Hari Jumaat lepas aku menghadiri temuduga sebuah syarikat minyak. Temuduga ini lebih kepada orang yang akan mengendalikan stesen minyak tersebut. Orang tersebut seorang gadis berketurunan Cina berumur 26 tahun. Bijak dan cantik orangnya. Tapi itu bukan kriteria utama yg dicari oleh syarikat minyak.
Gadis ini lepasan UPM di dalam bidang Food Nutrition. Dia merupakan top student semasa belajar di UPM dulu. Selepas tamat pengajian dia bekerja dengan Abott sebagai pakar pemakanan. Selepas setahun di situ dia berpindah kerja dengan syarikat GSK sebagai ekskutif jualan. Dia memberitahu tukang temuduga bahwa kerjanya sekarang memerlukannya bertemu dengan para doktor dan ahli farmasi terutama daripada syarikat farmasi yang mempunyai rakaian seperti Guardian untuk memperkenalkan produk baru GSK.
Apabila ditanya apakah pencapaiannya yang paling dibanggakan dia memberitahu bahwa baru-baru ini bos besar GSK bagi Asia Pasifik telah mengikut eksekutif jualan di seluruh rantau ini untuk melihat sendiri bagaimana eksekutif2 ini menjalankan tugas mereka. Di dalam ramai2 eksekutif di banyak negara, gadis ini telah terpilih sebagai eksekutif jualan terbaik. Ini berdasarkan kepada kebolehannya mencapai sasaran jualan tiga suku (3 quarters) berturut sejak dia bekerja dgn syarikat pembuat ubat2an itu tetapi juga cara beliau meyakinkan pelanggan terhadap produk2 baru syarikat.
Ini bermakna masa depan dia dengan syarikat itu adalah sangat cerah. Tetapi dia memilih untuk bekerja sendiri dengan mengendalikan stesen minyak.
Bila ditanya kenapa dia tak merancang terus bekerja dgn GSK ini jawapannya:
"Saya bekerja untuk mendapat pengalaman dan pencapaian itu hanya sebagai batu loncatan. Memang saya lebih berminat mempunyai perniagaan saya sendiri."
Aku kagum dengan jawapannya. Aku percaya tukang temuduga daripada syarikat minyak itu pun begitu.
Mind set depa tu agaknya dah pahat daripada dedulu ada peluang berniaga depa akan tinggalkan kerja walaupun depa boleh pi jauh. Berani ambik cabaran.
ReplyDeleteSaya perhatikan mindset seperti ini dah ditanam sejak kecik lagi. Tak kiralah samada yang bijak di dalam akademik atau yang kurang bijak.
DeleteMalangnya orang kita jarang yg mcm ni walaupun pelbagai usaha telah dijalankan …. huhu
Meh 'like' statement budak cina tu..
ReplyDeleteNowadays bkn hanya cina, bkn cina; half-cina, quarter-cina, Jawa pun ramai yg ada such thought or stand..
Bukan awak saja suka statement budak Cina tu. Dia jawab dengan penuh yakin.
DeleteTak dinafikan sekarang ni bukan hanya cina saja yg ada pendirian mcm tu. Tapi yang ini saya lihat sendiri secara live. Itu yg terpanggil untuk berkongsi di blog ini.
sangat berani dan bersemangat.
ReplyDeleteNampak gaya ada harapan stesen dia akan maju
DeleteMemang golongan cina suka berniaga dan sangat berani ambik risiko..
ReplyDeleteKita pulak suka zon selesa... ada gaji bulan2 dah cukup la... tak mau dah bersusah payah.. (makchaq pun sama la.... & makchaq sangat respect orang 2 macam YB ni..)
Dah budaya kita dan budaya mereka berbeza. Tak semestinya berniaga itu akan lebih berjaya daripada makan gaji. Ada juga org yg makan gaji pendapatan sampai berjuta sebulan. Yang gaji 5 atau 6 angka dah berlambak sekarang.
DeleteTerima kasih memberi penghormatan kpd orang mcm kami yg cuba2 nak berniaga sendiri ni. Tapi sesungguhnya cabaran yg kami hadapi sangat getir. Hanya niat murni kami dan janji Rasulullah s.a.w bahwa 9/10 pintu rezeki ada di dalam perniagaan memberikan kami semangat utk teruskan usaha.
Aminnnn..moga kita semua berjaya dalam jihad bisnes kita ...Insya Allah..
Deleteaamiin… Insya Allah semoga dipermudahkan segala urusan. Cabaran org berniaga ni jauh lebih hebat daripada org makan gaji. At least bagi sayalah yang dah rasa kedua2nya.
DeleteBerniaga memang best kalau ada minat dan ilmu dan market pun cantik. Bagi saya kalau ada modal yang besar memang saya berminat nak buka pump station, sebab minyak adalah produk yang sentiasa diperlukan. Harga pula tak perlu nak competitive sebab memang dah ada guideline nya. Just add another few side products untuk cover overhead.
ReplyDeleteBelum terlambat untuk meneruskan minat awak utk membuka stesen minyak. Kalau tak cukup modal boleh membuat pinjaman dari bank atau dari agensi seperti PROSPER. Cubalah bertanya sebab saya tahu ada pengusaha stesen minyak yg dah berjaya melalui skim PROSPER.
DeleteSide products tu work both ways. Kalau betul caranya boleh mendatangkan pendapatan tambahan yg lumayan tapi kalau asyik kena curi boleh menyebabkan kerugian …. huhu
Saya mati mati sangkakan, kita kena ada CASH at least 250 - 300K sebagai jaminan utk boleh buka stesen minyak...Tak pernah tahu pula boleh buat pinjaman...Nanti saya cuba baca tentang PROSPER :)
DeleteKebiasaannya memang kita kena ada wang tunai sebanyak itu utk modal pusingan. Di samping itu sykt minyak akan meminta jaminan bank sebanyak itu juga. Kalau takde jaminan bank, sijil ASB/ASN pun boleh.
DeleteTapi bagi yg takde duit sebanyak itu, boleh saja membuat pinjaman. Selain PROSPER boleh memohon kpd bank.
tetibe wak teringat pernah mantan PM kita ckp, 'Kenapa Orang Cina Lebih Suka Berniaga Daripada Kerja Kerajaan atau jadi Polis atau Tentera atauu'.., uhHUuuu
ReplyDeleteApa jawapan yg diberikan oleh mantan PM?
DeleteNak kata berniaga ni sebahagian daripada DNA mereka tak jugak …. huhu
mmg selalu kagum dengan depa2 tu.....in terms of confidence & determination.
ReplyDeleteSebenarnya depa2 tu tak semua yg terer. Orang kita pun ramai yg terer bahkan ada yg lebih terer dari depa. Tapi sebab dari kecik kita dah asuh anak2 kita supaya belajar pandai2 supaya dapat masuk uni dan lepas tu dapat kerja yg baik2 makanya ramailah org kita kerja makan gaji
Deletesaya dah lama sangat berhajat nak buka stesen minyak. nanti saya contact YB. :)
ReplyDeleteRamai pengusaha stesen minyak yg berjaya sekarang ni dari golongan wanita.
DeleteContactlah saya bila dah bersedia. Tapi jangan tunggu lama2 ….. ngeeee
ok... nice one!
ReplyDeleteThanks.
DeleteHope ada pengajaran yg boleh kita ambil daripada kisah ini.
Jadi soalan susulan saya, amoi ni punya modal dari mana?
ReplyDelete1- Dia mmg anak tokey kaya raya ( duit bapak dia)
2- Dia masuk skim PROSPER / pinjam bank
3- Dia pinjam ahlong..ahahahaha
Bapak dia yg modalkan sebab bapaknya kontraktor besar. Walaupun mcm itu ini bukan duit free2 aje. Amoi itu kena buktikan dia boleh berjaya dan mendapat keuntungan spt yg diharapkan oleh dia dan bapaknya.
DeleteOohhh..untungla amoi tu..haha
DeleteBapaknya boleh memilih antara amoi ni atau adik lelakinya utk menjadi calon dealer stesen minyak tu. Tapi dia memilih anak perempuannya setelah saya sendiri memberitahu anaknya tu nampak lebih serius utk berjaya
Delete..benda bagus.
ReplyDeleteterfikir jugak, whats the catch?
daddy ziyad dah tolong tanya.
ini satu aje problem. nanti try contact uncle pas balik msia.
Mungkin ada juga pembaca lain nak tanya. Nasib baik DZ dah tolong tanyakan.
DeleteTak nak ke berkenalan dgn bakal dealer stesen minyak ni? Cun orangnya…. hehehe
..kalau uncle sudi,apa salahnya..untung-untung dari satu dah boleh berkembang lagi stesen minyaknya..heheh
Delete