Friday, September 27, 2013

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Stesen Minyak?

Sehari dua ni kecoh ura-ura harga minyak petrol nak naik lagi. Ada yang kata naik 20 sen seliter dan ada yang kata 10 sen. Akhirnya tak jadi naik. potong steam betul sebab tak naik .... huhuhu

Kita tinggalkan dulu kisah harga minyak tu. 

Pagi tadi semasa aku buka emel aku ada dua emel daripada dua orang yang berbeza bertanyakan tentang soalan nak jadi pengusaha stesen minyak dan juga perkara-perkara yang diperlukan. Aku percaya, ramai juga rakan-rakan di luar sana yang mempunyai persoalan yang sama. Jadi aku mengambil keputusan untuk copy paste salah satu emel tersebut dan jawapan yang aku berikan. Mudah2an dapat menjawab soalan yg sama yg kalian mungkin ada berkaitan topik ini.


On Sep 27, 2013, at 9:48 AM, ***** wrote:

> Salam YB,
>
> Saya amat minat dengan blog tuan berhubung tanah berpotensi untuk stesen minyak. Saya ada hubungi petronas untuk permohonan. So, ada beberapa kretiria yg perlu dipenuhi antaranya
>
>
> 1. Keluasan tanah sekurang-kurangnya 43,560 (1 ekar) kaki persegi; (YA)
> 2. Bukaan hadapan tanah sekurang-kurangnya 250 kaki panjang; (YA)
> 3. Kedalaman tanah sekurang-kurangnya 200 kaki dalam; .(NOT SURE)
> 4. Pertukaran status tanah kepada kegunaan stesen minyak; (NOT SURE)
> 5. Lokasi stesen minyak bertapak di kawasan utama/komersial/perumahan/kawasan membangun/lebuhraya; (YA)
> 6. Kelulusan status tanah oleh jabatan tanah berkaitan kepada hakmilik perseorangan ”(single land of ownership”) (YA)
>
> soalan saya pertama.. kedalam tanah tu macam mana saya nak tahu?
>
> Soalan ke 2.. Pertukaran tanah kepada stesen minyak sebab tanah ni untuk pertanian/ perusahaan / bangunan adakah bersesuai? Tanah ini tanah gambut.
>
> Soalan ke 3 jika YB berminat untuk.urus kan hal ini bape caj dikenakan?
>
> Terima kasih kerana membantu.
>
> Regards,




Ini jawapan aku:



Subject: Pertanyaan tanah untuk buat stesen minyak
Date: Fri, Sep 27, 2013 2:35 pm


Waalaikum salam ****,

Terima kasih kerana menghubungi saya untuk bertanya perkara2 mengenai stesen minyak. 


Berikut jawapan saya terhadap soalan2 yg dikemukakan:



1) kedalaman tanah itu sebenarnya lebar tanah dari sempadan yg berdepan dgn jalan besar sehingga ke belakang lot tanah tersebut. Boleh dilihat di dalam geran tanah dimensi ini.



2) untuk membina stesen minyak, syarat kegunaan tanah mestilah ditukarkan daripada kegunaan asal (contoh pertanian) kepada stesen minyak. Ini perlu dilakukan oleh tuantanah melalui permohonan ke pejabat Tanah Dan Galian (PTG) di daerah ****. Proses tukar syarat ini agak rumit kerana memerlukan pelbagai dokumen dan input. Ia juga melibatkan juruukur berlesen. Biasanya tugas ini dilakukan oleh syarikat atau individu yang khusus membuat perkara ini bagi pihak tuantanah.  Kelulusan tukar syarat ini mengambil masa kerana melibatkan banyak jabatan kerajaan seperti JKR, JPS, PBT, Jabatan Perancang Bandar dan Desa dsbnya dan juga memerlukan kelulusan oleh EXCO Negeri yg berkenaan. Setalah mendapat kelulusan PTG akan mengeluarkan surat meminta bayaran premium kerana kegunaan tanah telah bertukar daripada pertanian kepada stesen minyak. Jumlah premium berbeza mengikut negeri. Contoh di Selangor premium utk satu ekar lebih kurang RM800,000.



3) jenis tanah lebih kepada cabaran kejuruteraan. Bagi tanah gambut, lebih banyak cerucuk diperlukan semasa pembinaan. Ini akan dikira oleh juru perunding yg dilantik oleh sykt minyak.



Sykt saya memang terlibat membantu orangramai untuk berurusan dgn sykt minyak sehingga tanah tersebut berjaya dijual atau dipajak. Bayaran yang kami kenakan berbeza dari kes ke kes dan boleh dibincangkan.


Kepada sesiapa yang mempunyai soalan berhubung perkara ini bolehlah kemukakan kepada aku dan aku akan cuba menjawabnya sedaya upaya.

16 comments:

  1. Replies
    1. 3rd successful attempt.

      Wonderful and well done!!!

      Delete
  2. Salaam YB,
    Sy berminat nak bekerja dgn YB, blh sy htr resume ? - sila jwb sedaya upaya... ;)

    # so, janji ditepati kena la bg token of appreciation skrg atas effort yg sy dah tunjukkan unless janji dicapati ! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Anon.

      Anon nak bekerja sebagai apa di sykt saya? Kami memerlukan org yg pandai bercakap dan muka tebal. Tak mudah menyerah kalah bila disergah oleh pihak berkuasa. Seorang yg istiqamah dan dapat mencapai objektif di dalam waktu yang ditetapkan. Biasanya jangka waktu itu sangatlah pendek yang mana calang2 org akan pendek nafas .... hehehe

      Itulah jawapan yg terdaya saya beri tentang kriteria kakitangan yg kami perlukan. Jika masih berminat sila hantarkan resume ke alamat emel saya dgn kadar segera kerana ada beberapa lagi calon yg juga telah menyatakan minat mereka ..... ngeee

      Setakat token of appreciation tu apalah sangat. Anon dijemput untuk satu majlis makan malam sambil menikmati mentari terbenam di tepi Selat Melaka esok.

      Inilah janji yang dapat saya tepati.

      Oh ya .... tiada capati semasa dinner esok. Only seafood will be served .... ngeeeee

      Delete
  3. hihihi YB,

    yang tanya tu namanya Fiza ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cekap Yati cari nama org tu. Tapi dah saya remove dah nama dia sebab dia kan baru berkahwin dgn Adam ..... ngeee

      Delete
  4. tanah ayah sy dlm kg jd x leh tukarkan kpd tapak stesen minyak...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu ajelah. Mana tahu satu hari nanti ada projek mega kat kampung Abe Kie. Masa tu berebut org nak beli tanah di sana ...

      Delete
  5. apa yang saya tahu tentang stesen minyak?

    di dalam setiap stesen minyak mengandungi banyak minyak. that's why orang datang just tinggal pump naik sahaja minyak dari dalam tanah. macam konsep perigi.

    bila minyak dalam tanah sudah kering, stesen minyak akan berpindah ke tempat lain yang ada banyak minyak dalam tanah nya. sebab tu kita tengok ada sesetengah stesen yang sudah tidak beroperasi lagi. sebab minyak dah habis.

    kan?

    ReplyDelete
  6. He he he.. makchaq ingat 'dalam' tanah tu nak kena cucuk pembaris panjang dalam tanah nak ukoq...
    Semoga usaha bakal-bakal usahawan kita berjaya...

    ReplyDelete
  7. Bayaq premium pun 800K?
    Tu belom campuq lagi kos nak merasuah org PBT,Pejabat Tanah, EXCO...kan YB kan? kah kah kah...Musti ramai yg merasuah sebab nak cepat..:P ( semoga telahan saya ni meleset)

    ReplyDelete
  8. Terkebil-kebil mata tengok angka 800K tu..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    Daku hanya ada tanah 10 pasu je...

    ReplyDelete
  10. minyak masak saya ada..

    hehheeehhe..
    kabare YB?
    lama tak ngacau kat sini

    ReplyDelete
  11. Salaam, saya terkejut dengar premium tanah di Selangor bagi 1 hektar tukar milik kepada setesen minyak sampai RM800,000 bagi 1 hektar..saya dengar RM400,000..tolong confirm
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam.

      RM800K tu premium yg dibayar oleh tuantanah satu projek stesen minyak yg sykt saya terlibat untuk project managementnya. Kebiasaan tuantanah akan mengemukakan rayuan ke PTG untuk mendapatkan pengurangan jumlah premium. Banyak kes premium dikurangkan jika alasan yg diberi itu diterima.

      Untuk memastikan kadar premium, saya cadangkan tuan hubungi pejabat tanah kerana mereka lebih arif dalam perkara ini.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails