Thursday, October 10, 2013

Bila Lelaki Diminta Beli Tuala Wanita

Malam ini aku balik lewat dari surau sebab seperti biasa pada malam Jumaat ada jamuan makan selepas solat Isyak.  Semasa aku ke surau waktu Maghrib tadi, emak Adam tak sempat nak ikut sebab menyiapkan kerja rumah. Biasanya kalau terlewat macam tu dia akan solat Maghrib di rumah dan ke surau selepas itu. Tapi malam ini dia tak ke surau rupanya. Aku tak perasan dia takde sehingga ada jiran aku bertanya emak Adam tak datang ke surau ke? Mesti dia ingat emak Adam sedang bercuti.

Bila aku balik rumah aku tanya emak Adam kenapa dia tak ke surau. Dia beritahu aku dia batuk dan kalau pergi mesti mengganggu orang lain. Ubat batuk di rumah kami pula dah habis. Emak Adam mengajak aku ke Guardian untuk beli ubat batuk. Kami pun bergegas sebab dah pukul 9:45 malam.

Bila sampai di Guardian, roller shutter di pintu depan kedai dah mula diturunkan. Tapi pintu masih terbuka. Aku suruh emak Adam masuk dulu sementara aku parkir kereta. Bila aku masuk emak Adam sedang memilih ubat2 batuk dan lozenges.

Bila aku nak bayar (kami pelanggan terakhir) ada seorang lelaki pertengahan 20an nak masuk ke dalam Guardian tu. Dia memberitahu pembantu kedai yg berdiri di pintu yang dia mencari tuala wanita jenama Intimate. Pembantu itu memberitahu takde jenama itu di Guardian.

"Encik boleh pergi ke Giant sebab di sana ada jenama tu," saran pembantu tersebut.

Aku melihat lelaki itu menelefon seseorang. Aku agak mesti isterinya.

"Kat sini jenama apa yang ada?" dia bertanya. Mesti isterinya suruh tanyalah tu.

Pembantu tu pun menyebutlah jenama2 yang ada.

Di dalam pelbagai jenama itu dia memilih Laurier. Dia tak tanya pun nak yang ada sayap atau tidak. Janji adalah dah malam ni. Kalau tidak, mahu isterinya tidur berbungkus tuala mandi .... hehehe



12 comments:

  1. Ok tak ada komen utk entry..

    Moga Emak Adam cpt sembuh.. Blh dinner di ChefMerendahDiri sooner..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde komen pun takpe asalkan dapat jadi pengomen pertama.

      Malam tadi teruk juga batuknya w/pun semasa tidur. Terima kasih mendoakan dia.

      Bila nak ke ChefMerendahDiri tu?

      Delete
  2. Nasib org tu x belikan pampers dewasa utk bini dia. Mmg kena tido luar la jawabnya. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mamat tu tak call isterinya haruslah dia terbeli pampers dewasa. Malam tadi kena tido luar pun tak banyak bezanya dgn tido dalam ...... hikksss

      Delete
  3. Lelaki pun kena ambil tahu juga benda2 macam ni. Nanti kalau berlaku emergency tak susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lelaki yg segan nak ambil tahu benda2 mcm ni. Kalau pergi beli roti kering ni apa pula kata org. Mungkin ada yg kata dia kena queen control ..... huhuhu

      Delete
  4. Adik lelaki saya umur 19 tahun selamber beli pad untu anak2 menakan mahupun kakak dia, zaman saya deduli beli pad pun berbalut surat khabar. Malu! Org la beli pad slimber boh dalam troli tanpa ada apa2 perasaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabiklah kat adik lelaki Aina tu sebab tak semua org lelaki sanggup beli barang tu. Nak pergi kat section yg jual roti kering tu pun dah segan sebab kat situ biasanya cuma pelanggan wanita. Kalau dah biasa beli mungkin terus ambik masukkan troli. Tapi kalau tak biasa, nak kena cari dan baca bungkusan tu dulu utk pastikan apa yg dibeli itu adalah apa yg dipesan.

      Delete
  5. Abang ipar saya cool orang nya. No hal benda ni semua. Kitorang pun selamba aje kalau emergency minta dia belikan. Tapi kena mention la cap apa, nak wing ke tidak. Even saya pun selalu silap beli. Dah belek cantek bukan main, sekali sampai rumah kok nya tersalah beli. Aik? Jin mana pulak yang tukar kan benda ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cayalah kat abang ipar awak tu. Org pompuan ni dah boleh agak cycle tu pun kadang emergency jugak. Dah tahu nak datang bulan tapi bila balik kampung atau pergi tempat org tak bawa siap2 benda tu. Org lelaki jugaklah yg biasanya jadi hero menyelamat keadaan ..... hehehe

      Delete
  6. laki sy pun penah tlg belikn bende tu tuk sy...tp kne btau betul2 brand ape...anyway...Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Rose. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ni dan follow blog ini.

      Bagus suami Rose yg sudi tolong belikan bende ni. Ada juga suami yg beli bende ni dia letakkan bende ini di bawah barang2 lain semasa di dalam troli. Bila nak bayar dia cepat2 naikkan dan suruh kira cepat2.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails