Wednesday, November 27, 2013

Menjelang Anniversari Kami ……. (Bhgn 4) - Senay Kitak Diam?

Semasa bulan puasa di Miri aku rajin membawa emak Adam bersolat terawih ke masjid dan surau-surau berlainan setiap malam. Di Miri masa itu cuma ada dua buah masjid sahaja: satu di bandar Miri dan satu lagi di Lutong. Surau pula adalah di dalam 10 - 12 buah di sekitar Miri.

Pada satu malam tu aku membawa emak Adam ke surau di Pujut Corner. Itulah kali pertama emak Adam sampai ke surau dan kampung itu. Aku bersama-sama jemaah lelaki bersembahyang di depan dan dia di belakang bersama jemaah wanita.

Selepas habis sembahyang kami pun baliklah ke rumah kami di Piasau Garden yang terletak kira-kira 3 km dari situ.

Semasa di dalam perjalanan emak Adam berkata kepada aku, "Abang tadi makcik-makcik tu cakap kat sayang 'senay kitak diam?' Sayang senyum-senyum aje pasal tak faham apa yang mereka katakan itu."

"Oh mereka tanya dimana awak tinggal." aku memberi penjelasan. Semasa aku berkahwin aku dah tinggal hampir dua tahun di Miri dan sudah boleh berbahasa Sarawak.

"Oh ya ke? Ingatkan mereka tanya 'kenapa awak diam'" balas emak Adam sambil tersenyum manis. Orang baru kahwin semuanya manis!  

"Senay tu dimana, kitak tu awak dan diam tu tinggal," terang aku seolah-olah memberi kursus singkat Bahasa Sarawak.

Kereta yang aku pandu terus membelah kesunyian Jalan Miri - Lutong sebelum kami membelok ke kiri ke arah Piasau.


21 comments:

  1. boleh ambik kursus bahasa sarawak dengan yb lepas ni kans :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mun kitak mauk sik ada hal

      (maksudnya: kalau awak mahu tak ada masalah)

      Delete
  2. Replies
    1. rasanya lama lagi saya tak ke sana. Dah lebih 6 tahun …. huhu

      Delete
  3. sy ingt maksud dia..'tolong diam' kan dlam surau..eheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. chot aku ingat maksudnya, shhh.. diam. perut kita senak.


      hahahaha

      Delete
    2. Jauh sangat tu. Dah macam emak Adam juga yg ingat makcik-makcik tu tanya "kenapa awak diam?" …… ngeeee

      Delete
    3. t.a.t.a,
      Macamana boleh jadi panjang pulak ayat tu bila ada 3 patah perkataan aje? ….. huhu

      Delete
  4. Kalau bahasa Sarawak " Jom moreh!! " , camane YB? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom moreh sama jugak. Tapi di sana kalau berbuka puasa tu mereka sebut 'sungkai' atau 'sungkay'

      Delete
  5. Dah tu ni senyum Emak Adam masih manis lagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum dia sentiasa manis kecuali bila dia buat senyum sinis …… hehe

      Delete
  6. jiran sblh sy kt opis org Sarawak..diaorg memang cakap kasar ke...sampaikan ckp dgn suami pun sgt kasar..rasa pelik sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh diaorg tak cakap kasar. Malahan mereka cakap lemah lembut. Mungkin jiran sblh Ida tu aje yg jenis cakap kasar ni. Suami dia pun org Sarawak ke?

      Delete
  7. Assalamualaikum,
    Wow! klaka sarawak kitak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss.

      Lamak kamik diam sinun. Bolehlah mun kitak mauk klaka sarawak dengan kamik.

      Delete
  8. Best pulak baca.. berpart2 ni...boh la gambaq... nak jugak tengok gambaq YB & mak Adam masa muda2...
    Makchaq masa baru kawin dok Sabah.... selalu jugak kena tinggai, tapi pakchaq tak la pi ke tengah laut... pi tengah hutan ja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi membaca dan siap kata best ….. ngeee

      Gambar2 dulu kami dah simpan dalam kotak sebab kami ni dah jenuh berpindah randah ikut projek. Dah malas nak cari kotak yg mana. Adalah satu dua gambar kat album kecik …. huhu

      Oh makchaq pernah duduk Sabah masa baru kahwin dulu ya? Kat bandar mana tu?

      Ke laut atau ke hutan tu lebih kurang aje pada masa tu sebab susah nak dihubungi kalau ada apa2 hal berlaku.

      Delete
  9. Walapun opis ada branch kat sana Aina tak pernah sampai Miri pun, eh Sarawak pun belum pernah jejak...ahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakaplah kat bos untuk hantar Aina ke sana. Buat kerja kat sana dalam seminggu ke. Miri sebuah bandar yang bersih dan cantik. Dari Miri kalau nak ke Brunei pun dekat aje.

      Delete
  10. Bila baca post YB, rasa rindu kat Miri. Saya baru je berpindah keluar dari Miri, cuma 3 tahun di sana. Kalau ada peluang, saya harap dapat menetap di sana lagi. Dulu penat meredah jem di KL, sampai takde masa utk keluarga. Bila pindah ke Miri, waktu puncak boleh diagak, pemandu2 berhemah, takde org nak hon2 kita walaupun memandu pada 40km/j di lorong kanan. Miri bandar yg bersih, sentiasa berangin mungkin sb dekat pantai. Org sana ramah tamah, saya ada masa utk keluarga, dan juga masa nak berkebun sebab kami sewa rumah semi-D yg ada tanah luas. Malah jiran2 kami ada yg bela ayam/itik/angsa. Cuma 1 je yg saya tak suka. banyak sangat anjing berkeliaran.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails