Minggu depan 29hb Nov genaplah 26 tahun usia perkahwinan kami. Semoga terus diberkati Allah dan kekal berbahagia di dunia hingga ke Akhirat.
Semasa aku bernikah dulu aku kerja di Miri, Sarawak. Kebetulan sebelum aku nikah itu aku dan beberapa orang rakan kerja aku dihantar untuk menghadiri satu seminar di UiTM, Shah Alam. Kiranya dapatlah aku balik sini percuma. Tiket MAS (masa itu belum ada AirAsia) yang aku dah beli aku berikan kepada seorang kawan aku budak Miri. Masa itu tiket boleh passing2 ….. hehehe.
Pada majlis perkahwinan di pihak aku, Pengerusi Shell Malaysia seorang omputih dan isterinya datang ke rumah ibubapa aku. Aku tak jangka beliau akan datang sebab aku hanyalah seorang jurutera muda di dalam syarikat kulit kerang masa itu. Beliau dan isteri telah sampai ke rumah kami sebelum aku dan rombongan pengantin perempuan sampai. Kami tiba lewat daripada masa yg dijangkakan sebab ada ahli rombongan yang sesat jalan. Masa tu manalah ada hp. Kami terpaksa tunggu mereka di tepi jalan sampai naik belengas make up emak Adam ….. huhu
Menurut abah aku, bos besar aku tu dah nak balik sebab tunggu agak lama tapi berjaya dipujuk oleh abah dan emak aku untuk menunggu kami. Pandai juga orang tua berdua tu mengayat mat salleh dan isterinya sehingga mereka sanggup tunggu. Akhirnya bila kami tiba, big bos duduk sebelah kami untuk majlis makan beradab. Aku dan emak Adam makan menggunakan tangan masa itu. Big bos dan isterinya juga nak ikut makan guna tangan walaupun emak bapak aku menghulurkan sudu garpu. Kesian aku tengok mereka makan guna tangan. Habis bertabur nasi. Aku pasti mereka tak kenyang. Yang kenyang makan pada hari tersebut adalah pengantin!
Kalau aku rajin aku sambung lagi kisah perkahwinan kami dan hari-hari awal kami sebagai suami isteri. Banyak kenangan manis setiap kali kami mengimbau saat-saat itu…..
26 tahun dah ? Dah lepas suku abad, heading to golden jubilee now.. Alhamdulillah, moga terus kekal bahagia hingga ke syurga..
ReplyDeletep/s : tak dapat jurutera muda, dapat bapa pngusaha muda pun dah more than enough utk sy.. ^_^
Ha'ah seminggu lagi 26 tahun. Dah lepas suku abad tapi lama lagi nak golden jubilee.
DeleteTerima kasih mendoakan kebahagiaan kami.
Dah mulakan pencarian untuk mendapatkan bapa pengusaha muda tu ke? …. hehehe
mana gambor!!!??
ReplyDeleteAda dalam album. Malas nak cari dan scan …… ngeeee
Deletetahniah YB & mak adam...happy anniversary...semoga bahagia hingga ke syurga amin.
ReplyDeleteTerima kasih Ana.
Delete26 tahun..tahniah yb
ReplyDeleteYup dah 26 tahun. dah ada menantu pun.
DeleteTitle Datuk incoming. hehe
DeleteDatuk kategori C ….. ngeeee
DeleteTahniah YB
ReplyDeleteTerima kasih anon
Deleteselamat pengantin lama, YB! moga perkahwinan saye dgn fahrin nanti bole laaa mencapai usia cemgini huahahahha
ReplyDeletePengantin lama pun masih menyengat!
DeleteKenalah cepatkan perkahwinan tu. Korang semakin hari bukan semakin muda. Masa emak adam kahwin dulu dia baru 21 tahun …… ngeeee
Bos besar hulur berapa? Ingat tak? kui kui kui
ReplyDeleteDia hulur seratus kat abah saya. Masa tu kira besar jugaklah jumlah tu.
DeleteMakchaq lebih sikit la.. nak masuk 29 tahun dah..
ReplyDeletemakchaq lebih otailah. Itu sebab kami masih ada anak kecik baya Adam ( 5 tahun) tapi makchaq anak yg bongsu pun sebaya dgn Haikal aje …...
DeleteHappy anniversary bang. Kem salam akak eh!
ReplyDeleteBelum tarikhnya lagi. Minggu depan awak ucapkan sekali lagi.
DeleteNanti saya sampaikan salam tu. Bila nak singgah sini?
hepi anniversary YB (in advance)....makcik dec ni 29 thn, tapi calon menantu pon tak nampak lagi...
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteSaya pun nak ucapkan happy anniversary (in advance) kepada makcikkantin sempena anniversary ke 29 bulan depan.
Kadang2 anak2 kita ni jenis segan nak cari pasangan hidup. Jadi kenalah orang tuanya tolong carikan yg sesuai….. ngeee
YB, camne leh kenal dengan emak Adam? kalau YB dah post kat entry lepas memang jenuh la saya nak cari balik.
ReplyDeleteulang cerita boleh?
Yang itu biarlah rahsia. Mana boleh cerita semua perkara …. hehehe
DeleteCuma yg boleh saya sebut di sini emak Adam dah dapat tawaran belajar di maktab perguruan tapi saya pujuk dia kahwin!!!
Syarikat kulit kerang. memang lembap. lembap sangat. laa ni baru perasan apa itu syarikat kulit kerang.
ReplyDeleteKalau tahu saya pernah kerja buat pelantar dan buat stesen minyak, mesti tahu syarikat kulit kerang ….. hehehe
Deleteastaga, tata oh tata wakkakakakaka
Deleteye kak elly, ada masa-masa nya aku agak lembap sikit. haha. sikit je, tak banyak.
Deleteelly,
Deletelampi sikit t.a.t.a kadang2 tu …… hehehe
t.a.t.a,
DeleteAwak terbayang syarikat jual kerang bakar ke? …. hahaha
Saya terbayang memang betul² syarikat kulit kerang yang kerjanya memunggah kerang dari laut, kopekkan kerang pastu jual kat orang la.
Deletetapi bila YB kata kerja di Miri dan masa tu jurutera muda, then the light bulb goes off. hahaha
Susah nak kopek kulit kerang di tempat saya kerja tu sebab kerangnya jauh di bawah dasar laut. Itu sebab memerlukan jurutera ….. hehehe
DeleteHepi enebeseri untuk YB dan isteri.. Moga rumahtangga semakin berseri-seri.. Amin..
ReplyDeleteAmiin.
DeleteTerima kasih banyak2 Cik Azz di atas doa awak tu.
Saya nak sangat tengok gambarnya!
ReplyDeleteSelain tak tahu di mana gambar tu saya juga tak boleh nak siarkan sebab emak Adam tak tutup aurat masa tu …… huhu.
DeleteSelepas kahwin baru dia pakai tudung penuh.
26 tahun suka dan duka, tahniah YB, semoga berpanjangan jodohnya hingga ke syurga!
ReplyDeleteamiinn.
DeleteTerima kasih mendoakan. Saya pun doakan yg sama utk elly suami isteri.