Tuesday, June 18, 2013

Sambutan Hari Bapa Bagi Yang Sudah Tiada Bapa

Semalam adalah Hari Bapa. Beruntunglah mereka yang masih ada bapa dan dapat menyambutnya bersama bapa masing2. Jika kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya bapa berkorban nyawa. Cabaran bapa sekarang mungkin tak sama dgn bapa dahulu. Ini kerana kehidupan sekarang telah banyak yang berubah dan pada amnya lebih senang.

Bapa aku dan bapa kepada emak Adam dulu terpaksa membanting tulang empat kerat untuk membesarkan anak2 mereka. Aku dan emak Adam ada kisah kami masing2 tentang pengorbanan bapa kami.

Tapi tatkala anak2 lain bergembira menyambut Hari Bapa dengan memberikan hadiah atau keluar makan bersama, kami pula mengadakan majlis tahlil untuk arwah bapa2 kami.



Di antara jiran2 yang hadir ke rumah kami pada malam Sabtu untuk bertahlil. Mereka sedang menikmati hidangan yang disediakan



Sebahagian daripada kawan2 emak Adam


Antara hidangan pada malam tersebut ialah mee rebus, bihun Singapore dan kuih muih. Ada jiran yang membawa nasi goreng dan kuih seri muka

********************************************************************************


Pada malam Ahad, majlis tahlil diadakan pula di rumah nenek Adam di Tg Karang khas untuk arwah bapa kpd emak Adam dan kaum keluarga yang telah terlebih dahulu meninggalkan kami.

Pada pagi Ahad itu pula, kami ke pusara datuk Adam untuk memerhatikan pemasangan batu nesan.




Pemuda berbaju merah ini sedang memasang dinding pusara sambil diperhatikan oleh keluarga kami termasuk nenek dan maklong Adam.



Sementara menanti pekerja 3 orang siapkan memasang dinding pusara dan menanam batu nesan, kami sedekahkan bacaan Al-Quran dan tahlil utk arwah bapa kpd emak Adam




Semoga abah bahagia di sana


Inilah 'hadiah' Hari Bapa untuk abah bagi tahun ini .....

16 comments:

  1. Al-Fatihah. Semoga mereka yg kita sayang yg telah dahulu meniggalkan kita bahagia di sana. Dpermudahkan segalanya.

    Aina... Sukar menelah hati sendiri. Sedih mungkin. Pelukan abah hanya sempat di rasa sekitar dua tahun, Allah lebih menyayanginya. Sejak itu kami membesar hanya dengan kasih emak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yg kita doa dan harapkan terhadap mereka. Nak beri wang ringgit dah takde maknanya. Hanya doa dari anak yg soleh dan solehah yg akan terus mengalir pahalanya, insya Allah.

      Saya simpati dgn Aina yg tak puas mengecap kasih sayang seorang bapa. Sekurang2nya bapa saya dan emak Adam pergi setelah kami dewasa.

      Delete
  2. As salam YB,

    Rasa sayu pula baca entry ni... Saya pun bukan dari keluarga yg senang terkenang arwah abah yg hanya bekerja sbg pemandu bas... mak pula tak bekerja... adik beradik ramai, cuma saya sedikit beruntung sb saya anak bongsu, abg2 serta kakak semua dah bekerja masa saya membesar..jd kehidupan saya sedikit mewah berbanding yg lain... bila tengok pusara tu, balik nnt kena bawak Iman pergi melawat kubur arwah atuk2nya... kesian dia tak pernah merasa kasih sayang atuk... Al-fatihah buat arwah... moga mereka baik2 sahaja di sana... Selamat Hari Bapa YB! Cantik rumah YB...ni mesti hasil sentuhan mak Adam kan... untunglah YB ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Marya,

      Bila membaca kisah org yg dah tiada bapa kita akan merasa sayu sebab kita juga dah kehilangan bapa. Saya pun tersentuh membaca kisah Marya memeluk bapa Marya setiap kali balik dari universiti w/pun dia sedang berpeluh. Bau peluh itulah yg membuatkan kita rindukan arwah bapa kerana dgn keringat itu jugalah dia bekerja mencari rezeki utk membesarkan kita agar kita menjadi insan berguna.

      Eloklah bawa Iman menziarahi pusara atuk2nya bila balik sini nanti agar dia akan mendoakan kedua2 atuknya itu sehinggalah dia dewasa.

      Terima kasih memuji rumah kami. Rumah teres biasa aje. Memang hiasan dalam rumah tu emak Adam yg buat. Tak mampu nak bayar ID .... ngeeee

      Delete
  3. Replies
    1. Buat kecil-kecilan dgn menjemput jiran2 terdekat saja.

      Sila hubungi saya secepat mungkin sebab saya nak jemput juliet (dan kts) ke satu majlis tak lama lagi. Kalau nak call atau sms saya, sila dapatkan nombor hp saya dari kts.

      Kalau nak guna facebook boleh juga cari saya di sana.

      Delete
  4. cantik pusara datuk adam, semoga di tempatkan di kalangan orang beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah aje kat kampung pusara mcm tu. Dah diletakkan batu nesan ni biar senang anak cucu nak cari pusara datuk mereka lain kali.


      Amiiinnn

      Delete
  5. komen banyak boleh dapat hadiah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandailah awak. Dah tak berjaya nak dapat jadi pengomen pertama 3 kali berturut2, cuba pula jadi pengomen terbanyak. Nanti saya pertimbangkan tentang pemberian hadiah tu kalau konsisten memberi banyak komen ..... hehe

      Delete
  6. Bagi yang dah pergi doa dan sedekah ja la yang dapat dikirim.. kalau masih ada boleh la sambut... tapi makchaq sekeluarga memang tak besa sambut hari2 ni.. hari jadi pun ucap ja..tak sambut pun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa dan sedekah itulah yg diharap oleh mereka yg telah pergi dulu. Wang ringgit dan harta dunia dah tak berguna lagi.

      Org kita rata2 kurang menyambut Hari Bapa atau Hari Ibu. Setiap hari adalah hari bagi mereka. Tapi kalau berkesempatan apa salahnya kita sambut utk menzahirkan rasa terima kasih di atas pengorbanan dan jasa2 mereka.

      Ucapan Slmt Hari Jadi dan doa itu pun sudah memadai sebagai tanda kita ingat tarikh hari lahir ahli keluarga kita. Ada org tarikh lahir anak sendiri pun tak ingat .... huhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails