Anak sulung kami, Hazwan lahir pada 29 Sept 1988 iaitu genap 10 bulan aku dan emak Adam bernikah.
Setahun kemudian iaitu pada 29 Sept 1989 lahir seorang bayi perempuan di Melaka. Jodoh menentu yang bila dewasa dia menjadi menantu kami.
Pada 29 Sept tahun lepas mereka bertunang setelah tamat belajar di UIAM. Mereka merancang untuk mengadakan majlis akad nikah pada 29 Sept 2013 sempena tarikh lahir mereka berdua. Tetapi kerana sesuatu sebab, majlis pernikahan dicepatkan. Semuanya gara2 tarikh luput ujian HIV adalah 6 bulan.
Pada 29 Sept baru lalu kami telah mengadakan family dinner di HM Bagan Seafood di Bagan Lalang, Sepang untuk meraikan ulang tahun kelahiran mereka berdua. Afifah yang belajar di UMS pun balik ke KL kerana abangnya telah membelikan tiket kapalterbang awal tahun ini kerana menjangka pada tarikh tersebut ialah hari perkahwinan abangnya.
Emak Adam menyuapkan kek kepada menantunya, Sameha
Not to be outdone. Aku ikut menyuapkan kek kpd Hazwan
Ikan ini dibakar pun sedap
Not to be outdone. Aku ikut menyuapkan kek kpd Hazwan
Ikan ini dibakar pun sedap
happy belated bday buat keduanya.. juga bday Faris tu, tapi berselang 20 tahun la
ReplyDeleteLain kali bolehlah sambut besday sama2 dgn Faris ....
Deleteselamat hari lahir...
ReplyDeletedh namanya jodoh :)
Terima kasih b/p mereka berdua.
DeleteKalau dah jodoh tak ke mana kat Ustaz Kazim ..... ngeeee
Jodoh:-) Semoga berbahagia smpi syurga...
ReplyDeleteAmiiinnn.
DeleteItu juga doa kita utk semua pasangan termasuk shaliza.
sama macam bos saya dan isterinya. masing² lahir 10.09 beza 5 tahun.
ReplyDeleteMacamana awak boleh tahu tarikh lahir isteri bos awak? .... ngeeee
DeleteJimat kos beli kek...lepas tu boleh buat sesi bertukar hadiah...:)
ReplyDeleteBetul tu. Beli sekali aje setahun. Kek kali ni adiknya yg taja.
DeleteWahhh berjodoh pula ya. Seronoknya bila dapat jodoh dengan orang yang sama tarikh lahir. Celebrate sesama la ya? Soh depa plan beranak pada tarikh yang sama gak!
ReplyDeleteItulah kalau dah jodoh. Dalam ramai2 student kat UIAM tu boleh terjumpa dan jatuh hati dgn yg sama tarikh lahir pulak tu. ..... hehehe
DeleteTak tanya lagi samada depa plan nak beranak pada tarikh yg sama. Kalau ya pun bagus jugak. Sekali celebrate utk 3 org ..... ngeeee
So maknanya, lepas aja kawin, YB & wife tak sempat la nak honeymoon lama lama ya...terus melekat...ekekekekekekeke
ReplyDeleteeh lama kami honeymoon. Sampai sekarang ni pun masih honeymoon maklumlah saya kerja kat rumah! .... hehehe
Deleteikan di laut, asam di darat..dalam kuali bertemu jua. jodoh :-) happy belated birthday buat kedua-duanya.
ReplyDeleteHazwan kata dia dah baca entri ini tapi belum sempat nak balas komen termasuk ucapan happy belated birthday ni.
DeleteNanti kita tunggu apa dia kata.
Have a blessed belated birthday Hazwan & Sameha.. Moga terus dimurahkan rezeki & kekal bahagia hingga ke FirdausNya, inshaaAllah..
ReplyDelete# SiTudungMerahtutakmenyempatnaksambarketam! *sigh*
Amiinnn
DeleteTerimaKasihSiTudungMerahKeranaBelanjaKamiMakanPadaMalamTersebut
agak2nya menantu pun lahirkan cucu lepas 10bulan nikah kot hehe
ReplyDeleteRasanya tak kot sebab ini dah 4 bulan nikah. Belum ada rezeki lagi setakat ni
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDelete29 September 2014 agak2nya dapat cucu tak?
Waalaikum salam anyss,
DeleteKena buat kiraan betul tu. Ada masa lagi kalau nak cuba tarikh tu ...... ngeeeee