Monday, May 13, 2013

Untuk Sidia Yang Bergelar Ibu

Pada tahun2 lepas kami menyambut Hari Ibu untuk dua orang insan istimewa yang bergelar ibu di rumah kami. Pertama : ibu yang melahir dan membesarkan aku. Kedua : emak Adam yang melahir dan membesarkan anak2 aku dan dia.

Hari Ibu tahun ini ibu aku telah tiada bersama kami. Tiada lagi peluk cium, tiada lagi gurau tawa. Yang tinggal hanyalah kenangan. Kenangan bagaikan dia baru pergi semalam. Hanya bacaan Al-Fatihah dan surah Yasin serta doa yang dapat aku kirimkan. Semoga ibu berbahagia di sana.

Sambutan (kalau boleh dipanggil begitu) kali ini khas untuk emak Adam.

Ianya bermula dengan jamuan makan malam di restoran kegemarannya iaitu Thai Grup Base di Sri Damansara.


Warna tema malam tersebut ialah merah. Anak2 kami yg terpengaruh dengan puak tertentu pakai baju hitam ...... huhu

Ramai orang yg makan di situ pada malam tersebut. Nasib baik kami dah siap2 tempah meja dan makanan melalui telefon sebelum Maghrib lagi. Sampai di situ tinggal duduk dan order air dan nasi.


Di antara hidangan malam tersebut. Ada yang dah habis dimakan pun. Ada kajian kata tunjuk gambar makanan mcm ni tanda ada masalah mental. Ada aku kisah? .... ngeeee


Tengok satay di situ macam sedap aje. Kami order satay ayam dan kambing. Memang sedap!



Pagi semalam emak Adam beriya-iya mengajak aku pergi qiamulail di surau tempat kami. Majlis anjuran Muslimat surau itu menjemput Ustaz Jabar iaitu juara Imam Muda Musim Ke3 untuk memimpin jemaah.

Selepas solat Subuh sesi kuliah Subuh pula diadakan yang dihadiri oleh muslimin dan muslimat taman perumahan kami.  W/pun agak santai penyampaiannya banyak mutiara dan pengajaran boleh dipetik. Ustaz Jabar ini sedap suaranya termasuk bila dia menyanyi. Menurut beliau, Astro memintanya bergabung dengan peserta Kilauan Emas untuk satu program di The Curve baru-baru ini.

Maaf tiada gambar Ustaz Jabar. Segan aku nak ambil gambar dia pagi-pagi buta w/pun aku sempat bersalaman dan berbual dengan beliau sebelum beliau meninggalkan majlis. Yang penting emak Adam gembira dapat pengisian rohani dengan program pagi semalam.

Tengahari semalam kami bergegas ke LCCT untuk menghantar Afifah balik ke KK setelah dia balik ke sini malam Jumaat lepas atas beberapa urusan peribadi. Masa dia balik hari tu dia naik MAS kerana dapat tiket RM59. Tapi nak balik semalam terpaksa ambil Air Asia sebab tambang murah MAS tu hanya untuk penerbangan pukul 6:30 pagi. Takut tak sempat.


Kasihnya ibu membawa ke syurga dan kasihnya ayah membawa ke LCCT ...... hehe

Dari LCCT aku membawa emak Adam, Haikal dan Adam ke rumah kawan aku di Sepang. Aku pernah pergi rumahnya sekali aje sebelum ini.



Haikal sempat memegang anak kambing yg berusia 3 minggu.

bersambung ......

20 comments:

  1. Al fatihah buat arwah ibu YB..
    Macam sedap betul makanan2 kat kedai tu la YB, especially tgk rupa sate nya ;)

    Mmg dah kean brush up/practice qiammulail...dah masuk rejab...nanti kalau tak, masuk ramadan still susah saya nak bangun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ibu saya.

      Makanan di situ menepati selera kami dan ramai lagi orang. Sedap itu agaknya tempat itu penuh sesak bila time lunch atau dinner. Dulu pernah masuk JJCM zaman Maria Tengku Sabri. Saya difahamkan restoran ini dulu membekalkan makanan kepada MAS termasuk satay. Itu sebab sataynya sejibik mcm yg dlm MAS flght.

      Baguslah kalau nak brush up qiamulail tu. Nanti bila tiba Ramadan (kalau dipanjangkan umur) taklah terkejut nak buat .... ngeeee

      Delete
  2. sapa yg pakai baju hitam nak sep sikit,kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mcm tu saya pun nak pakai baju hitamlah.

      Give me five! hehehe

      Delete
  3. haha jgn lekat bau kambing kat baju dah la ya Haikal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik anak kambing tu taklah bau sangat. Kalau tak jenuh emak dia nak cuci baju tu pagi ni ...... ngeeee

      Delete
  4. Satay tu nampak sedap.

    Alangkah bahagianya YB ada isteri sebaik mak Adam yg sentiasa mendorong kearah kebaikan dan memperbaiki amal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satay tu memang sedap dan berbaloi. Rasa mcm yg dihidangkan di dalam penerbangan antarabangsa MAS.

      Alhamdulillah. Suami isteri kena saling mendorong ke arah kebaikan utk kebahagiaan di dunia dan akhirat.

      Delete
  5. tak celebrate pun


    hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mesti celebrate pada hari Ahad tu saja. Setiap hari pun adalah hari ibu ..... ngeeee

      Delete
  6. al-Fatihah buat ibu YB.
    Ai yg baru hilang Bleki ni pun sedih tak hilang lagi. inikan pula YB yg dah takde ibu. walau ibu YB dh lama pergi mesti teringat punye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi sedekah Al-Fatihah utk ibu saya.

      Tentu kita akan terasa sedih bila yg tersayang dah tiada. Terkenang mereka bila melihat tempat2 atau perkara2 yg mereka suka lakukan.

      Begitu juga perasaan sedih Yati kehilangan Bleki. Semoga akan ada pengganti satu hari nanti.

      Delete
  7. selamat hari ibu kepada semua yg bergelar ibu....
    kepada ibu YB..alfatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari Ibu ini peluang utk kita menghargai para ibu. Kalau hari2 lain mungkin kita sibuk dgn urusan harian sehingga terlupa nak mempamerkan penghargaan kita.

      Terima kasih sudi sedekah Al-Fatihah utk ibu saya.

      Delete
  8. salam bro yb.
    alfatihah pd arwah mak yb dan arwah mak saya. mak saya balik kepdnya may17 2013 beberapa hari lepas hari ibu.
    semoga allah.swt merahmati roh mereka dangolongan muslimin dan muslimat yg juga telah kembali.

    nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam nur.

      Emak nur meninggal pada May17 2012 ya? Dah nak setahunlah dia pergi. Al-Fatihah utk arwah. Semoga dia bahagia di sana.

      Emak saya pergi 4 hari sebelum hari raya tahun lepas. Tapi rasa mcm baru semalam sebab sejak arwah abah saya meninggal dunia, emak tinggal bersama kami. Dekat 20 tahun kami tinggal serumah.

      Delete
    2. thanks bro..semoga roh yg dah kembali aman disana...
      alfatihah

      nur

      Delete
  9. kang YB, saperlar X sayang bini, tapi ada YB kann.,kannns

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kebanyakan suami sayang isteri tapi ada juga yg tak bertanggungjawab yg mengabaikan isteri mereka. Ini termasuk sebahagian daripada yg gatal nak pasang satu lagi ..... huhu

      Delete
  10. Sedap nampak sate tu hahaha senang kan. Call and order. Sampai trus mkn.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails