Sunday, November 17, 2013

Ayam Penyet D'Laman, Gombak

Minggu lepas anak aku, Hazwan membawa kami sekeluarga ke Restoran Ayam Penyet D'Laman yang terletak di belakang Balai Polis Gombak.


Kalau datang dari KL, bila nampak Balai Polis ini belok kanan di simpang lampu isyarat selepasnya.


Inilah restoran tu. Dua beranak ini kalau tak enterframe tak sah agaknya …..


Rombongan Cik Kiah berjalan dari tempat parking diketuai oleh Tokoh Murid SKS … hehehe


Sila pilih hidangan yg nak dipenyetkan. Ada ayam kampung, itik, iwak lele (ikan keli) dan ikan talapia


Bergedel daging dan tempe goreng juga ada


Ayam yang telah dipenyetkan dihidang bersama kicap ABC



Dimakan bersama nasi, sambal tempe goreng, tauhu, timun dan kobis mentah


Emak mertua lalu di belakang pun tak nampak. (siapa suruh lalu kat belakang ….. ngeee)


Nak merasa bakso pun ada di situ


Inilah tuanpunya restoran ini. Namanya Tantri berasal dari Indonesia tapi berkahwin dgn lelaki sini. Dia dah kenal Hazwan sejak Hazwan belajar di UIAM lagi.  Ramah orangnya. Seronok emak Adam bercerita dgn dia. Bila nak bayar bil sebanyak RM78 dia bagi diskaun RM8

28 comments:

  1. Oooo lain sikit ayam penyetnya kena makan ngan kicap... yg biasa makan tu takder kicap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kicap dia tu yg buat sedap terutama bila dicampurkan dgn sambalnya. Kena cuba kalau nak tahu nikmatnya …...

      Delete
  2. Gitu punya ramai makan, cuma RM70 saja? Murah giler! Nak pegi lahhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hulur dua keping note RM50 kpd emak Adam ada baki rupanya. Saya suruh emak Adam keep the change ….. hehehe

      Hujung minggu depan bolehlah pergi. Sebelum bayar tu borak2 dulu dgn Tantri. Tunjuk dia gambar yg last tu. Gerenti dapat diskaun ….. ngeeee

      Delete
    2. Amboiii.. promote sakan.

      Oh ya, next time Abang set la gambar ni “large” so dapat tengok jelas sikit.

      Delete
    3. Tempat makan yg sedap dan harga yg munasabah bolehlah abang tolong promote. Kalau kawan2 pergi pun rasa berbaloi.

      Kalau tak banyak letak gambar mungkin boleh set large. Kalau banyak mcm kat atas ni penuh pulak entri dgn gambar gedabak … ngeeee

      Delete
  3. 1. Makchaq 2 kali makan ayam penyek ni dua2 kurang sedap..tapi bukan kat sini la.. tu yang malas nak try dah..

    2. Tahniah untuk Haikal dan YB suami isteri atas kejayaan Haikal jadi tokoh murid dan mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.. siap kena interview lagi (makchaq tak tengok - jarang tak tengok tv).. makchaq tumpang berbangga..
    semoga dia terus cemerlang..
    Kecik2 cili padi Haikal ni... tokoh murid perempuan nampak macam cikgu dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. mungkin bukan citarasa makchaq. Ayam penyet ini takde kuah sangat. Kalau org yg suka makan berkuah memang kurang masuk ayam penyet ini.

      2. Terima kasih. Interview tu kebetulan RTM buat siaran langsung dari sekolah Haikal. Kami pun tak dapat nak tengok rakaman temuramah tu. Masih cuba mendapatkan rakaman tu untuk ditonton anak beranak.

      Haikal ni badan berisi tapi pendek sedangkan budak perempuan memang besar dan tinggi. Kalah cikgu dan juga emak bapak Haikal dari segi ketinggian. Oh ya. Budak perempuan tu dan keluarganya dijemput ke rancangan Selamat Pagi Malaysia pada pagi Jumaat tu sebelum menerima anugerah Tokoh Murid di sekolah. Pandai budak tu.

      Delete
  4. tak masuk tekak saya ayam penyet ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan lauk belangkas lagi sedap ….. hehehe

      Delete
    2. belangkas bakar. dulu masa kecil kerap makan. jiran yang buat.

      Delete
    3. Belangkas bakar tu kita makan telurnya tapi yg di Kota Tinggi tempat Dr Singa makan tu belangkas tu dimasak ada kuah. Makan dgn isi belangkas tu sama.

      Delete
  5. ingat kot balai polis tu yang jual ayam penyet. hahaha.

    iwak kotok
    iwak leleh
    sendiri sambung la.
    hahah

    iwak leleh kalau dimasak apa aje memang sedap. eh, tak. tak. masak kicap tak pernah pulak makan. sedap ke masak kicap? macam cacat aje dengar nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu balai polis yg dalam cerita Masam Masam Manis P Ramlee. Takkanlah kat balai tu nak jual ayam penyet.

      Iwak kotok
      iwak leleh
      mata ne ngantok
      wetenge ngeleh

      Iwwak leleh tu makan gitu aje lepas digoreng garing. Takdelah dipenyet atau diletak kicap.

      Mr Arrogant pun doyan makan iwak leleh ni ….. hehehe

      Delete
  6. Rombongan Cik Kiah? tak nampak pun Cik Kiah nya dalam gambar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di belakang Haikal kan ada 2 org cik kiah ….. hehehe

      Delete
  7. hamboiyaiiii YB...bukan main lagikkk rombongan cik kiah ek...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berderet2 macam itik pulang petang. Itulah yg saya sebut rombongan cik kiah …… hahaha

      Delete
  8. Saya kalau tak berkuah ni tersekat kat tekak rasanya tapi yg herannya bila gi Bandung makan tak de kuah pun tapi elok je ngadap sampai tak cukup2...ahahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya memang kalau tak berkuah tersekat sikit masa makan tu.

      Masa melancong tu biasanya semua sedap sebab tukar selera. Banyak ke Aina memborong masa ke Bandung tu?

      Delete
  9. ni dekat gombak setia ke? kalau dekat gombak setia belakang tu sekolah saya dulu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup dekat Gombak Setia. Oh yg kat belakang tu sekolah juliet dulu rupanya.

      Delete
  10. mcm sedap je
    alahai..telan air lior le pepagi nih

    ReplyDelete
  11. kena ajak YB la kalau dtg sini.......dapat diskaun! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ajak emak Adam sama. Dia yg pandai ayat tauke kedai tu ….. hehehe

      Delete
  12. Alhamdulillah.
    Cemerlang dunia akhirat Haikal ni. Ameen.
    Tahniah kepada ibu bapanya juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur. Semoga dia terus cemerlang di dunia dan akhirat.

      Terima kasih di atas ucapan tahniah kpd kami.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails