Malam semalam selepas balik dari beli ubat batuk aku online. Sambil tengok fb dan blog aku, sempat juga aku periksa emel aku. Ada beberapa emel yang dihantar sejak petang semalam. Salah satu daripadanya dari staf aku.
Dia meminta pandangan aku kerana dia dapat tawaran kerja di tempat lain dengan gaji yang lebih tinggi.
Lembut ayatnya tapi menusuk dalam ..... huhu.
Memandangkan masa itu sudah agak lewat aku tak balas emel itu atau call staf aku itu. Perkara macam ni tak boleh tergopoh gapah. Elok pagi Jumaat (pagi tadi) saja aku call dan bincang dgnnya.
Pagi tadi semasa aku call dia, telefonnya sedang digunakan. Akupun buat kerja aku dulu kerana ada beberapa perkara yang perlu tindakan segera. Bila aku dah free aku call dia semula.
Aku tanya dia dapat kerja di mana. Dia pun terangkan tempat baru yg menawarkan dia kerja itu. Dia dah pergi second round interview dan mereka setuju nak beri dia kerja dgn gaji yang agak lumayan. Lebih tinggi daripada apa yang syarikat kami beri dia sekarang.
Aku tanya dia betul ke dia nak berhenti. Dia agak berbelah bahagi. Itu sebab dia meminta pendapat aku, katanya.
Akupun terangkan kepada dia sebahagian perancangan syarikat yang belum dia ketahui. Sebahagian besar dia dah tahu. Aku cuba yakinkan dia bahawa masa depan syarikat insya Allah cerah jika sebahagian besar perancangan itu menjadi kenyataan. Syarikat memerlukan kakitangan seperti dia untuk menjayakan perancangan ini.
Tapi aku tahu bottom line mesti pasal gaji juga. Aku tawarkan kenaikan gaji yang agak besar yang hampir menyamai apa yang ditawarkan oleh syarikat satu lagi tu.
Akhirnya dia setuju untuk terus bekerja dgn syarikat kami.
Well, kalau ada sesiapa nak cuba dapatkan kenaikan gaji, cubalah dapatkan tawaran di tempat lain. Kalau korang bagus, tentu syarikat tempat korang kerja sekarang akan counter offer!
So berjaya ye ? Alhamdulillah.. Tahniah!
ReplyDeleteSy pernah and in fact masa kerja dulu pun ada working colleague yg menggunakan 'strategy' ini hingga 3x sepanjang kami bekerja bersama2..
Myself masa 2nd time tender baru tak accept the new offer by company kerana hati sudah bulat utk berdiri di atas kaki sendiri.. Or else sy mungkin On/Off Jordan - KL - Brunei hingga sekarang.. Semalam pun the managing director still offered me.. Mungkin sbb they lacked of staff + turnover yg teramat tinggi tu yg tak pernah jemu memberi offer.. Huhu..
# being employed & self employed jauh sgt beza & keseronokkannyakan...? Alhamdulillah.. ^_^
Myself? I am employed, but at the same time I consider myself as a self-employed. When people ask me what do I do for living? I would just say, I run a business. My boss's business, not mine. Wah, terspeaking la pulak. Hahaha.
ReplyDeleteTapi betul, saya sendiri anggap saya buat business instead of makan gaji. Bila compare pasal gaji, memang gaji saya just lepas gaji minima sahaja. Ambil bila perlu. Lepas kan dulu overhead, gaji staff lain, baru gaji saya dan gaji bos.
Apa yang best pasal kerja saya? Niat. Saya niat selain kerja, saya nak tolong orang. Seronok rasanya bila kita dapat tolong orang, waima siiiiikit aje pertolongan tu. Tapi bila tengok orang senyum dengan pertolongan kita, rasa wah macam dapat duit 5juta. Hahaha.
Cukup tak cukup duit gaji setiap bulan bergantung kepada 'keberkatan' duit itu. Kita ikhlas, insyaAllah yang lain Dia cukupkan.
Tertarik dengan prinsip (if I panggil itu ‘prinsip’) TATA ni. Tak ramai orang akan berniat camtu. Ramai juga kita lupa akan keberkatan tu.
DeleteLebih baik naikkan gaji staff yang dah tentunya mahir serba serbi daripada ambil pekerja baru yang belum tentu boleh buat kerja tapi nak gaji tinggi macam boss.. huhu..
ReplyDeletedah buat pon gitu... uhhuuuu... tp lepas ni klu ade ofer tempat laen saya pergi ja... siapa lah saya dimata mereka...
ReplyDeleteAda 2 kemungkin cara cenggini. Jika nasib baik (sebab dia memang capable staff dan sangat diperlukan macam kes staf YB tuh) of course la trick tu berjaya. Tapi kalu dia jenis staf yang pemalas, tak produktif, kompom majikan akan senyum lebar dan alu-alukan dia berhenti sendiri. Tak yah dah dia nak cari alasan berentikan staf tuh. Hahaha gamble gak nih.
ReplyDeleteSaya tak tergolong dlm staff yang cenggitu so rasanya kalau buat gitu macam gantung diri sendiri ja...ahahaaa...
ReplyDelete