Sunday, September 15, 2013

Amalan Membaca Surah Al-Baqarah Apabila Memasuki Rumah Baru

Pagi Sabtu baru ni jemaah surau kami dijemput oleh Ustazah yang mengajar di surau kami ke rumah salah seorang anak murid kelasnya ke rumah baru anak murid tersebut untuk membaca Surah Al-Baqarah. Kita memang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. untuk membaca surah Al-Baqarah bila berpindah ke rumah baru.

Selepas kuliah Subuh pagi Sabtu tu 10 orang ahli jemaah telah ke rumah anak murid ustazah tersebut. Rumahnya bukan di taman perumahan kami tapi nun jauh di Ampang dekat dgn Bukit Belacan sana. Sebelum ini ada juga permintaan untuk jemaah surau kami membaca surah Al-Baqarah di Bukit Antarabangsa apabila seorang lagi anak murid ustazah berpindah ke sana. Masa itu lebih ramai yg pergi. Sabtu lepas cuma 10 orang kerana ada yg balik ke rumah kerana mengantuk setelah mendirikan qiamulail di surau awal pagi itu.

Ini kali pertama aku dan emak Adam mengikuti majlis membaca surah Al-Baqarah untuk org yg baru berpindah rumah. Majlis dipimpin oleh suami ustazah yang juga Timbalan Pengerusi surau kami. Suaminya seorang ustaz dan juga seorang hafiz.

Ustaz menerangkan kami dan tuan rumah serta isterinya akan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan wanita. Kaum lelaki akan membaca dari mukasurat 2 - 24 manakala muslimat akan membaca dari mukasurat 25 hingga akhir surah Al-Baqarah. Seperti yang kita tahu surah ini dekat 3 juz.

Untuk memulakan majlis kami semua membaca Al-Fatihah bersama-sama. Selepas itu kumpulan lelaki dan kumpulan wanita membaca ayat-ayat yg telah ditetapkan itu secara serentak. Setiap orang di dalam kumpulan akan membaca beberapa muka surat . Ustaz dan ustazah yang lancar bacaannya membaca lebih banyak mukasurat berbanding dengan yang lain.


Kumpulan muslimat sedang membaca surah Al-Baqarah dipimpin oleh Ustazah yang bertudung biege. Beliau terpaksa duduk di kerusi kerana baru saja keluar dari Hospital Ampang Puteri malam Sabtu itu kerana mengalami sakit akibat slip disc.

Kedua-dua kumpulan habis membaca 'bahagian' masing-masing hampir serentak. Tak sampai sejam untuk membaca sebanyak 286 ayat itu rupanya. Pandai ustaz untuk membagi 'bahagian' lelaki dan wanita. Dah biasa beliau memimpin majlis serupa ini rasanya.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh ustaz yang memohon perlindungan Allah untuk keluarga tersebut dan kesejahteraan mendiami rumah baru mereka.

Selesai majlis, kami dijamu sarapan pagi oleh tuanrumah yang merupakan seorang doktor yang mempunyai kliniknya sendiri.


Antara hidangan pagi itu ialah nasi dagang ori Ganu siap dengan lauk ikan tongkol. Ada juga pulut kuning dan rendang ayam selain cupcake


Menurut tuanrumah semasa beliau membeli rumah teres dua tingkat ini dulu harganya baru RM300K tapi setelah siap harganya sudah sekali ganda. Rezeki mereka yg membeli rumah di situlah kiranya.


Pemandangan dari luar rumah tersebut


Semasa kami hendak balik kami telah diberi doorgift sebekas gula yang dibubuh di dalam bekas kaca.
Kami juga dibekalkan dgn nasi kerabu seorang satu bungkus.

Selepas solat Zohor di surau taman aku, Ustaz memberi aku duit RM20 sebagai duit minyak dari tuanrumah. Aku keberatan untuk mengambilnya tetapi Ustaz bertahu ini hajat tuanrumah.

Bolehlah aku buat isi minyak kereta hujung minggu ni .....

14 comments:

  1. Bila baca beramai2 & niat lillahita'aala pasti cepat habis.. Kerana para malaikat pun turut bersama kita, kata Ustazah kami di sekolah dulu..

    # Amalan membaca Quran bersama terjemahan setiap malam selama setengah jam adalah acara wajib di Desa Tun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh macam tu ke? Mungkinlah tu. Kalau baca sorang2 nak habiskan satu juz tu makan 40 minit jugak .... huhu

      Bagus amalan tu. Lebih bagus kalau dapat diteruskan sehingga akhir hayat.

      Delete
  2. Salam, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. TQ for your support....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Rose,

      Terima kasih sudi singgah di sini dan meninggalkan komen.

      Awak baru mula berblog tahun ini ya? Semoga menjadi blogger terkenal satu hari nanti dan menjadi businesswoman yg berjaya.

      Delete
  3. Cuak pulak tengok balkoni rumah ni.. Macam senang je nak melintas ke sebelah.. huhu...

    Apapun, tahniah atas usaha yang YB dan kawan2 lakukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah observant sungguh Cik Azz. Memang tembok balkoni tu senang aje kalau org nak panjat. Itu sebab saya lihat sebahagian penduduk situ menambah tinggi dan panjang balkoni tu (yg warna cokelat tu) supaya susah sikit org nak panjat dari rumah sebelah.

      Saya dan emak Adam sekadar meramaikan majlis. Yang banyak berusaha adalah ustazah dan suaminya.

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    cantiknya umah tuan dokor
    skrg ni nak beli umah pprt pun dah tak mampu...tak layak pun ya. dulu penah cuba mohon, syarat x lepas sbb x kawin hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss,

      Rumah skrg banyak yg fesyen mcm ni sebab org skrg suka yg mcm tu.

      Rumah yg anyss duduk skrg tu rumah sendiri ke rumah sewa? Kat BBB tu harga rumah memang melambung2 mcm belon sebab permintaan tinggi. Tapi kalau mampu beli, untung sebab kenaikan harga selepas itu adalah tinggi.

      Anyss kan boleh ambil pinjaman gomen.

      Delete
  5. Bila cakap pasal slip disc, first of all, ewww. Nama nya aje dah ngilu dengar. Kedua, wohhhh bahaya tu. A medical condition that has something to do with our back bone. A paramount organ in our body.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ngilu dengar slip disc tu. Ustazah ni dah lama juga kena slip disc tu. Dia tak boleh duduk atau berdiri lama2. Tapi sebab dia banyak mengajar agama, dia gigihkan juga berdiri lama (lebih dari 2 jam). Itu sebab penyakitnya berulang.

      Delete
  6. Sejuk hati membaca kisah sebegini. Orang berbudi kita berbahasa, namanya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor dan isterinya sangat friendly w/pun hari tersebut baru kali pertama kami bertemu. Saya boleh lihat di wajah mereka betapa mereka sungguh berbesar hati dgn kehadiran kami.

      Delete
  7. Cantiknya rumahnya designnya tu Aina berkenan, sekarang nak cari rumah harga tu kat Kajang pun dah tak ada.

    Moga2 Allah sentiasa merahmati tuan rumah dan keluarganya juga pada jemaah yang sudi mepalangkan masa. Duit bukan nilainya YB tapi itulah kita org Melayu kuat budi bahasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Designnya simple tapi elegant. Itu yg buat ramai org suka fesyen mcm ni. Kat Kajang harga rumah dah naik sebab tak lama lagi ada MRT. Banyak projek perumahan baru di sana tapi harganya tengok ajelah .... huhu

      Amiinn. Terima kasih mendoakan kami. Semoga Allah merahmati Aina sekeluarga juga.

      Budi bahasa inilah yg menjadikan bangsa kita ini dipandang mulia. Sayangnya semakin terhakis sekarang ini.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails