Tuesday, November 19, 2013

Satu Lagi Pencapaian Haikal - Kali Ini Di Sekolah Agama Pula

Pada pagi Sabtu baru2 ini telah diadakan Majlis Anugerah Cemerlang, Khatam Al-Quran dan Mesyuarat Agong Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Al-Aziziah di mana anak kami Haikal belajar. Sebelum ini abang2 dan kakak2nya pun belajar di sekolah tersebut. Ini adalah kali pertama Majlis Anugerah secara besar-besaran diadakan di mana ibubapa juga dijemput hadir. Sebelum ini, kerana kekangan kewangan majlis hanya diadakan di kalangan pelajar dan tenaga pengajar. Begitulah nasib sekolah agama rakyat yang serba kekurangan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh murid2 Darjah 6 yang telah khatam Al-Quran di sekolah tersebut. Alhamdulillah Haikal telah terpilih untuk mengetuai majlis tersebut.


Haikal (yang memegang mic) bersama-sama rakan2 Darjah 6 yang khatam Al-Quran pada hari tersebut


Haikal juga mengambil bahagian di dalam persembahan nasyid oleh murid2 lelaki darjah 6. Yang rendah pegang mic tu dia …… ngeee

Untuk anugerah cemerlang dia telah mendapat 3 hadiah termasuk:


Hadiah UPKK 2012 kerana mendapat 8 A

dan ….


Tokoh Cemerlang (Mumtaz) PSRA 2013. Ibubapanya diminta naik ke pentas semasa Haikal menerima anugerah ini.


Haikal bersama hadiah-hadiah dan sijil-sijil yang diterima pada hari tersebut

Alhamdulillah Haikal telah mencapai keputusan yang membanggakan bukan saja di sekolah kebangsaan tapi di sekolah agama juga.



Entri ini ayah dedikasikan untuk pencapaian cemerlang tersebut.

30 comments:

  1. tahniah haikal.. seimbang bekalan dunia akhirat, insyaallah berkekalan keseimbangan ini hingga akhir hayat. tahniah juga pada parentsnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bagi pihak Haikal.

      Hidup ni kenalah utamakan akhirat dan pada masa yg sama tak lupakan bahagian kita di dunia. Kalau dapat menjadi yg cemerlang utk kedua-duanya itulah yg terbaik.

      Delete
  2. bertuahnya YB dapat anak mcm haikal...semoga anak2 saya ikut jejak langkah haikal...ceeewahhhh...tahniah haikal...mesti dpt hadiah best nihhhh...kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua anak ada kelebihannya.

      Ramai lagi pelajar lain yg boleh dijadikan idola oleh anak2 Azian. Saya doakan mereka akan menjadi manusia cemerlang satu hari nanti.

      Sejujurnya takde hadiah best pun yg kami beri. Saya buatkan entri ini dan 2 entri sebelum ini aje ….. hahaha

      Delete
  3. tahniah Haikal...tahniah jugak untuk ayah & mak haikal:-) kerana mendidik dan membesarkan haikal. Semoga kejayaanya berterusan:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih b/p Haikal dan juga dari saya suami isteri.

      Amiin ….. semoga kejayaannya berterusan kerana perjalanannya masih jauh.

      Delete
  4. Alhamdulillah bertuah Haikal dapat ibu-bapa yg pandia didik dia dan bertuah juga ibu-bapa sebab dapat anak sebaik Haikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain ibubapa, guru-guru juga banyak membantu Haikal. Di dalam ucapan bagi pihak murid2 tahun 6, Haikal ada mengucapkan terima kasih kpd guru2 dan ibubapa yang telah mendidik dia dan kawan2nya.

      Delete
  5. tahniah untuk keluarga haikal juga kan :D

    ReplyDelete
  6. Tahniah Haikal, tahniah juga untuk YB dan isteri kerana berjaya melahirkan anak-anak yang cemerlang. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dari kami sekeluarga di atas ucapan Bahiyah tu.

      Semoga Bahiyah cepat menimang cahaya mata

      Delete
  7. Alhamdulillah... Tahniah Haikal.. Jadikan pemangkin utk terus berjaya di Dunia & Akhirat.. Kekayaan & kejayaan itu ujian sebenar, hati2 dgn hati, hati2 dgn kata2. Perjalanan masih jauh & baru bermula.. Moga dijauhkan rasa ujub & riak sebaliknya diganti dgn rasa syukur & cukup sentiasa, bkn shj utk Haikal tapi buat emak & ayahnya jg serta diri kerdil lg hina ini.. Moga terus dipermudahkan inshaaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulillah. Tak sangka juga dia boleh dapat jadi Tokoh Murid di kedua2 sekolah. Lebih2 lagi sekolah kebangsaan sebab itu sekolah berprestasi tinggi.

      Perjalanan dia memang masih jauh. Terima kasih di atas nasihat. Insya Allah akan diingat.

      Delete
  8. tahniah haikal
    tahniah jugak utk ayah dan mak haikal
    moga terus cemerlang ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Irfa.

      Nak menjadi yang cemerlang itu bukan perkara yg mudah tapi nak mengekalkan kecemerlangan itu adalah lebih sukar.

      Terima kasih juga sebab mendoakan dia terus cemerlang

      Delete
  9. tahniah haikal....moga berterusan cemerlang

    ReplyDelete
  10. Tahniah Haikal!!

    Moga anak anak saya akan cemerlang juga macam Haikal..Dan punyai keyakinan tinggi beraksi di atas pentas! hahahaha

    Haikal ada mintak Mini Cooper tak? ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih doc.

      Saya dan emak Adam pun teruja juga tengok dia berani di atas pentas. Semasa baca doa khatam tu lancar aje dia baca. Emak Adam kata, ayah adam pun baca tak lancar mcm tu …. huhu

      Bila dia bagi ucapan kpd guru2 bagi pihak murid2 darjah 6, saya paling terharu semasa dia ucapkan terima kasih yg tak terhingga kepada ustazah kelasnya yg bersusah payah mengajar dia dan rakan2 w/pun ustazah tu sedang sarat mengandung. Memang ada bakat bercakap si Haikal ni mcm abg sulung dia.

      Nasib baiklah dia tak minta mini cooper. Sekadar minta saya gantikan tiub tayar basikal dia yg dah koyak. Tapi kalau dia baca blog DZ yg belikan Ziyyad CRZ dan VW tu, mahu dia pau saya pulak nanti …. hahaha

      Delete
  11. salam kang, tahniahnye anak lanang kang Yb sing pinter ganteng koyok bapak-e kuwiii.., ehhee, (kang, komen wak nih akan dipadam dlm masa 5 minit.. ;-p )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Wak Gelas.

      Kesuwonlah nek muji seng akeh kuwii.

      Wes tak delokay sekang wingi …. orak dipadem komen iki…… hehehe

      Delete
    2. dah spiking jerman ni...hahaha

      Delete
    3. Sorang jerman timur dan sorang lagi jerman barat …. hehehe

      Delete
  12. Tahniah Haikal dan ibubapa, wahhh...macam ni memang confirm nak booking Haikal jadi calon menantu! hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sekali lagi di atas ucapan tahniah (yang beribu-ribu tanya ….. hehehe).

      Saya dah beritahu Haikal doc nak booking tapi dia kata apa ni. Dia kecik lagi. Belum baligh pun ….. hahaha

      Delete
  13. wah, tahniah haikal!
    mesti kembang2 lobang idong YB dan isteri kan, bangga anak berjaya
    alhamdulillah, semoga kejayaan berterusan utk haikal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih elly.

      Taklah sampai kembang2 lubang hidung. Tapi memang bangga sebab dia mencapai kejayaan sebegini

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails