Thursday, June 6, 2013

Sampah oh Sampah

Jadual memungut sampah di tempat aku ini sering berubah mengikut kontraktor mana yang dapat kontrak. Kalau sebelum ini lori sampah akan datang pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu tapi bila bertukar kontraktor jadual bertukar kpd Isnin, Rabu dan Jumaat pula.

Kebelakangan ini nampak macam dah tukar kontraktor lagi sebab dah guna lori Alam Flora. Tapi jadual pungutan tak menentu. Ikut dan aje. Sudahlah tu, kadang2 lori datang awal pagi. Bukan saja kelam kabut kita nak keluarkan sampah domestik yang belum diletakkan di tong di luar rumah tapi lori nak lalu di kawasan perumahan ni pun susah sebab banyak kereta yang diletakkan di tepi jalan belum keluar ke ofis.

Semalam lori patut datang ke kawasan kami tapi tak nampak bayang. Mungkin sebab petang semalam hujan lebat. Pagi memang tak datang. Ulat2 dah mula keluar dari tong sampah sebab semalam emak Adam beli ketam.

Tiba2 petang ni kami dengar bunyi lori sampah.

Aku pun keluar dan tengok lorinya dah penuh. 



Sampai ke bumbung lori letakkan sampah. Macamana nak angkat sampah lagi kalau mcm tu?

Kata negeri maju tapi sampah pun masih jadi masalah ...... huhu

16 comments:

  1. ingatkan kat kawasan rumah saya je kami lori sampah datang lepas subuh sekarang ni, kelam kabut jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menguji kesabaran kedatangan lori sampah kebelakangan ini. Kadang2 bila kita dah siap buang sampah sebelah malam, tak datang pula pagi esoknya.

      Delete
  2. Rumah Aina pukul 5am dah jalan lori sampah, kadang2 ganggu tido tapi rumah kami banyak tingkatlah buangsampah kat tempat pembuangan sampah yg disediakan tak timbul isu ulat2 berkeliaran riang2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terganggu tidur pasal kuat bunyi lori tu ceduk sampah masuk ke dalam perutnya ke?

      Di kawasan kami lebih teruk gangguannya kerana lori yg tak dapat lori kerana terhadang kereta akan bunyikan hon. Ada penduduk yg cepat keluar untuk mengalihkan kereta dan ada juga yg buat dek aje.

      Ulat2 tu biasanya pandai pula cari jalan ke arah rumah dan bukan ke arah jalanraya .... huhu

      Delete
  3. tak pernah nmpk lori smph sbb dok bangunan tinggi. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah tak nampak lori sampah sebab tak nampak juga ulat2 dan bau busuk .....

      Delete
  4. YB, atas bumbung tuh collections mereka, botol & tin2 kosong utk extra money.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugalah tu Kak. Tapi group kali ni tak segigih kumpulan sebelum ini yg mengutip apa saja yg boleh dikitar semula. Banyak kotak2 dan tin disumbatkan saja ke dalam perut lori. Kalau kumpulan sebelum ni semua sampah dikirai dari bungkusannya utk melihat apa yg boleh dijual ..... huhu

      Delete
  5. klu kt kg lagi teruk YB. mak Ai cakap kdg2 seminggu lebih lori sampah x dtg pungut. so terpaksalah mak abah gali lubang sampah sendiri. tu yg setiap 2-3hari sekali mak abah terpaksa bakar sampah2 tu. kt kg ade tanah bolehla gali. kalu kt perumahan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin MDSB tak cukup bajet utk memungut sampah lebih kerap. Kutipan cukai pintu tak banyak kot.

      Untungnya di kampung boleh korek lubang utk tanam sampah tu. Kalau kat bandar, terpaksalah cari tong besar (biasanya di kawasan pasar) untuk membuang sampah yg tak dikutip beberapa hari.

      Delete
  6. saya tender kontrak angkat sampah la gini.... kat kawasan perumahan YB..buleh..?!

    ReplyDelete
  7. problem yang sama kat area umah saya, sampah sampai berulat2, nak2 kalau lepas siang udang ikan sotong bagai, perghhhhh azab la idong ni ar....dah la tong sampah depan umah, idong jiran pun jadi azab tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang leceh kalau pihak yg bertanggung jawab tak menjalankan tugas seperti yg sepatutnya.

      Kalau lepas siang udang, ikan, sotong dsbnya tapi lori sampah tak datang, emak Adam memang pening kepala. Kalau sampai 3-4 hari tak datang, baunya menusuk hidung. Kalau nak raya, emak Adam minta saya buang sampah tu ke tong besar di pasar sebab tak nak org yg datang beraya menghidu bau busuk yang amat.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails