Tuesday, November 12, 2013

Pelawat Ke 300,000

Aku mengalu-alukan pelawat ke 300,000 ke blog aku hari ini, in sha Allah.

Terima kasih kepada semua pembaca blog ini terutama yang sering memberi komen. Terima kasih juga kepada pembaca senyap yang tak jemu-jemu mengikuti perkembangan kisah aku dan keluarga aku di dalam blog ini. Aku begitu terharu bila ada beberapa orang pembaca yang memberitahu aku mereka sanggup membaca setiap entri aku yang telah melebihi 1,500 entri.

Maaf tiada sebarang pertandingan atau hadiah untuk pelawat ke 300,000 kerana pengalaman aku mengadakan kontes untuk pelawat ke 77,777 dulu mengajar aku betapa sukarnya untuk menentukan pelawat tersebut kerana ramai yang memberi screen shot pada angka tersebut ….. huhuhu.

15 comments:

  1. camane nak tau saya pelawat nombo berapa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu YB. macam mana nak tahu?

      Delete
    2. Saya boleh periksa di site meter kalau saya ada ip awak. Kalau nak tahu bagilah ip awak tu ….. hehehe

      Delete
    3. t.a.t.a - jawapan saya sama mcm yg saya bagi kat CPL. Meh sini ip awak untuk saya check awak pelawat yg ke berapa ….. ngeeeee

      Delete
    4. bukan IP setiap blogger ada di email tuan punya blog setiap kali komen?

      Delete
    5. Memang IP tu keluar melainkan kalau komen guna Blackberry. Tapi dalam satu2 masa biasanya ada beberapa orang yang sama2 online. Jadi saya tak tahu siapa yg komen siapa yg tidak ….. huhu

      Delete
  2. Banyak tu 300k. Aina baru 100k++ dan entri pun ada 700++ je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kawan2 rajin singgah sini baca entri saya w/pun sebahagian entri tu merapu aje yg lebih.

      Aina masih baru lagi di alam blog ni. 100K++ tu sudah boleh dikira satu pencapaian yg sangat baik. In sha Allah dari hari ke sehari tentu akan lebih ramai lagi pengunjung ke blog Aina kerana Aina jenis yg rajin BW.

      Delete
  3. sitemeter kata 299.722.Mari kita buat matematik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya balas komen ini site meter kata 299,861. Bermakna sejak pagi tadi sudah ada 139 pelawat. Hari ni nampak tak ramai pelawat sebab takde tajuk yg menarik. Saya pun agak sibuk hari ni nak menulis.

      Harap-harap boleh sampai ke angka 300,000 sebelum tengah malam ini.

      Delete
  4. eh..sy pelawat ke berapa ek? owh..xde kontess eh..ingatkan ada adiah bercuti ke Langkawi 3 hari dua malam..tak pun ke Kelang :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak check pulak tapi rasanya sekitar 299,777.

      Nak buat kontes 3H/2M di Bandung atau Ho Chi Ming tapi saya dapati nak buat passport sangat mencabar kebelakangan ini. Maka saya batalkan rancangan tersebut …. hehehe

      Delete
  5. YB nak wak jadik konsultan buat kontest tuk blog YB yg fofuler nih kewww.., kahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog saya ni tak fofuler mana pun. Nanti kalau buat kontes orang kata saya ni perasan pulak ….. huhu

      Apapun terima kasih kerana sudi menawar diri menjadi konsultan jika ada kontes di blog saya ni.

      Delete
  6. Tepat pukul 11:12 malam 12/11/13 pengunjung ke 300,000 ke blog ini telah dicatatkan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails