Monday, November 25, 2013

Menjelang Anniversari Kami ……. (Bhgn 2) - Kisah Kek Kahwin

Semasa majlis resepsi di rumah ibubapa aku, aku ada menempah sebiji kek khas. Pada mulanya aku nak buat kek bentuk pelantar minyak. Aku dah siap ambil gambar pelantar tersebut dan bawa ke kedai kek. Tapi semua kedai kek yang aku dan emak Adam pergi tak sanggup nak buat kek pelantar itu sebab mereka takut roboh. Ceit. Pelantar kat darat pun takut runtuh. Pelantar kami di laut tegak megah walaupun dipukul ombak dan badai ….. cewah.

Akhirnya kami terpaksa menerima hakikat kedai kek hanya boleh buat kek gambar pelantar minyak. Bila dah jadi, cantik juga kami tengok sebab siap ada ombak yang timbul di permukaan kek tersebut.


Ini dia pelantar BADP-B dan BAP-B (atau Baram Drilling Platform -B dan Baram Production Platform - B). Gigih aku cari gambar ni sebab ada kengkawan nak tengok. Tapi gambar kek tu tak cari lagi. Tak koser nak selongkar kotak. Nanti kena sound free aje dek Emak Adam ….. hehehe



Selepas makan beradab, kamipun memotong kek tersebut sambil disaksikan oleh para tetamu termasuk Pengerusi Shell Malaysia dan isteri beliau.

Selepas momotong kek itu emak Adam menyuapkan aku sepotong kek. Habis aku baham makan seperti orang tak pernah makan kek. Sebenarnya apa saja yang emak Adam bagi kepada aku semasa makan beradab sebelumnya itu pun habis aku makan. Orang tengah mabuk bercinta semuannya sedap ….. hahaha.

Bila tiba giliran aku suapkan emak Adam sepotong kek dia makan sikit aje - malu-malulah tu. Tapi comel pula aku tengok gelagat dia.

Nampaknya sampai sekarang ni apa yang emak Adam masakkan untuk aku, aku makan dengan penuh berselera. Emak Adam masih seperti dulu. Malu-malu dan makan sekadarnya saja.

Mungkin sebab itu aku semakin membesar sehingga sekarang ……. huhuhu


32 comments:

  1. Replies
    1. tu la, baru nak tanya mana gambar kek nya?

      Delete
    2. Masy dan t.a.t.a,

      Gambau tu ada tapi entah simpan kat mana ntah. Sejak berkahwin tu kami dah berpindah randah lebih 7 kali. Dari Miri pindah ke KL, ke JB, ke KL, ke Miri dan balik ke KL.

      Ada barang2 yg simpan terus dalam kotak ….. ngeeee

      Delete
    3. Oh ya, pelantar tu kalau tak silap ingatan saya adalah pelantar Baronia Drilling Platform B

      Delete
    4. Oh saya silap. Pelantar tu sebenarnya pelantar di Baram B.

      Saya dah upload gambarnya dlm entri ni.

      Delete
  2. Baru2 ni ada dengar Aker dok buat Baronia ni...modification la kot no...ahahhaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Aker dapat kontrak buat Baronia ke? Semasa zaman saya di sana, medan Baronia ini antara medan minyak terbesar di Baram Delta.

      Banyak kenangan saya di sana termasuk terlibat dgn projek BARDEGG di mana kami membina dan memasang pelantar baru BNQ-B

      Delete
  3. Replies
    1. Nak gambar kulit kerang atau gambar semasa saya bekerja dgn syarikat tu?

      Nantilah kalau rajin saya cuba cari.

      Delete
  4. majlis tu kat tanjung karang ke...?!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majlis ni kat Keramat. Org tanjung karang mana ada potong2 kek ni bagai masa tu ….. huhu

      Delete
  5. Replies
    1. haaaaaaaaa baru nak tanya mana gambar pengantinnya

      Delete
    2. Ain Noraini,

      Gambar pengantin ada dalam album yg entah disimpan di mana. Tak rajin nak cari sebab banyak kerja nak memunggah …. huhu

      Delete
    3. elly nadyra,

      Tengok gambar sekarang ni ajelah. Gambar dulu nanti awak tergoda pulak tengok saya slim melim ….. hahaha

      Delete
  6. ala YB...pi le selongkar..nak gak tengok gmbo kek tuh...pi la.pi la..tkde nya mak adam nak marah. dia kan sayangkan bapak adam sorang nih..mana nak marah lak..pi cari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkataan selongkar tulah yg seriau saya dengar. Dah selongkar nanti tak tahu nak kemas. Gerenti emak Adam melompat.

      Jadi, saya hanya dapat minta awak bayangkan ajelah …. hikksss

      Delete
  7. YB, kalau gambar tu pi hantar pada Buddy Valastro of Cake Boss, mesti dia boleh buatkan. tapi masa korang kahwin dulu si mamat Buddy ni pun masih kecil lagi.

    laa ni dah boleh la hantar sana. tapi kos nya jangan tanya la ye. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah ramai yg boleh buat kek mcm tu agaknya selain mamat Buddy tu. Teknologi buat kek dah berubah dgn banyaknya dalam masa 26 tahun ni. Pelantar minyak sekarang pun dah semakin besar dan canggih. Kalau nak buat kek, saya tak pilihlah pelantar Baram-B tu. Saya cari pelantar yg besar gedabak biar nampak meriah keknya …… hehehe


      Delete
  8. YB sila lah cari gambar2 lama tu n post sini....nostalgia tau & nanti2 senang lagi nak 'refresh' dari mengorek kotak2 yg belum tentu dpt apa yg kita cari.

    (nak tgk jugak gambar kawin & kek sebenarnya :D )

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa ni sorang lagi yg nak tengok gambar2 tu ….. hahaha.

      Nantilah kalau emak Adam korek2 kotak2 lama untuk disusun semula bolehlah saya cuba cari gambar2 tu. Kalau sekarang ni tak berani saya sebab nanti yg dicari tak jumpa, yg ada habis bersepah ….. ngeeee

      Delete
  9. Hahahahaha..zaman tu YB, belum famous lagi fondant cake...Kalau YB kawin sekarang ni, wife saya boleh buat fondant cake bentuk pelantar minyak tu...wakakakakaak

    ReplyDelete
    Replies
    1. doc, minyak nya buat dari coklat boleh tak?

      Delete
    2. yay. wah sudah terbayar coklat cair itu. letak something supaya ia berenang-renang di coklat itu.

      Delete
    3. Daddy Ziyyad,

      Betul tu. Zaman tu tak pernah dengar pun fondant cake.
      Kalau saya kahwin sekarang ni dah tak perlu buat kek pelantar sebab saya dah tak kerja sykt minyak. Cuma buat kek tilam. Kek mcm tu emak Adam atau Haikal pun boleh buat ….. hehehe

      Delete
    4. t.a.t.a,

      minyak apa ni? Minyak yg keluar dari dasar laut tu ke? ….. ngeeeee

      Delete
    5. Daddy Ziyyad,

      Doc pun terer jugak pasal kek ni ek? Ingatkan MommyZayyan aje yg terer ….. hehehe

      Delete
    6. t.a.t.a,

      Nak letak apa utk berenang2 dalam cokelat cair tu? Takkan letak ikan guppy kot ….. huhu

      Delete
    7. tata yang nak berenang tuh YB, wat aje patung ala2 tata bluwekkkkk

      Delete
    8. kalau aku yang nak berenang, confirm la tak cukup pelantar besau tu wei. hahaha

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails