Friday, June 7, 2013

Malam Jumaat Memang Syok ...

Ramai orang menanti-nanti ketibaan malam Jumaat pada setiap minggu. Jumaat adalah penghulu segala hari. Banyak kelebihannya.

Akupun suka malam Jumaat. Malam yang penuh berkat. jangan nak fikir ke laut pulak  ..... hehehe  

Di tempat aku seperti di kebanyakan tempat di negara kita, orang Islam akan mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil selepas solat Maghrib setiap malam Jumaat. Biasanya majlis ini selesai sebaik masuk waktu Isyak. 

Selepas solat Isyak kadang2 diadakan solat hajat jika ada permintaan daripada ahli kariah. Jika musim peperiksaan samada UPSR, PMR, SPM atau STP (yg ni jaranglah) akan diadakan juga majlis solat hajat.

Selepas habis berdoa, para jemaah di tempat aku akan ke dewan di depan surau untuk menikmati jamuan makan malam. Pihak surau memperuntukan bajet khas untuk jamuan ini pada setiap minggu. Menu berbeza-beza setiap minggu. Biasanya nasi putih dengan lauk pauk makan, kadang2 mee, sekali sekala nasi goreng atau nasi lemak, ada masa laksa.

Malam tadi jamuan disediakan oleh Kak Ros yang meminta jemaah bertahlil dan membaca Yasin untuk arwah ahli2 keluarganya. Kak Ros sediakan nasi ambeng yg telah siap dibungkus. Sebungkus makan seorang tu tak habis kalau tak lapar sebab nasinya banyak.




Ini ambeng ori - siap dibungkus daun pisang lagi.


Selain nasi ambeng, malam tadi ada mee goreng, pulut kuning dgn rendang daging serta kuih muih. Ada juga jemaah yang sedekah buah nangka. Minuman mcm biasa : teh tarik dan sirap selain air mineral.

Mungkin kerana ada di antara jemaah yg merasakan tak larat nak habiskan nasi ambeng itu seorang diri, mereka tapau untuk dibawa balik. Makan dgn keluarga. Ada juga yang kata nak bagi bibiknya kerana bibiknya suka nasi ambeng!




Masa makan dah borak2 dgn jiran2. Dah habis makan sambung lagi borak di varandah surau. Perhatikan bungkusan nasi ambeng depan mereka tu yang nak dibawa balik.

Para suami berborak sementara menunggu isteri masing2 habis borak di dalam dewan. Org pompuan pula rancak berborak kerana ingat suami mereka tak habis bersembang lagi. Biasanya dekat pukul 10 malam barulah kami balik dari surau setiap malam Jumaat.

Bila sampai di rumah sambunglah dgn aktiviti mengikut citarasa masing-masing.



Itulah sebabnya aku suka malam Jumaat ........ hehehe

20 comments:

  1. kat masjid sini jemput imam muda ceramah israk mikraj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat masjid Batu Caves tu ke? Tempat kami takde ceramah israk mikraj sebab waktu ini peralihan di antara AJK lama dan AJK baru. Yang baru belum dilantik secara rasmi sedangkan tempoh jawatan AJK lama telah berakhir pada 31/5 lepas.

      Rajin juliet pergi masjid. Baguussss

      Delete
  2. errrr....nakkkk hadiaaahhhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru dua kali berturut2 belum layak nak dapat hadiah. Kena cuba untuk entri selepas ni pula
      ngeeee

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    tak pernah makan nasi ambeng atau nasi ambing (di kelantan). hu hu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss,

      Lain kali datanglah sini. Ada warung di Datuk Keramat yg jual nasi ambeng bila hujung minggu

      Delete
  4. saya tak kisah pon malam ape..sama jaaa...

    ReplyDelete
  5. Salam, malam ni surau kami ada program ceramah Isra' Mikraj. Tadi dah rewang, menunya kari kambing, ayam kicap dan ulam-ulaman... Insyaallah, sama-sama kita mengimarahkan rumah Allah.. he he tak kira le malam apa pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam che mid.

      Rewang tu yang boleh membuat perhubungan antara ahli kariah lebih rapat. Bagusnya tempat che mid tu. Menunya pun menyelerakan.

      Mesti sambutan program isra' Mikraj tu sangat menggalakkan. Semoga surau tempat che mid dan surau2 lain termasuk di tempat saya ni terus diimarahkan.

      Delete
  6. Replies
    1. Maaf bertanya: Qsse tu apa?

      Takut tersalah faham pulak ..... huhu

      Delete
  7. Tempting tgk gambar nasi ambengnya.. Nadib baik tak turun ke dapur.. Nasib 'kurang' baik, 'elak' nasi ambeng tup2 'tertelan' burger sebiji!! Huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tempting nasi tu. Itu pun gambar dari iPhone aje.

      Kenapa tak makan nasi ambeng yg emak Adam bawa balik tu? Kalau tak, tak perlulah telan burger tu ...... huhu

      Delete
  8. tak pernah rasa nasi ambeng tuh.. hurmmm~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiannya.

      Lepas ni bolehlah cari gerai yg jual nasi ambeng. Kalau nak pergi dgn saya, beritahulah ..... hikksss

      Delete
  9. salam YB,

    klu ikut org jawa pt baru, memang nasi ambeng utk dibawa pulang supaya rezeki itu boleh dikongsi bersama ahli keluarga yg lain. sbb itu klu di kg Ai lagi besar bungkusannya.

    5tahun dulu, mak abah Ai masih larat utk sediakan nasi ambeng jika ada kenduri arwah di rumah. dan Ai turut terlibat sama sediakan. tapi sekarang mak abah dan Ai sendiri dah tak berapa nak gagah.

    oh tetiba terasa nak berbuka dengan nasi ambeng pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Yati,

      Org Jawa Pt Baru sama mcm org Jawa di kampung emak Adam di Tg Karang. Bila kenduri buat nasi ambeng dan akan dibawa balik utk dimakan bersama dgn keluarga. Satu dulang besar tu dibahagi 4-5 org. Memang banyak nasi dan lauknya utk setiap famili.

      Skrg dah tak buat kenduri nasi ambeng lagi ke Yati? Atau masih guna nasi ambeng tapi dah diswastakan? Insya Allah hujung minggu ni nenek Adam nak buat kenduri di kampung. Mcm biasa, anak cucu dan jiran2 akan balik membantu menyediakan nasi ambeng tersebut.

      Selamat berpuasa. Semoga berjumpa nasi ambeng utk berbuka ....... ngeeee

      Delete
  10. Saya pun sukaaa sangat malam Jumaat kerana esoknya hari Jumaat dan pada hari Jumaat saya kerja separuh hari. Boleh balik awal dan rehat selepas penat aktiviti pada malam jumaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hubby Aina pun kerja separuh hari pada Jumaat harus sambung aktiviti malam Jumaat tu selepas dia balik solat Jumaat ...... hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails