Tuesday, June 18, 2013

Krisis Lelaki Pertengahan Usia

Pada tahun2 akhir aku bekerja dgn syarikat kulit kerang dulu aku mendapat bos orang Singapore. Beliau baru masuk kerja dgn sykt kulit kerang setelah lama bekerja dgn Temasek Holding. Semasa di Temasek beliau bertanggung jawab terhadap harta syarikat di seluruh dunia - dari Singapura ke Hong Kong ke London sehinggalah ke New York. Kerja beliau pusing dunia untuk memastikan harta syarikat di dalam keadaan terbaik.  Pangkatnya pun dah besar pada masa itu.

Kami tanya kepada beliau kenapa berhenti kerja di tempat lama sedangkan pangkat dan gajinya dah besar.  Beliau memberitahu bahawa kebanyakan lelaki seusianya akan menghadapi apa yang dipanggil "Krisis Pertengahan Usia." (kalau nak tahu lebih lanjut apa makna krisis tersebut silalah google sendiri ..... hehehe).

Salah satu cara mengubati krisis ini adalah dengan menukar isteri atau menukar kerja. Itu kata bos aku tulah.

"Saya tak berani nak tukar isteri. Oleh itu saya memilih untuk bertukar kerja," katanya memberi penjelasan kenapa dia pilih bekerja dgn sykt kulit kerang.

**********************************************************************

Hari Sabtu baru lalu sepupu aku datang ke rumah bersama suami dan anak2nya. Kedua2nya berjawatan tinggi. Suaminya bekerja dengan GLC dan isterinya pula dgn MNC. Masa mereka datang tu mereka naik BMW X3 yang baru. 

Semasa mereka nak balik, suaminya memberitahu aku dan emak Adam dia menghadapi Krisis Pertengahan Usia. Pilihan yang dia ada ialah tukar kereta atau tukar isteri. Itu katanya. Dia memilih untuk tukar kereta kerana itu yg lebih mudah. Keretanya sebelum ini Honda Accord. Baru pakai 5 tahun. Hutang pun belum habis tapi dah dijual.

Isterinya setuju dgn perbuatan suaminya itu. Biarlah dia keluar duit lebih sikit utk tukar kereta baru daripada cari isteri baru.

Emak Adam yang mendengar kata2 itu cepat2 menyokong.

Betul ke lelaki pertengahan usia menghadapi krisis ini atau sengaja nak cari alasan untuk ....


30 comments:

  1. apa alasan Yunus Badawi ? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada alasan, cuma berkongsi kisah .... ngeee

      Delete
  2. Isk. Yb sejak attend kenduri uai ni len macam je. Hahaha!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambik berkat org yg dapat nikmat kerana banyak bersyukur ..... hehehe

      Delete
  3. iye la asik tersebutsebut je topik nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak ramai yg komplen. Kena tukar topiklah nampaknya lepas ni ..... ngeeee

      Delete
    2. tersampuk dgn penyakit nak pasang spare tyre..

      Delete
    3. Setakat pasang spare tyre apalah salahnya bila ada orang lain siap tukar kereta baru ..... hehehe

      Delete
  4. haha YB umur berapa bole terkene krisis pertengahan usia? 40? 50?

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak2 berapa umur saya?

      Clue: Adam tahun ni masuk 5 tahun ..... ngeeee

      Delete
    2. Errr meh sy tlg jwbkan brp umur YB.. Kalau jwp sy tepat, blh dpt hadiahkan kan YB..? ;)

      Delete
    3. Hadiah yg mcm biasa tu kan? ..... hiksss

      Delete
  5. Nasib baik suami saya sudah melepasi pertengahan umur ni kalau dak mau krisis dengan saya pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada jaminan lelaki yg dah melepasi umur ini tak akan menghadapi krisis ini .... huhu

      Delete
  6. setuju dgn tijah.
    sejak attend kenduri uai lain mcm je entry2 kt sini



    *larikkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi mana saya boleh lawan dia yg dah ada is3. Saya cuma ada is1 ..... ngeeeee

      Delete
  7. Kalau YB tukaq kereta baru makchaq tau la YB tengah ada krisis..

    rasanya dah dekat2 nak time la tu kan, pasai tu entri2 dok berkisaq cerita semacam ja...
    tapi mak Adam mesti macam makchaq, tak kisah dan redha ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta yg dok ada tu nak bayar ansuran bulanannya pun semput. Kalau tiba2 makchaq tengok saya tukar kereta baru itu tandanya dapat projek besar. Boleh beli atas nama kompeni .... hehehe

      Tak pastilah saya samada emak Adam tak kisah dan redha aje. Yang pastinya dia dah lama tak baca blog saya .... ngeeee

      Delete
  8. errrr........kalo ada niat nak tukar CRV ke ferrari jgn malu2 carik saya, peace yo :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tunggu ferrari keluarkan model baru sebelum tukar CRV tu...

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kok wes di remove komen iki Wak?

      Nyong sempet boco tapi orak sempet mbalas

      Delete
  10. tukar la ape yang patut... nanti dah tak boleh tukar nyesal pulak...

    bini mana nak bagi laki dia tukar2 bini... tapi ade gak laki yang tak dapat tukar bini dia tukar2 skandel belakang bini dia...!!!... hak thuiik.. ja jantan gitu... tapi YB tak kan..?!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh nak tukar pun ada time limit ke? Macam tawaran jualan murah pulak .... ngeee



      Memang kebanyakan isteri tak rela berkongsi suami dgn org ketiga. Tapi ada juga yg sanggup suaminya ada skandal dgn pompuan lain asalkan tidak bermadu .....

      Delete
  11. siapa tak sayang bini kannn....



    ada tapi.
    ramai


    psst.. pehal semalam..?
    koling-koling lah...

    no problem..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maunya tak sayang. Kena nak mendapatkannya dulu terpaksa bersaing dgn jejaka2 lain ..... hehe

      Ingatkan dua2 nombor tu masih boleh pakai. Terima kasih kerana sudi menolong. Minggu depan saya akan suruh dia ke sana. Kalau Dr Singa ada masa tu, saya mungkin ikut serta .....

      Delete
  12. salam YB,

    cikda pernah dengar pasal krisis ni, tapi musykil sikit..pasal apa pulak tukar kerja atau tukar kereta sebagai option berubah2 tapi tukar bini sebagai option tetap ... haaaa.. saja la tu kan...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Cikda,

      Tukar bini sebagai option tetap sebab hanya orang yg berumahtangga menghadapi 'krisis' ini .... hahaha

      Jadi bila dah tak berani nak tukar bini, adalah alasan nak tukar kereta atau tukar kerja .... ahaks

      Delete
  13. Entry ini berjaya buat sy menggugel apa itu krisis yg dinyatakan.. Owh midlife crisis rupanya.. yunusbadawi.blogspot ni jatuh no 2 bila buat google search utk topic ni.. Hebat ! :)

    Btw agak2 nak tukar ke X5, bgtau ye sbb sy nak tukar CRV.. Ngee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh berminat juga awak nak tahu lebih lanjut tentang krisis ini.

      Buat masa ini hanya mampu utk tukar motorsikal EX5 aje .... huhuhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails