Tuesday, November 26, 2013

Menjelang Anniversari Kami ……. (Bhgn 3) - Sayangkan Isteri Tinggal-Tinggalkan

Seminggu selepas majlis perkahwinan di rumah keluarga aku, tibalah masanya untuk aku balik ke Miri. Sudah tentulah aku membawa isteri aku yang tercinta untuk bersama aku di sana.

Semasa bujang aku menyewa rumah dengan kawan2 aku. Tapi sebelum kahwin, aku sewa sebuah rumah banglo satu tingkat di Piasau Garden. Di Miri (dan juga di Sarawak) tak banyak rumah teres masa itu. Kebanyakan rumah adalah rumah sebuah sebuah. Jadi yang aku sewa ni kira oklah sebab ada 3 bilik tidur. Rumah itu pula fully furnished walaupun perabotnya agak lama. Peti aisnya pula punyalah gedabak. Laki bini boleh masuk dalam tu kalau nak rasa sejuk mcm di Siberia …… ngeeee

Di syarikat kulit kerang Miri kami mula bekerja pukul 7:00 pagi dan tamat kerja pukul 4:00 ptg. Di sana matahari lebih cepat terbit sekitar 45 minit jika dibandingkan dengan di KL. Itu sebab pukul 7:00 pagi pun dah terang.

Aku keluar rumah dalam pukul 6:40 pagi setiap hari dan sampai ke pejabat 10 minit kemudian. Tengahari aku tak balik makan sebab sebahagian waktu makan digunakan untuk makan di kedai dan sebahagian lagi untuk solat Zohor di Masjid Lutong.

Sebelah petang habis saja waktu kerja, hampir kesemua pekerja akan balik pukul 4:00 sharp. 4:10  parking dah clear. Pukul 4:10 biasanya aku dah sampai ke rumah. Aku akan membawa emak Adam bersiar-siar di bandar Miri atau ke tepi pantai bila dah balik rumah. Kesian dia di rumah seharian tanpa teman. Jadi bila dapat jalan-jalan tu terhiburlah juga dia.

Dikala kami baru nak mengecapi kebahagiaan sebagai pengantin baru bersama, aku diarahkan oleh bos untuk tugasan di pelantar minyak untuk beberapa hari. Berat hati aku nak beritahu emak Adam masa itu tapi apakan daya, tugas aku memerlukan aku ke laut utk beberapa hari.

Setelah berbincang dgn emak Adam, kami bersetuju dia tinggal di rumah kawan aku yg duduk di taman yang sama dgn kami. Suami dia berasal dari Perak dan isterinya dari Batu Pahat. Kebetulan emak mertua kawan aku tu ada di sana pada masa itu.

Itulah pengalaman aku terpaksa berpisah dgn isteri aku setelah kami bernikah. Untuk beberapa hari tersebut aku tak dapat menghubungi isteri aku kerana masa itu mana ada handphone. Kalau adapun, tentulah takde signal di laut.




29 comments:

  1. YB. banyak nya bahagian, leh buat soap opera ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara halus nak beritahu yang saya dapat chop tempat lagi. kah kah kah.

      Delete
    2. taklah banyak sangat sebab sambutan anniversarinya adalah pada 29 hb ni. Tinggal berapa hari aje lagi ….. ngeeeee

      Delete
    3. tahniah berjaya menjadi pengomen pertama.

      Hadiah hari tu bila nak claim? Lambat claim, hadiah tu ditarik balik ….. hehehe

      Delete
    4. alaa mana aci tarik balik hadiah. nanti² la saya claim. tak habis la cumi jual kat kedai tu. hahaha

      Delete
    5. Ok hadiah akan disimpan sehingga 31/12/13. Aci tak macam tu? … hehe

      Delete
    6. aci aci bukak pintu …… ngeeee

      Delete
    7. len kali aku pun nak jadi pengomen pertama la, siap ko tata, YB sila call bila nak publish entry ye hehehehehehehe

      Delete
    8. tak kan nya nak YB buat macam tu elly. first read first chop la. hahahaha

      Delete
    9. elly nadyra,

      welcome to the club. Bolehlah memberi saingan kepada tata dan zonaku serta beberapa orang lagi.

      Petang ni tadi ada entri baru tapi tak dan nak call sebab rushing nak ke surau ….. ngeeeee

      Delete
    10. t.a.t.a,

      Betul tu. Saya kenalah berlaku adil kpd yg nak jadi pengomen pertama. Dulu memang ada yg minta tolong saya roger mereka bila saya nak publish entri baru tapi bila yg lain tahu, mereka komplen ….. kui kui kui

      Delete
  2. Owh sweetnya kisah. memang sah la ni. buat la cerpen pendek YB, pastu masuk tv. nak? leh saya dok canang satu kampung saya kenal YB. hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweet ke? Saya tulis tanpa mengarangnya betul2 sebab dah nak keluar ni. Mungkin kurang melankoliknya …… ngeeee


      Buat cerpen tu ada ke stesen tv yang nak buat drama? Dapat jadi mcm Mr Arrogant tu jadilah …… hahaha

      Delete
    2. eh ada je. YB olah sket skrip bagi lagi best. ada je yang beratur berebut nak tayang kan kat tv.


      eh, ada bunyi macam bodek tak? hahahahahaha

      Delete
    3. bodek habis bunyinya ….. wakaka

      Delete
    4. hahahaha. naseb la. orang tak pandai bodek, haa cam tu la jadi nya.

      Delete
    5. takpe jangan kecewa sangat.

      Better luck next time …… hahaha

      Delete
  3. Berapa sewa rumah tu YB..siap fully furnished dgn esbok besar gedabak? hahahaha

    Kawasan rumah tu mmg kawasan penempatan pekerja SHELL ke, ala ala macam perumahan PETRONAS kat Kemaman tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap saya RM800 sebulan. Itu kadar 26 tahun dulu.

      Kawasan rumah kami tu adalah sebuah taman perumahan tapi ramai yg tinggal di situ org yg kerja Shell. Samada mereka itu pemilik rumah atau penyewa. Anak Dr M yang sekarang ni dah jadi antara 10 org terkaya di Malaysia pun tinggal di taman itu semasa beliau kerja dgn sykt kulit kerang dulu.

      Perumahan utk kakitangan Shell yg pangkat besar terutama mat salleh terletak di Piasau Camp iaitu di tepi laut. Mereka yg tinggal di sana semua free. Rumah free, api air free.

      Delete
    2. wowww 800 utk zaman tu kira mewah betul tuh...mahalnya ....tapi banglo furnished kan, apa ada hal .... heheheheh eh bukan ada elaun umah sewa ke?

      Delete
    3. Kat bandar minyak macam tu lah. Semuanya mahal.

      Memang kami dapat elaun utk sewa rumah utk 5 tahun pertama kerja. Elaun itu RM1000/bulan utk yg bujang dan RM1500/bulan utk yg dah kahwin. Pada tahun kedua elaun tu akan dikurangkan sehinggalah tahun kelima. Selepas tu dah takde elaun.

      Tapi selain dari elaun rumah kami juga boleh memohon grant utk beli rumah ex-gratia sebanyak RM40K …… hehehe

      Delete
  4. Mesti jauh bezanya keadaan Miri waktu tu dengan Miri sekarangkan YB. Nak tinggalkan isteri sorang2 kat tempat org memanglah risau satu lagi paling sengsara tinggal kan org baru2 dapat...ahahaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jauh sangat bezanya. Masa itu Miri merupakan bandar Shell. Setelah kami berpindah baru semakin ramai org Petronas tinggal di sana kerana medan2 minyak yg pada asalnya diusahakan oleh Shell diserahkan semula kpd Petronas.

      Mahunya tak risau tinggalkan isteri di darat dan saya bertugas di laut. Dahlah tu dia tak pernah pergi jauh mcm tu sebelum kahwin. Nasib baik jugalah saya ada ramai kawan org Semenanjung selain daripada kawan2 org Sarawak.

      Delete
  5. time time dulu tu dengar saja menantu tu "orang minyak" mesti 'kembang setaman' mentua kan......depa tau loaded. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Miri dapat bakal menantu org Shell memang kembang setaman sebab persepsi orgramai org minyak ni loaded. Ada juga kawan2 saya org semenanjung ni yg jatuh hati dan kahwin dgn org sana …… hikksss

      Tapi bagi mertua saya, mereka biasa aje. Sebab kat sini sykt kulit kerang taklah seglamer mcm di Miri ….. ngeeee

      Delete
  6. seronok saya baca pengalaman benar yg boleh di novelkan..semoga kasih sayang kekal melimpah ruah hingga akhir nyawa...tak sabar nak baca yg seterusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payahlah nak dinovelkan. Saya ni bukan pandai sangat menulis. Sekadar mengingat kembali kisah2 kami semasa baru2 kahwin dulu dan berkongsi dgn rakan2 blogger.

      Terima kasih mendoakan kami. Doa yang sama utk Granny Hani sekeluarga.

      Hari ni ada lagi kisah di Miri. Harap sudi membacanya dan kalau rajin bolehlah berkongsi komen.

      Delete
  7. baca ni teringat la plak masa saya mula berkawan ngan cik abang saya, kerap ditinggalkan kala dia pi offshore, balik ntah bila tak tau, tup tup dah muncul blakang umah hahahahahhahah
    mmg jarang berdating masa berkawan, sementelah dia pun tak suka berdating sangat...kalau berdating pun takat makan, tgk wayang, shopping, selebihnya byk lepak umah tok sedara dia....hehehehehehe tapi alah bisa tegal biasa, sampai la anak dah 3 ni, mmg kerap saya kena tinggal hahahahahha agak2nya mak adam selalu tak kena tinggal masa mula2 kawin dulu?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails