Wednesday, October 30, 2013

Petua Nak Elakkan Kucing Dari Berak Di Halaman Rumah Kita

Sabtu lepas aku ada update status di fb aku tentang masalah kucing-kucing yang suka berak di halaman rumah aku. Kami takde bela kucing tapi setiap hari terpaksa membuang tahi kucing. Biasanya emak Adamlah yg terpaksa melakukan kerja murni ini kerana aku nak termuntah kalau buat kerja tu …. hu hu.

Pagi Sabtu tu ada 11 longgok tahi kucing. Waduh waduh. Biasanya tak sampai banyak tu. Kucing siapalah termakan julap agaknya.

Rakan-rakan fb aku memberikan banyak petua untuk mengelakkan perkara ini terus terjadi. Berikut aku ingin kongsikan di antara cadangan-cadangan tersebut. (ayat dalam kurungan tu komen aku terhadap cadangan mereka):

Peringatan: ada di antara cadangan ini menggelikan hati. Sila kencing dulu sebelum membaca entri ini seterusnya…. he he

 1) Jentik Telur Kucing (kalau kucing betina mcmana?)

Hemy D. KindEmperor saya penah share di blog saya YB...nak tangkap pasti mustahil bukan? dapat sekor cukup..YB kangkang kan sekor suspek tu ikat kat pagar..jantan seeloknya..

lepas tu YB jentik telor dia bagi kucing tu senak seraya berbunyi AAAUUUUUUUUUUUUUUUEEOOWWWW

ini akan membuat kucing2 lain separa tobat bila dengar bunyi kesenakan kawan mereka…HAHAHAHAHA



2)  Letakkan Papantanda (kucing tu tahu ke baca?)

Penyu Biru cuba try letak signboard gambar kucing dipangkah dgn caption "dilarang berak". Harap dapat membantu YB dan keluarga.


3)  Letakkan Botol Air Mineral (macam nak halau lalat kat warung …. hehehe)

Nan Hanan Letak kan botol mineral yg di isi air dihalaman rumah atau di tempat kucing suka uk-uk tu..cubaler..


4)  Bela Bulldog (nak buang tahi anjing tu lagilah masalah daripada buang tahi kucing)

Khairul Faizie Mohammad Kamar YB bela bulldog. Jgn kan kucing, posmen pun takut nak singgah..hahaha


5) Siram Minyak Tanah (terbakar pula rumah aku nanti sebab merata kucing tu berak)

Fa Atip hehehe....naya sungguh...tak baik betul kalau biarkan kucing sendiri buat onar kat rumah orang, sama macam kat sini, walaupun kucing2 I tak keluar rumah, tapi kat luar tu punyalah ramai, beranak pinak lagi, ada yang cadangkan siram minyak tanah kat tempat2 feberet depa tu, boleh la cuba…

6)  Simenkan Aje Tempat Rumput Mereka Berak Tu ( takde kawasan hijau pulak rumah aku nanti)

Nanie Nms Gantikan rumput dengan tiles/slades

7)  Letakkan Ubat Gegat (Adam pulak termakan ubat gegat tu nanti)

Raja Sarinah Aziz ada juga yang kata letak ubat gegat banyak2 kucing tak datang.

8) Guna Clorox (tak cukup sebotol sebab laman aku agak luas. Lagipun habislah mati rumput kat laman tu nanti ….. huhu)

Roshidayu Che Mat Cuci sampai takdak lagi kesan, siram myk tanah mcm Fa Fa Atip cdg tu. Or clorox pon bole. Asal takder saki baki bau dia. Nanti depa mai nak melepas lagi, kompom depa kenpius. Errr, mana eks tmpt kita syok melepas dlu?, fikir depa. Atau simenkan shj tmpt terbabit.

9) Letakkan Kulit Oren (silap2 aku pulak yg kembung hari-hari makan oren)

Rdee Rdeezia Cuba letak kulit orange kt bekas dia yakyak…

10) Taburkan Serbuk Kari (Nak guna kari daging atau kari ikan? Tapi emak Adam kata kenalah belikan paket yg 5 kg … hehehe)

Haliza Akmar Penah jugak mengalami masalah yg sama.. kucing2 tu berak depan pagar.. tiap hari bukak pagor rasa cam nak muntah.. ada sorang makcik bg petua.. lepas buang taik tu.. taburkan serbuk kari kat tempat bekas kucing berak tadi.. saya try tapi bukan dgn serbuk kari saya guna serbuk cili... alhamdulillah.. menjadi.. sampai ke la ni dah tak jadi tempat jamban depa lagi..

11)  Lu Langsi Lu Mati (harap2nya tuannya bukan KL gangster

Suzilawati Zainal Abidin letak tagging note kat leher... tulis.. "lu langsi lu mati.." nti kucin tu blk rumah tuan dia.. tuan dia baca.. harap2 tuan dia jg kucing dia elok2.. hehe..

12)  Sebarkan Gambar Kucing Yang Buat Onar Tu (Rembau most wanted)

Muzayyanah Abdullah Ambik gmbo kucing2 tu YB! Publish kat FB!! Iklan di whatsaapp TKP! Tampal d Surau Al-ittifaq! Jaja door to door! Tanya, "kucing siapakah ini??" Hahaha ADA BRANI???:)

13)  Siram Minyak Hitam (ini boleh mencemarkan alam sekitar terutama air bawah tanah)

Abdullah Hashim Siram minyak hitam kat tempat yang telah dicemari…

14) Goreng Kucing Tu (ehhh geli geleman dan loya tekak mendengarnya …. huhu)

Azie Azah hahaha Marya Yusof mujur takda orang bagi cadangan soh BangYunus Badawi goreng kucing tuh. ahahhaa


Ada lagi cadangan2 di fb aku tu. Kalau rajin nak tahu pergilah kat wall aku bertarikh 26 Okt.

Sekiranya korang ada cadangan atau bright idea yang lain bolehlah kongsi di sini.

19 comments:

  1. Replies
    1. Opocot! Wah cepatnya chop tempat

      Delete
    2. Ramai orang dah dapat gaji ni. Keluar makan jauh sikit hari ni. Sebab tu tak berebut nak komen….. hehe

      Delete
  2. Saya tak de cadangan, tapi saya cadang kan sesiapa yang tension sila baca cadangan-cadangan depa di atas tu. memang bisa bikin air mata bergenang sebab ketawa. hahahaha


    cadangan memasing memang tahap gaban betul la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada di antara cadangan2 ini yang membuat kita sakit perut menahan ketawa. Cadangan ini mesti daripada mereka yg dah lama menderita menanggung masalah ini…… hehe.

      Ada lagi beberapa cadangan yg tak sempat saya nak masukkan dlm entri ini. Kalau rajin nanti saya sambung lagi dgn cadangan2 tersebut.

      Delete
  3. kesiannya nak buat apa2 kat kucing :D

    tumpang lalu TATA :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. pencinta kucing ke? Terus saya teringat KTS …. hehe

      Dah tumpang lalu tu terus tata (bye bye) sekali kat TATA … :)

      Delete
    2. amboi! dengan saya terus tata, dengan YB dengan duduk borak.

      diskriminasi.

      Delete
    3. bila lagi juliet nak beramas mesra … oppss beramah mesra dgn saya. Banyak kisah lama yg nk dikongsi bersama …. hehehe

      Delete
    4. temenanlah kieh.

      Nek arek ngondo boco ku'e orak opo. Dei'eh orak ngerti

      Delete
    5. angger orak ngerti yo diajarin dei'eh neh.

      eh, opo tenan dei'eh orak ngerti? wes takon ngerti opo orak?

      Delete
    6. udu bojo nyong arek diajarin ….. hehe

      urong takonlah tapi ne dei'eh udu wong jowo. anak jowo pun akeh seng orak iso ngomong jowo ….. ngeee

      Delete
    7. ayat atas tu tak boleh blah. hahaha.

      tenan. nyong pun orak iso banget ngomong Jowo. sitik-sitik waie.

      Delete
    8. faham ke ayat di atas tu? Ianya lebih mudah difahami daripada nak jadi pelabur….. hehe

      ki'eh wes kiro isolah.

      Delete
  4. boleh. tapi tahap intermediate aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Intermediate tu dah baguslah tu utk orang sekarang. Ramai anak org Jawa yg tahap basic pun hancus …. hu hu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails