bijak lagi pandai bahawa rakyat tidak terkesan akibat kenaiikan takrif elektik...huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada pengalaman guna lampu gasoline ni. Pam pam pam baru cerah. Nak tidur kena kecilkan sikit apinya.

      Delete
  7. tajuk yang mengundang hits yang banyak ni...

    ReplyDelete
  8. Saya no komen. Naik ke tak ke setiap kemudahan kena bayar jadi nak ke tak nak ke terpaksa bayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan akak. Buat penat aje kalau bising² ni. Bukan boleh turun sekali pun tariff tu. Ye la depa kan sole distributor, so naik tak naik tetap ambil dari depa jugak kan?

      Cuma bising² ni as a mean of expresi diri kita. Hehe.

      Delete
  9. kalau dekat batu caves monyet suka gayut kat wayar gitu :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails