Aku baru saja menerima panggilan telefon daripada pihak syarikat minyak. Seorang pegawai baru berbangsa Cina. Dia memberitahu aku dia mengambil alih daripada rakan sekerjanya yang juga rakan aku semasa kami sama-sama kerja di syarikat kulit kerang.
"Saya ada berita baik untuk awak. Pemohon yang kami interview minggu lepas telah berjaya dipilih untuk menjadi pengusaha di tapak yang dicadangkan," jelasnya.
"Itu satu berita yg menggembirakan. Terima kasih," balas aku.
Kiranya Amoi di dalam kisah aku sebelum ini telah berjaya untuk menjadi dealer stesen minyak. Langkah berikutnya ialah untuk dia pergi ke kursus intensif di Akademi Latihan syarikat minyak tersebut utk tempoh 3 minggu solid. 21 hari tanpa ada cuti hujung minggu. Segala ilmu tentang menguruskan stesen minyak akan diturunkan di dalam kursus tersebut. Kursus ini cuma diadakan tiga kali di dalam setahun. Amoi ini akan pergi kursus pertama utk tahun depan yang akan diadakan selepas Tahun Baru Cina.
Mungkin ada yang bertanya apa peranan aku di dalam urusan ini. Satu soalan yang bagus
Sebenarnya aku dan rakan aku mengaturkan segala urusan berkaitan stesen minyak ini dari:
1) mencari tapak tanah yang sesuai
2) mendapatkan syarikat minyak yang setuju untuk mengadakan stesen minyak di situ
3) mendapatkan kelulusan tukar syarat tanah daripada Bangunan kepada Stesen Minyak dan Gas
4) mendapatkan kelulusan keluar masuk dari pihak JKR
5) mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang daripada pihak PBT dan pihak-pihak lain yang berkaitan
6) mengaturkan dealer termasuk temuduga
7) mencari kontraktor yg sesuai untuk membina stesen tersebut
8) mendapatkan kelulusan CCC apabila stesen tersebut siap dibina
9) dsbnya
Bagi anda yang berminat untuk membuka perniagaan stesen minyak, bolehlah hubungi aku di: yunusbadawi.arahsaksama@gmail.com
Iklan ini ditaja oleh tuanpunya blog …… hehehe
3 minggu kursus tu, selalunya di buat di mana? Hotel? resort? Free atau ditanggung? Tahniah amoi tu...:)
ReplyDeleteKursus itu sebahagian besarnya diadakan di Retail Academy sykt minyak tersebut yg terletak di Glenmarie. Ada juga yg diadakan di luar termasuk di stesen minyak.
DeleteSetahu saya takde bayaran dikenakan. Tapi tempat tinggal kenalah cari sendiri bagi yg datang dari luar Lembah Klang.
Budget berapa ye kalau nak setup stesyen minyak...
ReplyDeleteSaya ada tanah... tepi jalan raya... cuma kurang modal jer... apa nasihat tuah yer...
DeleteSekitar RM250K - RM300K bergantung kepada saiz stesen tersebut. Stesen yg besar biasanya mempunyai tangki minyak yg lebih banyak. Jadi perlukan modal yg lebih utk membeli minyak.
DeleteJika ada kedai serbaneka memerlukan modal tambahan.
Kalau ada tanah yg sesuai boleh : 1) dijual kepada sykt minyak atau 2) dipajakkan utk tempoh 30 tahun kpd sykt minyak.
DeleteCuba berbincang dgn sykt minyak Izni ingin menjadi dealer di tapak tersebut. Biasanya sykt minyak tak semestinya melantik tuan tanah menjadi dealer tapi bolehlah cuba masukkan itu sebagai salah satu syarat di dalam penjualan atau pemajakan tanah tersebut.
Sila hubungi saya untuk nasihat seterusnya.
kalau temuduga lain boleh ke mintak tolong?
ReplyDeletetumpang lalu :D
Kalau temuduga nak kahwin apa salahnya. Banyak pahala nak buat masjid ni ….. hehe
Deletesaya sambung soalan yang Juliet shy-shy cat nak tanya.
Deletekalau minta carikan calon yang sesuai boleh ke tolong?
sopan jalan kau Juliet. bebaik jatuh lagi.
t.a.t.a - nak tolong orang bina masjid ni besar pahalanya. Sila bagi kriteria yg diidam2kan. Senang sikit nak zoom in calon tu …. hehe
DeleteBengkak jatuh hari tu masih nampak lagi. Tak caya cuba tengok kaki juliet tu …. ngeeee
Ada orang pernah tanya soalan yang sama, kriteria yang saya nak. Saya jawab, nak yang kaki masjid, boleh?
DeleteJuliet, masih sakit ke bengkak tu?
Nanti saya tanya tok siak kami kalau dia nak kahwin lagi ….. hahaha
DeleteJuliet sila jawab pertanyaan t.a.t.a tu
hahahaha. tok siak. hmmm...
Deletekalau nak yg muda nanti saya tanya ketua biro pemuda ….. ngeeee
Deleteplease, don't want who got to do with politics.
Deleteno, no. This guy has nothing to do with politics. Amacam? Ada minat?
DeleteTahap keminatan saya meningkat ke 10%.
Delete10% aje?
DeleteDia ni ketua biro pemuda surau. Bukannya biro pemuda parti politik. Rajin ke surau, ensem orgnya mengalahkan Mr Arrogant, jawatan tinggi, ….
kuota masih 4 atau dah kurang?
Deletesetahu saya masih utuh kuota dia ….. ngeeee
Deleteokay, up 20%. hehehe.
Deletejadilah naik sekali ganda ….. hehe
DeleteKiranya consultant lah ye...:)
ReplyDeleteLebih daripada sekadar konsultan. Kami menyediakan khidmat dari A hingga Z.
DeleteKalau nak pilih sebahagian khidmat kami pun boleh bergantung kepada keperluan.
terima kasih kerana menjawab soalan saya yg bagus tu.
ReplyDeletehihihi sbb sambil baca sambil otak ligat pikir ape peranan YB.
Soalan tu bagus ke? Bukan saya dah strike ke? …. hehe
DeleteSaya dah boleh baca mesti ada yg nak tanya soalan tu. Rupanya Yati yg berani bersuara ….. ngeeee
YB tolong bagi saya satu stesyen minyak boleh x??
ReplyDeletesaya x de tanah..
x de modal..
tapi saya nak ada stesyen minyak sendiri..
haaaa.. camne tuh??
Saya takde kuasa utk memberi stesen minyak kepada sesiapa termasuk gf saya sekalipun, kalau ada ….. hu hu hu
DeleteKalau x de tanah dan x de modal kenalah cari suami yg kaya raya. Nanti minta dia tolong sediakan modal …. hehehe
Nak mohon jawatan PA kepada Bang YB, bolehhhh? Ahaks!
ReplyDeletekalau Kak Azie PA En. YB, saya nak jadi pembantu Kak Azie pulak. boleh?
DeleteAzieazah - sekarang ni pun awak balik kerja dah malam. Sabtu pun OT. Bila masa nak jadi PA saya? Malam saya dah ada PA cum sleeping partner …. hehehe
Deletet.a.t.a - tak perlu bantu azieazah sebab dia cekap bekerja. Awak jadi pembantu saya ajelah. Tapi ada masa kena pergi outstation sama. Ada bran? ….. ngeeee
DeleteBoleh. kita ajak Kak Azie, emak Adam dengan Juliet sama eh. kira bercuti la tu.
DeleteKak Azie dan juliet tak dapat cuti sebab dah bercuti ke Korea hari tu. Emak Adam kena stay back sebab anak sekolah.
DeleteNampaknya terpaksalah kita berdua aje yg pergi ….. hehehe
huhu. ada aje alasan nya.
Deletemacamana nak kerja kalau mcm ni …… hu hu
DeleteBukan jauh mana pun. Dalam Malaysia aje. Tak sampai ke Siam ….. hahaha
Kalu buat keja sampai ke Siam, saya sanggup tinggalkan OT saya!
Deleteelleh kak azie. tu dah set kat otak nak gi shopping la tu. kan? kan? sampai sanggup tinggal OT.
DeleteMemang soalan yang bagus.
ReplyDeleteYang ini saya tak faham:
"mendapatkan kelulusan keluar masuk dari pihak JKR"
keluar masuk apa?
Kelulusan jalan keluar masuk.
DeleteSetiap stesen atau apa2 pembangunan tepi jalan memerlukan kelulusan jalan keluar masuk dari samada JKR, LLM atau PBT bergantung jalan tersebut di bawah bidang kuasa siapa. Biasanya JKR lah.
Okay, fahmun.
DeleteKalau semua bakal pelabur cepat fahmun mcm ni kan senang sikit kerja saya …… hu hu
Deletepelaburan kan sesuatu yang serius. kita perlu sediakan kefahaman dulu baru jumpa dengan yang pakar. bandingkan apa yang pakar cakap dengan apa yang kita faham. baru senang kerja.
DeleteTabiklah kat awak. Ini pelabur yg bijak.
DeleteBila nak JV?
Kat mana boleh jumpa yb nk buat risikan pasal stesen minyak ni? Tanah ada tp duit cash takde.
ReplyDeleteBoleh emel saya (kalau belum emel) di yunusbadawi.arahsaksama@gmail.com
Delete