Thursday, November 28, 2013

Menjelang Anniversari Kami ……… (Bhgn Akhir) - Honeymoon Ke Labuan

Esok, 29hb Nov adalah ulangtahun ke 26 perkahwinan kami. Makanya siri 'Menjelang Anniversari Kami' akan berakhir hari ini.

Kali ini aku nak cerita sikit percutian kami ke Labuan. Kira macam bulan madulah tu. Nak pergi honeymoon ke Eropah tak cukup bajet ….. ngeeee

Semasa aku kerja dgn syarikat kulit kerang pelbagai ganjaran dan perk disediakan terutama untuk kakitangan kanan (golongan yg ditakrifkan sebagai senior staff). Di antaranya ialah Membedai Trip. Syarikat kami mempunyai kawasan rehat ala Mediterranean dengan kemudahan bilik2 seperti hotel di bangunan 2 tingkat dan juga banglo di Membedai yg terletak berhampiran lapangan terbang Labuan. Tempat ini digunakan sebagai tempat latihan kakitangan syarikat dan juga tempat penginapan kakitangan yg dihantar bertugas di Labuan.

Untuk Membedai Trip kami hanya perlu membuat booking dengan HR. Pergi petang Jumaat di dalam pukul 3 petang dgn kapalterbang syarikat. Balik tengahari Isnin juga dengan kapalterbang syarikat. Kapalterbang kecik jenis Twin Otter. Tak perlu bayar satu sen pun utk kakitangan dan ahli keluarga. Cuma kena bayar sewa bilik di Membedai sebanyak RM150 untuk 4H/3M. Dan kena sertakan borang permohonan cuti untuk hari Isnin sebab bila sampai balik ke Miri memang dah tak sempat nak masuk ofis.

Kapalterbang Twin Otter ni boleh membawa 20 orang penumpang tapi jika barang yg dibawa agak banyak, jumlah penumpang akan dikurangkan. Tempat duduk 2 baris di sebelah kanan dan sebaris di sebelah kiri. Macam bas ekspres eksekutif. Dah tentulah semasa kami naik itu kami duduk di sebelah kanan. Kali pertama emak Adam naik kapalterbang kecik macam tu. Aku dah biasa naik. Bolehlah tunjuk macho sikit kat heroin aku tu. 

Di dalam perjalanan ke Labuan kami melalui perairan Brunei. Nampaklah laut, pelantar minyak dan juga persisiran pantai negara Brunei. Aku pun tunjukkan pekan Kuala Belait dan Seria di mana aku pernah tinggal semasa aku bersama Schlumberger di sana dulu.

Setelah lebih kurang 40 minit kapalterbang kami pun mendarat di lapangan terbang Labuan. Ini airport yg dulu. Comel aje macam stesen keretapi. Setelah cop passport (dari Miri ke Labuan pun kena pakai passport) kami pun mengambil beg kami lalu naik teksi ke Membedai. Dekat aje sebenarnya tapi takkanlah nak jalan kaki masa honeymoon ni.

Banyak pengalaman manis sepanjang 4H/3M kami di Labuan tu. Biarlah ianya menjadi kenangan kami berdua menjelang anniversari kali ini.

37 comments:

  1. choppp... mlm jumaat... ramai x online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opocot!

      Malam jumaaat ramai yg sibuk dgn xtvt lain ….. ngeeee

      Delete
    2. Linda, kau pun sibuk jugak nak mengechop-chop ni eh? hahahaha. well join the club la.


      err YB. aktiviti tu tak payah nak highlight pada kami, (zonaku, saya dengan chot), kitorang tak ambil kesah pun.


      hahahahahahahaha

      Delete
    3. t.a.t.a,

      Untuk pengetahuan awak, Linda pernah nak berjaya dapat 3 kali first berturut2 sebanyak 2 atau 3 kali tetapi sering gagal kerana ada orang lain potong jalan kat korner akhir tu. Salah seorang yg selalu mengecewakan Linda ialah Mentibang Laut.

      Eh korang yg belum kahwin pun elok lakukan aktiviti malam jemahat tu. Pergilah ke masjid atau surau baca Yasin dan tahlil …… ngeeeee

      Delete
    4. oh ye ke. hahaha. saya yang terlewat waktu rupanya. it's okay, better late than never kan? hahaha


      *pujuk hati sendiri.

      Delete
    5. Laaaaa...baru saya tahu ZONAKU tu ialah perempuan :P

      Delete
    6. sama macam Elly yang ingat aku ni lelaki. hahaha

      Delete
    7. t.a.t.a,

      Dulu saya pernah buat kontes bila melihat ramai kawan2 blogger berebut2 nak jadi pengomen pertama. Antara yang aktif mencuba ialah zonaku, juliet, kts, mentibang laut, azrina fizi dan beberapa orang lagi. Di kalangan mereka, biasalah cantas mencantas terutama bila ada kawan2 yg dah berjaya mendapat 2 kali berturut2 komen pertama …..

      Kalau tengok gelagat mereka, memang tersenyum sendiri.

      Sekarang ini saya tak buat kontes tu lagi tapi hari tu awak dah berjaya. Nanti saya cuba bagi hadiah.

      Delete
    8. Daddy Ziyyad,

      Oh ingatkan zonaku tu lelaki ke? Dia perempuan. Gadis lagi. Dulu kerja di Kajang tapi sekarang dah balik kampung dia di Penang dan kerja di sana. Kalau pergi Penang boleh kontek zonaku. Nanti dia boleh bawa pergi makan tempat yg best2.

      Delete
    9. t.a.t.a,

      Elly ingat awak lelaki? Sajalah tu dia ….. hahaha

      Delete
    10. hadiah masih valid ke? tak de expired? hahaha. best nya!

      Delete
    11. memang dia ingat saya lelaki. tapi bila dia baca entry saya pasal lelaki yang saya suka, baru bulb dia off yang saya ni perempuan.

      Delete
    12. hadiah masih valid tapi kena datang jumpa saya untuk tuntut hadiah tu …..

      Nanti boleh hubungi saya melalui emel atau hp ….. hehehe

      Delete
    13. Semalam saya jumpa Elly.

      Bila boleh jumpa t.a.t.a pulak?

      Delete
    14. saya ni pemalu. hidung saya pesek, lubang pulak ada dua. hahaha

      Delete
    15. biasalah org Melayu/Jawa hidung pasek. Kalau mancung nanti org ingat anak bangla pulak ….. hehehe

      Delete
    16. anak Bangla? paling koman cakap la anak omputeh. sedap sikit dengar. haha

      Delete
    17. Nama tata.....cuba bg nama markonah tau la aku tu pompuan

      Delete
    18. kau pernah jumpa lelaki yang nama nya ada ta?

      Delete
  2. happy anniversary YB n mak Adam.. semoga jodoh berkekalan n diberkati selamanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih zonaku.

      Amiinn. Itulah juga yg kami harapkan.

      Delete
  3. suwit lah. Nk wish juga. Happy anniversary..moga kekal bahagia hingga kesyurga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas ucapan dan doa Chot tu.

      Delete
    2. YB, tahniah dan happy anniversary. Semoga kalian terus tabah dalam hidup berpasangan. Doakan untuk kami ni semua juga ya.

      Delete
    3. Terima kasih di atas ucapan dan doa awak tu.

      Saya pun mendoakan yg terbaik utk kalian semua. Jangan lupa jemput bila nak makan nasi minyak nanti.

      Delete
  4. wak pon X penah gi honeymoon jugakks.,uhHUUu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini cuti sekolah bolehlah pergi honeymoon dgn bojo wak ….. ngeeee

      Delete
  5. Oh, harini official...happy anniversary YB & wifey.
    makcik masa kawin, naik motor round kampung pakcik...."ni mak besaq, ni mak kecik,,,ni mak embun...ni kak norma...." gitu2 ler sampai abis coti kawen.

    nak kena ajak pakcik gi hanimun lah...menjelang aniberseri kami 8 doblas nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih makcik. Maaflah lambat balas. Sibuk sikit weekend baru ni.

      Wah makcik round kampung naik motor. Boleh ingat ke semua sedara mara masa tu? Kalau saya memang tak dapat nak ingat semuanya.

      Oh minggu depan anniversari ya? Ajaklah pakcik pergi hanimun. Untung2 tahun depan menimang cahaya mata lagi …. hehehe

      Delete
  6. Happy anniversary YB...

    Tak nak bagi hadiah kat kami semua ke sempena anniversary ni...ahahaa...

    Saya bulan 12 ni nak karang2 macam YB tak reti sebab malu pun ada baru 12 tahun tapi anak sulung saya dah 13 tahun...ahahhaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aina.

      Bajet takde utk bagi hadiah kat semua org. Kejar hutang syarikat yg hutang kat kami pun masih belum berhasil …. huhu

      Bolehlah Aina cerita sikit2 kalau tak nak buat siri mcm saya ni. Barulah kawan2 boleh kenal Aina dan suami dgn lebih rapat lagi.

      Delete
  7. Happy Anniversary Bang YB dan Puan Siti Roslina. Moga kekal bahagia hingga hujung nyawa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiinn.

      Terima kasih di atas ucapan dan doa azie tu.

      Delete
  8. heppi anniversary ke 26...semoga terus kekal hingga jannah...salam ukhwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih anajingga.

      Salam ukhwah. Terima kasih sudi ziarah blog saya. Semoga kita menjadi rakan blogger yg baik.

      Delete
  9. Berbaloi betul tu...bayar Rm 150,dapat tiket kapalterbang return plus accomodation :P

    Sekarang ni accomodation di Membedai tu masih ada ke YB?

    Ada ke anak YB yg "made in Membedai"? ekekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarikat minyak memang banyak perks yg diorang kasi kpd kakitangan …. hehehe.

      Kalau nak van ambik dan hantar dari rumah ke airport pun mereka boleh aturkan FOC!

      Setahu saya sekarang ni kompleks tu dah dijual. Kalau kakitangan ada tugas di Labuan, mereka kena tidur di hotel.

      Tak sure yg sulung tu made in Membedai ke made in Miri

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails