Monday, November 11, 2013

Alahai Keramat Mall

Projek Keramat Mall ini telah dimulakan sejak Allahyarham Tun Ghaffar Baba menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi walaupun cadangan membina sebuah pasar moden untuk penduduk Kg Datuk Keramat telah diwar-warkan semasa Tun Musa Hitam menjadi TPM.

Setelah 5 orang TPM, akhirnya siap juga Keramat Mall ini beberapa tahun yang lepas. Kedudukannya yg strategik di tengah2 Kg Datuk Keramat dan lokasinya yg bersebelahan dgn stesen LRT Damai sepatutnya menjadi tempat ini pusat perniagaan yang berdaya maju. Namun sayang, sebahagian besar peniaga di Pasar Datuk Keramat sediada enggan berpindah dengan pelbagai alasan. Di antaranya ialah pasar basah untuk ikan dan sayur di tingkat 1 bangunan Keramat Mall ini tidak sesuai kerana susah bagi peniaga hendak membawa masuk tong-tong ikan. Takkan nak bawa tong itu naik lif. Habislah basah dan berbau busuk lif tersebut. Kalau nak escalator (ya pasar ini ada eskalator!) lagilah tak logik.

Satu lagi rungutan peniaga ialah ruang niaga yg lebih kecil jika dibandingkan dgn tempat sekarang. Sudahlah itu, kadar sewa di tempat baru ini difahamkan ialah RM500/bulan berbanding cuma RM50 di tempat asal.
peniaga Melayu sewa sebanyak itu pun dah jadi masalah sedangkan peniaga bangsa asing bayar sewa sebulan beribu-ribu ringgit tak jadi masalah

Akibatnya hanya sebahagian peniaga yg pasar sediada yang berpindah ke pasar baru ini. Itupun kebanyakannya penjual barang2 kering seperti pakaian, kedai emas dan kedai repair basikal.

Keramat Mall ini akhirnya hanya banyak digunakan untuk majlis kenduri kahwin di dewan yang dikenali dengan nama Dewan Perdana (ini bukan dewan Perdana Felda w/pun ianya agak dekat di antara satu sama lain). Dewan ini telah ditempah untuk majlis kahwin sepanjang tahun ini.

Hari Sabtu lepas kami ke Keramat Mall untuk betulkan tayar basikal Haikal dan Adam. Seperti biasa, tempat tu hanya dikunjungi oleh beberapa orang saja.

Nak tahu betapa lapangnya tempat itu?

Kami boleh naik basikal di dalam kompleks tersebut


Adam dan Haikal dengan basikal masing-masing


Emak Adam melepas gian lama tak naik basikal. Semasa sekolah menengah dulu dia berkayuh sejauh 10 km setiap hari untuk ke sekolah


Siapa yang naik basikal dalam gelap ni?


Rasanya kenal orang ini ….. hehehe

19 comments:

  1. Emak Adam rindu nak berbasikal eh? YB tak belikan basikal kat rumah? tak pun beli yang stationary punya. boleh kayuh sambil tengok tv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tu agaknya. Dah lama dia tak naik basikal. Kalau balik kampung pun naik motor.

      Dulu ada basikal racing kat rumah ni tapi bila dah rosak, bagi kat sedara. Basikal bodoh yg tak gerak tu pun pernah ada. Tapi akhirnya jadi tempat sangkut baju ….. huhu

      Delete
    2. Jadi tempat sangkut baju? Wah macam sama aje dengan saya, jadi tempat gantung baju plastik barang semua. hahaha.

      Delete
    3. Biasalah tu. Mula2 aje semangat. Last2 jadi tempat gantung pakaian ….. huhu

      Delete
  2. fuyohhhh lapangnyaaa. lenkali datang bleh bawak tikar, bekal pulak. bawak dapur kecik sekali leh main masak2 ala2 piknik. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tingkat bawah. Kalau pergi tempat jual ikan lagilah lapang.

      Jom kita berkelah kat situ. Boleh order makanan dari gerai yg ada kat sana.

      Delete
  3. Replies
    1. Tak dapat nak race sebab basikal yg besar tu ada satu aje. Yang satu lagi basikal Adam - kecik sangat.

      Delete
    2. Tak nak buat photo shoot kat Keramat Mall tu ke? Ajaklah dak jujie dan Iyra

      Delete
  4. Replies
    1. Selain boleh kayuh beskal boleh main sorok2. Jom kita ke sana.

      Delete
  5. enggan bergerak keluar dari zon selesa.

    ReplyDelete
  6. Jadi projek gajah putih. Tapi kalau ikut logik lah pasar ikan kat atas tu susah jugak sebenarnya. Siapalah punya idea ni, nak buat kelainan gamaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mcm gajah putih. Sayang tempatnya yg agak strategik tersia-sia begitu saja.

      Tak tahulah idea siapa yg letakkan pasar ikan di tingkat 1. Tapi ramai yg tak setuju dgn idea itu sehinggakan semua peniaga ikan di pasar sekarang enggan berpindah.

      Delete
  7. Sayang je buat projek mahal2 tapi lengang takde pengunjung..

    *InsyaAllah hujung bulan ni nak pergi makan kenduri kat Dewan Perdana Felda.. Walaupun duduk Felda, tapi tak pernah lagi masuk dewan tu.. Kesian, kan... huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit dah banyak agaknya. Kalau di kawasan bukan Melayu saya pasti tempat ini dah maju dan happening.

      Kawan yg buat kenduri tu buat sebelah siang atau malam? Kalau malam biasanya makan secara serentak. Tetamu yg datang pun kalau lelaki kena pakai pakaian kebangsaan atau baju batik. ada juga kadang2 tu yg pakai t-shirt ke majlis rasmi seperti itu. Mungkin mereka tak tahu dress code ….. huhu

      Delete
  8. Tu la masalah Melayu..
    Nak murahhhhh aja sewa...
    Tak nak maju ke depan...
    Patutnya pihak berwajib, WAJIB kan pindah...Yg tak mau pindah, kena denda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terlalu dimanjakan mcm nilah jadinya. Nasib baik di pasar Keramat tu kebanyakan yg berniaga tu masih org sini. Kalau disewakan lesen kpd org seberang mcm di Chow Kit dan tempat2 lain tu lagilah haru ….. huhu

      Pihak berwajib rasanya serba salah nak wajibkan pindah sebab design mereka pun tak betul. Siapalah yg 'tertidur' masa waktu kerja dulu ni?

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails