Maaf lambat sikit nak buat entri sambungan ini. Sebenarnya aku dan emak Adam baru balik dari surau untuk sama2 solat jenazah untuk arwah ibu kepada salah seorang jiran kami. Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhirnya di HUKM dan jenazahnya dibawa ke surau tempat kami utk disembahyangkan pada pukul 6 ptg tadi.
Kepada jiran kami Kak Rusmah dan adik beradik beliau yang kehilangan ibu tersayang takziah kami ucapkan. Ahad lepas rupanya Hari Ibu terakhir buat arwah.
Al-Fatihah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semasa di ladang kawan aku yang di Sepang itu sempat juga Adam dan Haikal bagi makan sepasang ayam belanda.
Ayam belanda yang jantan ini mengejar Adam yang memberinya makan. Tak pandai bersyukur betullah ...... hehe
Giliran memberi kambing makan. Emak Adam steady saja beri kambing makan pallet di tangan. Orang dah biasa buat kerja kampunglah katakan
Dalam perjalanan pulang dari rumah kawan aku tu kami singgah beli buah naga yang dijual di tepi jalan. Emak Adam suka buah tu.
"Adam makan tak kalau beli ni?" tanya emak Adam.
"Kalau dah dikopek abang makanlah," jawab aku. Itu jawapan standard aku bila ditanya tentang buah-buahan yang memerlukan usaha mengupas kulit sebelum dimakan.
Lepas itu kami singgah solat di Masjid Salak Tinggi. Inilah kali kedua aku solat di masjid itu dan kali pertama bagi emak Adam.
Selesai solat perut pun dah lapar. Kami ke Nilai 3 untuk makan Sup Berdengung.
Macam2 sup ada: sup kepala lembu pakai spek, sup ekor, sup tulang, sup perut, sup urat.
Haikal memilih sup urat, emak Adam sup perut campur urat dan aku makan sup tulang.
Selepas makan emak Adam ke beberapa kedai di Nilai 3 itu. Orang perempuan kalau dapat shopping mestilah gembira.
Adam sempat pegang2 comforter Angry Birds ini tapi emak dia beli yang corak lain. Comforter dan cadar.
Selain itu emak Adam juga sempat beli bunga hiasan. Raya nanti kot dia nak gubah.
Usai shopping kami meneruskan perjalanan ke Nilai Impian - ke rumah dua pupu aku. Seterusnya kami balik ke arah Taman Keramat. Pergi dua buah rumah di sana termasuk rumah mertua Tomok. Kami sampai rumah dekat nak waktu Maghrib.
Harap2nya emak Adam berpuas hati dgn sambutan Hari Ibu tahun ini. Kalau tak puas hati nanti bila senang abang dan anak2 kita bawa sayang jalan2 lagi sebab setiap hari adalah Hari Ibu.
Alahh...manisnya memori yb sekeluarga....
ReplyDeleteHidup biar sedap. Kalau kita asyik buat perkara yg sama dan pergi ke tempat yg biasa setiap hari, hidup jadi bosan.
DeleteAl fatihah dan salam takziah buat jiran yb
ReplyDeleteArwah ibunya tu tak tinggal di sini tapi kerana nak dikebumikan di tanah perkuburan islam kariah kami, jenazahnya dibawa ke surau kami petang tadi.
DeleteTerima kasih sudi sedekah al-fatihah
Erkkkk...lalu ke tekak nak makan sup kepala lembu?gg nya tidak di gosok(",)
ReplyDeleteTak lalu bukan saja sebab giginya yg tak gosok tapi juga sebab harganya yg mahal. Satu kepala tu sampai seratus lebih!
DeleteDah namanya ayam penjajah..mana nak sedar dek untung kan?
ReplyDeletebelanda ini memang mcm tu agaknya. Nasib tak ganas mcm angsa
DeleteNak jugak cukupkan L.I.M.A......
ReplyDeleteTahniah kerana jadi pengomen pertama hingga ke lima malam ini.
Deletesekarang ni dah tak berebut lagi nak first ..... huhu
Salam YB..... saya terjah ni..
ReplyDeleteUntung jadi ibu ni... dihargai dan dimanjakan... so sweet...
Waalaikum salam SR...... silalah terjah. Saya redha ... hehe
DeleteAnak2 yg tahu menghargai ibu akan cuba membuat ibu mereka gembira. Masa mereka ada lagi nilah nak buat mereka happy.
haa.... kakngah tau kedai yg ada tengkorak lembu tu..
ReplyDeletepernah mkn kt situ. tp kedai sebelah hihihi!!
Kalau lapar masa shopping di Nilai 3 di situlah tempat org selalu singgah makan. Ada banyak gerai di situ termasuk yg jual tengkorak lembu tu. Sebelum ini semasa kami makan di situ ada 3 kepala lembu. Ada yg sampai RM250 satu!
DeleteNgah makan gerai char kueh teow tu ke?
Al-Fatihah buat arwah.
ReplyDeleteBanyaknya aktiviti hari ibu buat emak Adam, paling best dpt gi shopping!
Semoga roh arwah diampunkan dan dirahmati Allah.
DeleteKami dedikasikan hari tersebut utk aktiviti keluarga. Itu yg banyak tu.
Umah saya yg sekangkang lembu pun, saya xtau pasal sup tu. Jarang ke nilai 3 kalau xde keperluan.
ReplyDeleteLain kali bolehlah tengok gerai tu. Kat kawasan tengah2 tak jauh dari surau yg atas bukit. Lepas tu bolehlah tayangkan gambarnya kat kami....
Deletekenapa nampak adam kurus?
ReplyDeleteSibuk berkempen masa PRU tu .... hehehe
Deletesopolarr ora sayang kambek bojo ndewek ..tapi ono kann kang YB..,kanns
ReplyDeleteYo ono jugak seng ora sayang bojo. Bojo nang oma deyek'an diene enak2 golek wedo'an lain ..... huhu
Delete