Petang semalam kami sekeluarga balik ke kampung emak Adam di Tg Karang. Seperti biasa kami singgah dulu beberapa tempat sebelum sampai ke kampung. Perjalanan tak sampai dua marhalah akan jadi lebih seronok jika banyak yang dilakukan sepanjang perjalanan itu. Emak Adam nak ke Sg Buloh beli tanah tapi bila dia call nursery di sana, penjualnya beritahu tanah hitam belum sampai lagi. kalau belikan tanah tentu emak Adam dan aku jadi anak dan menantu mithali
Hentian pertama kami gerai jual pisang goreng rangup dekat pasar Pasir Penambang. Tapi sayang, elok kami sampai situ pisang goreng yg terakhir baru saja dibeli orang lain ..... huhu.
Haikal sekadar membeli air kelapa muda di gerai tak jauh dari situ.
Dari situ, kami singgah pula di gerai menjual produk laut seperti ikan masin dan sotong kering di tepi jalan besar. Emak Adam nak beli bahulu panas di sana manakala kakak angkat Atikah membeli keropok udang untuk dibawa balik ke Johor. Keropok ini memang best bila dah digoreng. Besar-besar seperti yang orang jual di R&R.
Dari situ kami ke Warung Soto yg terletak kira-kira 1 km ke arah utara. Soto di Warung Wak Musripah ini terkenal kepada orang yg biasa melalui jalan Kuala Selangor ke Teluk Intan.
Aku membaca berita daripada akhbar tentang warung ini. Adam dah mula bosan sebab takde kawan sebaya nak main dengan dia kali ini. Sebelum ini dia dapat kawan bermain semasa kami ke warung itu. Siap diberi duit Raya oleh bapa budak tu
Menu makanan dan harganya.
Kalau nak minum oren kampung pun ada juga. Di dinding tu ada keratan akhbar dari suratkhabar lain
Penuh tangan emak Adam dan kakak angkat Atikah dengan soto dan pecal
Sengaja kami tak makan di situ kerana nak makan bersama-sama nenek Adam dan Kak Long emak Adam sekeluarga yang telah pulang ke kampung lebih awal semalam. Ingat nak jamu mereka dgn soto. Tapi bila kami sampai di kampung, rupa-rupanya Kak Long pun telah membeli soto juga di warung lain!
Kenduri sotolah semalam. Daripada tak habis, sebahagian soto itu kami hantar ke rumah jiran nenek Adam dan sebahagian lagi diberi kepada tukang urut yang datang untuk mengurut aku malam tadi.
oh ada kisah berurut ke dalam cerita tu
ReplyDeletesikit aje kisah berurut tu. Itu yang Ann baca .... hehehe
Deletehahahahahah mula mula nak komen pasal Soto Makcik Musripah tu tapi tergolak bosar sebab terselit kisah Ilham hantar bini berurut di kampung dlm drama Mr Arrogrant tuh!.. Cehhhh... perasan jer Bang YB nih.
ReplyDeleteEhhh soto tu sedap eh? Nanti saya nak pegi jugak la...!
Sekali sekala perasan jadi muda apa salahnya. Macam zaman baru2 kahwin dulu. Masa tu dgn mertua pun segan2. Nasib baik mereka tak masakkan saya ikan keli goreng ..... hehehe
DeleteBoleh tahan jugalah rasa soto tu. Saya suka bihun campur soohoon goreng. Emak Adam suka yg nasi impit.
Bila lalu situ lain kali bolehlah singgah.
Dulu mkn soto di situ tak ada pula diletakkan cambah.. Kalau mkn di situ ptg tu, dah tahu dah nak minum apa.. Ngeeee..
ReplyDelete# kalaubetul2nakikutMrArroganttukenatinggalseminggudikg... DudukseminggudikgconfirmjadimenantithaliMakNenek! :p
Dulu soto dia kosong gitu aje atau diletakkan tauge pasar tu? Saya suka cambah. Tapi Atikah tak suka.
DeleteNak minum oren kampung tu ke? Ais krim soda dia power.
# kalausayadudukseminggudikampungnantiemakadammeroyansorang2katrumah ...... hehehe :p
TQ YB..banyakkan lagi la ya tulis entry tentang tempat2 makan/menarik sepanjang dari KL ke Tg Karang/Teluk Intan...Yg saya tahu( dan selalu pergi) ialah makan seafood di Jeram..dan ambik gambar sawah padi di Sekinchan...
ReplyDeleteSo tak leh la solat jamak kalau balik kampung emak Adam...:P
Terima kasih di atas cadangan tu. Sebelum ini saya ada buat beberapa entri bersiri dgn tajuk Balik Tanjung Karang. Setiap entri menceritakan sesuatu yg berlainan tentang kampung emak Adam dan kawasan sepanjang perjalanan balik ke kampung seperti Ladang Tanamaram iaitu ladang kelapa sawit yang pertama di dunia!
DeleteJarak balik kampung emak Adam bergantung kpd route yang kami ambil. Route baru2 ini sejauh 88.4km. Ada jalan yang 90km. Kalau kami nak jamak dan qasar kami pilih jalan yg itu ...... hehehe
Di bangunan UMNO ada satu simpang masuk ke kawasan perumahan dan rumah kampung. kat situ ada satu nurseri. jual tanah dalam area RM1 untuk satu plastik saiz A4. kalau tak silap 1kg rasanya.
ReplyDeleteOh kat situ ada jual tanah hitam seringgit? Bolehlah beli situ kalau stok di Sg Buloh masih belum datang. Di Sg Buloh 11 kampit dapat RM10 sebab dah biasa. Org pompuan ni kalau dapat diskaun mcm tu sangat berpuas hati dan rasa berbaloi.
DeleteSaya suka tengok emak Adam gembira w/pun sekadar penjimatan seringgit .... hehehe
Seronok kan bila tengok orang yang kita sayang gembira dengan apa yang kita buat?
DeleteNurseri Sungai Buloh di mana?
Itu antara nikmat hidup di dunia ni.
DeleteNurseri Sg Buloh tu dekat hospital kusta Sg Buloh. Ada banyak nurseri di sana tapi kami biasanya pergi yg dekat kanan di simpang nak ke dewan org ramai. Tak ingat pulak nama nurseri tu .... huhu
jap. Sungai Buloh Kepong atau Sungai Buloh Jeram?
DeleteSg Buloh Kepong. Kat sana kan banyak tempat jual bunga
Deletejap. warung ni kalau dari Kuala Selangor, sebelah kanan atau kiri? berhampiran dengan Cendol Borhan ke?
ReplyDeleteKalau dari Kuala Selangor ianya sebelah kanan sebelum Cendol Borhan. Ada signboard Warung Soto kat tepi jalan betul2 di depan kedai ni.
Deleteoo betul la tempat yang saya bajet tu. tapi orang kata soto di pasar Ahad Sungai Buloh sedap juga. pernah masuk suratkhabar. orang dari Shah Alam sanggup turun setiap Ahad semata nak makan soto tu.
DeleteMemang betullah tu. Kalau dari Kuala Selangor nak balik Parit Serong ikut Sg Gulang-Gulang mesti lalu depan warung ni.
DeleteWak Musripah ni pun dulu berniaga di pasar tapi orang ramai tak tahan gian nak tunggu dia berniaga seminggu sekali. Itu yg dia buka warung ni. Tak tahulah org yang berniaga di pasar Ahad Sg Buloh tu org yg sama.
oo ye ke. kalau macam tu En. YB punya saranan, mesti kena cuba soto ni. lain kali lalu kena singgah.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteapasal removed?
Deleteremoved sebab tersalah sub- comment.
Delete