Dah terlanjur bercerita pasal MCE aku teringat kisah kawan aku yg sama-sama belajar di VI dan mendapat tawaran ke USA. Di dalam ramai-ramai pelajar tingkatan 5, cuma lima orang saja ditawarkan ke Amerika termasuklah aku dan adik aku.
Di dalam salah sebuah kelas, pensyarah yang mengajar kami bertanya kepada pelajar2nya yg terdiri daripada rakyat Amerika dan juga yg bukan rakyat Amerika seperti kami ini siapa di antara keluarga kami yang mempunyai ladang.
Kami lihat ada beberapa orang pelajar Amerika mengangkat tangan mereka. Dan salah seorang rakan aku juga mengangkat tangan. Aku tahu keluarganya duduk di Kg Kuantan, Kuala Selangor.
Pensyarah itu bertanya kpd pelajar2 mat salleh itu di mana ladang keluarga mereka dan berapa keluasannya. Mereka menyebut nama tempat yang aku pun tak pasti di mana kerana kami baru saja sampai ke Amerika masa itu. Rata-rata ladang keluarga mereka bersaiz ribu-ribu ekar dan ditanam dgn jagung.
Pensyarah itu seterusnya mengalihkan pertanyaannya kepada rakan aku yg dari Kg Kuantan itu.
"Yes young man, where are you from?" tanya pensyarah itu kerana dia tahu rakan aku itu bukan orang sana.
"I am from Malaysia," jawabnya penuh bangga.
"Where is exactly Malaysia?" tanya pensyarah itu lagi menunjukkan dia tak tahu kat mana negara kita. Geografi memang hancus orang putih ni.
"You know where Singapore is, Sir?" tanya rakan aku.
"Eerrr yes," jawabnya tapi nampak sangat dia tak yakin kat mana.
"Malaysia is just north of Singapore," jelas rakan aku tu.
"Oh I see. So how big is your family's farm?" pensyarah itu meneruskan soalan asalnya.
"5 acres Sir," jawab rakanku dgn bangga.
Sebaik mendengar jawapan itu pensyarah dan pelajar2 mat salleh ketawa guling-guling. Kami yang dari Malaysia ini jadi terpinga-pinga tak tahu apa yang menggelikan hati sangat dgn jawapan itu.
Setelah letih ketawa, pensyarah itu memberitahu di sana kalau 5 ekar tu bukan ladang namanya. Sebab kawasan rumah mereka pun lebih luas daripada itu.
Hehehe....
ReplyDeleteKira berani la kan tu angkat tangan & sharekan.. Mat Saleh ni bila kata farm mmg beso bapok la kan.. Tgk aje their farm house...
Errr omputeh ni mmg kalau sebut Malaysia je tak tahu eh dulu2..? Huhu..
Memang saya tabiklah tengok dia angkat tangan. Tapi tak tahulah nak jadi mcm tu …. huhu. Tapi lepas kelas kami sesama pelajar Malaysia pun pakat gelak.
DeleteOrg Amerika termasuk di kawasan universiti kami mempunyai ladang yg luas. Mereka tanam jagung. Beribu ekar setiap ladang tu. Ada juga yg ratusan ekar saja dan mereka tanam tembikai atau pokok epal.
Rata2 omputeh sana tak tahu di mana Malaysia. Ada yg Singapore pun mereka tak tahu. Yang mereka pernah dengar ialah Vietnam sebab masa tu Perang Vietnam baru berakhir.
nak buat mcm mana,mesia ni kecik ja..
ReplyDeleteBetul, Malaysia ni kecik aje. Bila tengok US ni memang luas. Walaupun penduduknya ramai, tapi kalau yang ada ladang tu, wah seluas mata memandang la. Imagine satu ladang tu kalau dibangunkan rumah, berapa neighborhood la agaknya boleh muat kan?
DeleteMemang Msia ni kecik jika dibandingkan dgn negara mereka. Tapi Singapore lagi kecik tapi tahu pulak dia tu ….. huhu
Deletet.a.t.a,
DeleteLadang sana luas2 sebab mereka guna mesin sepenuhnya. Jadinya w/pun luas tapi pekerja yg diperlukan tak ramai. Tak perlu bawa masuk pendatang mcm di ladang sawit kita di sini.
Ladang mereka ni agak jauh dari bandar. Jadi lambat lagilah agaknya boleh dibangunkan neighbourhood.
huhuhu...
ReplyDelete5 ekar memang dah besar dah kat sini...
5 ekar memang dah kira besar di sini dan kira org agak berada jugak tu.
DeleteDulu saya ada ladang. Memang besar. Saya punya. Bukan family punya. Tapi ye la manusia ni kan cepat jemu dan bosan, end up saya jual ladang tu. Masa saya jual tu memang hasil tengah masak ranum. Tapi saya tak menyesal pun saya jual. Rasa lega ada la.
ReplyDeleteLadang dalam Farmville.
Hehe.
Ceit dah syak mesti kat Farmville.
DeleteDah tak main farmville skrg main candy crush pulak ke?
Hehehehe.
DeleteCandy crush pun jarang nak layan. kalau nyawa yang 5 tu habis, habis la. malas nak request dari yang lain. karang tak menjadi semua kerja.
Tahniah tak terjebak dgn candy crush. Kalau tidak, tentu sibuk minta nyawa kat kawan2 ….. hehehe
DeleteBila cakap pasal ladang kecil, depa gelak.
ReplyDeleteBila pensyarah tak tahu Malaysia di mana, yang lain tak gelak pun?
Yang lain tak gelak bila pensyarah tak tahu Malaysia sebab yg lain pun tak tahu jugak. Depa tu sama2 buta geografi.
DeleteJangankan tentang Malaysia, kalau tanya tentang 50 negeri2 di Amerika tu pun ramai yg tak pasti negeri mana di sebelah mana …. hehehe
Betul, saya setuju. Kita tak tahu negeri² di State kira no hal la kan. Tapi kalau rakyat depa sendiri yang tak tahu memang ramai. Yang ingat Canada tu part of the US pun ramai.
DeleteRakyat mereka lebih suka kpd hiburan dan sukan …. Tapi kat sana ramai yg jadi jutawan melalui hiburan atau sukan.
DeleteBidang lain tak ramai yg minat
salam YB,
ReplyDeletemasa pergi Jepun hari tu pun, orang2 sana masih ada yg taktahu kedudukan Malaysia. yang mereka tahu ialah Singapura dan Indonesia.
masih tak femes lagi rupanya msia ni
Waalaikum salam Yati,
DeleteOh sekarang ni pun masih ada orang Jepun yg tak tahu kedudukan Malaysia? Kesian sungguh. Bukan kesian kat mereka aje tapi kesian kat kita sebab masih tak femes lagi rupanya negara kita ni.
Pihak yg berwajib kenalah pastikan lebih ramai org tahu tentang kita. Jangan syok sendiri aje ….. huhu
saya baru baca 'the dumbest things found on internet'. banyak orang putih ni es ti yu pi ai di rupanya.
ReplyDeletehttp://www.buzzfeed.com/daves4/dumbest-things-ever-said-on-the-internet
gB, try http://notalwaysright.com/
DeleteKebodohan sebahagian mereka mengatasi tahap gaban. Mereka tak tahu ada epal hijau atau di Australia hujan boleh turun sebab negara itu di sebelah bawah.
DeleteJadi setakat tak kenal Malaysia tu janganlah nak dihairankan kalau Tembok Besar atau Eiffel Tower pun mereka tak kenal … huhu
t.a.t.a - awak sanggup ke nak kerja sebagai DJ radio? …. hehe
Deletesaya tak faham, kenapa tiba-tiba muncul pasal DJ radio?
DeleteSaya pun tak faham ….. hahaha
DeleteLupakan ajelah ...
salam kenal.just found yr blog.macam best la..well saya pun ada ladang la.tapi 3 ekar je.lagi sikit dri you.saya tanam harum manis...negeri saya memang tanahnya sesuai harumanis.
ReplyDeleteSalam kenal IndaMarya.
DeleteTerima kasih sudi singgah sini dan mula menyukai blog saya ni.
Ladang mangga harumanis ke? Wah puaslah makan mangga bila tiba musimnya. Nanti bolehlah saya singgah ke ladang teacher kalau kebetulan saya ke sana pada musim buah. Saya ada adik angkat yg tinggal di Arau.
Huh! Arau tu kampung sayalah!
DeleteKampung Aina kat mana kat Arau tu? Saya biasa juga kawasan sana tu. Entah2 saya pernah sampai ke kg Aina
Deletesaya cuma ada tulang 4 kerat yang saya paksa jadi tulang besi dan urat ni jadi dawai.. supaya anak2 dapat di besarkan dengan sempurna... InshaAllah....
ReplyDeleteTahniah dan syabas di atas semangat dan kecekalan CPL. Semoga dipermudahkan segala urusan di dalam membesarkan anak2.
DeleteDepa tak kenal Malaysia bukan pasal Malaysia kecik, tak femes tapi pasai sikap depa yg depa rasa negara depa tu adalah paling bagus kat donia.
ReplyDeleteItulah yg sebenarnya. Depa rasa depa aje yg terer dan terbaik dlm serba serbi.
DeleteYang kita ini pun jangan ambik hati sangat. Kena teruskan berusaha dan tunjukkan kpd dunia kita juga boleh berjaya.