Semalam bacaan site meter aku melepasi angka 250,000. Aku tak sempat nak ambil screen shot masa itu sebab semalam aku agak sibuk sikit.
Jika dibandingkan dengan blog2 popular angka ini adalah kecil. Tapi bagi blog picisan macam blog aku ini ianya suatu yg besar. Terima kasih kepada rakan2 yang sudi singgah membaca dan juga yang berkongsi pandangan. Aku harap daripada beratus entri (yang kebanyakannya merapu) ada jugalah satu dua yg berfaedah.
Cerita lain pula.....
Malam tadi ada mesyuarat atau sesi berkampung di pejabat surau selepas solat Isyak untuk membincangkan pembahagian tugas untuk majlis kahwin anak salah seorang ahli jemaah. Tugasan agak straight forward sebab dia gunakan khidmat katering. Bakal menantunya seorang tokoh yang sangat terkenal di Malaysia ini. Aku tak boleh sebut sekarang. Nanti masa majlis itu kalau berkesempatan aku buat satu entri siap dgn gambar pengantin. Mesti korang kenal siapa beliau itu! Majlis akan diadakan pada 26hb Mei ini.
Malam tadi juga dibincangkan program jamuan untuk seluruh penduduk taman kami yang akan dianjurkan oleh pihak surau. Tujuan utama untuk merapatkan silaturahim di antara penduduk setempat dan juga sebagai penghargaan daripada AJK surau sesi 2010 - 2013 yang akan melepaskan jawatan pada penghujung bulan Mei ini.
Pelbagai menu dibincangkan malam tadi. Di antaranya kambing panggang, satay, char kueh teow, nasi goreng dan bihun sup. Semuanya berkonsepkan gerai. Selain itu buah-buahan dan minuman juga disediakan. Makanlah selagi larat atau sehingga stok habis. Majlis itu akan diadakan selepas solat Isyak pada 23 hb Mei.
Selepas mesyuarat berakhir, Pengerusi surau memberitahu beliau telah dipanggil oleh Majlis Agama Islam Selangor yang memberitahu perlantikan AJK surau yang baru oleh MAIS daripada senarai nama calon2 yang dipilih pada Mesyuarat Agong Khas Pemilihan di awal bulan April tempoh hari. Jawatan Pengerusi kekal disandang oleh Pengerusi sekarang kerana hanya ada satu pencalonan. Beliau memang layak kerana pengetahuannya di dalam bidang agama selaku lulusan Universiti Al-Azhar dan bekas ustaz di sekolah.
Bagi jawatan2 lain ada beberapa nama dicalonkan. Keputusan melantik siapa untuk jawatan apa terletak sepenuhnya di atas kuasa MAIS. Ini digunapakai bukan saja untuk surau kami tetapi untuk semua masjid dan surau di Selangor.
Malam tadi Pengerusi hanya memberitahu calon2 yang hadir saja jika mereka dilantik ke satu satu jawatan. Bagi calon yang tidak hadir, satu majlis akan diadakan untuk mengumumkan senarai penuh AJK baru untuk sesi 2013 - 2016.
Pengerusi memberitahu aku telah dilantik oleh MAIS untuk menjadi Bendahari surau kami. Ini satu tanggungjawab yang berat. Selain itu aku juga adalah salah seorang AJK Persatuan Penduduk taman perumahan kami.
Aku pohon kalian sudi mendoakan agar aku diberi kekuatan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik demi untuk agama, bangsa dan negara.
tahniah ..
ReplyDelete1. sempena melepasi pengujunng ke suku juta.
2. di lantik jadi bendahari surau.
kalau abg datang sana pada 23 Mei ini boleh tak ?
Terima kasih abang.
DeleteApalah sangat suku juta tu jika dibanding dgn blog abg yg dah lebih setengah juta.
Saya rasa ramai lagi org di tempat saya yg lebih sesuai jadi Bendahari sebab ada di antara mereka yg kerja sebagai akauntan dan juruaudit. Saya ni manalah pandai hal2 mcm tu .... huhu.
Kalau abg betul nak datang pada 23hb tu nanti saya beritahu Pengerusi. Rasanya takde masalah sebab memang surau kami ada buat jamuan setiap malam jumaat. Cuma kali ni secara agak besar2an.
gurau je
DeleteKalau sudi apa salahnya. Esoknya tu pun cuti umum ..... ngeeee
Deleteapa yg akan YB buat kalaulah YB dapat RM suku juta?
ReplyDeletetahniah YB sbb blog dah dilawati suku juta pengunjung, dan tahniah dilantik sebgai bendahari surau
tak sabar nak nengok siapakah gerangan pengantin yg terkenal itu
Buat bayar hutang termasuk dgn LHDN ..... huhu. Sekejap aje habis tu.
DeleteTerima kasih di atas ucapan tahniah tu. Terima kasih juga kerana menjadi di antara pengunjung tegar ke blog saya ni. Jawatan surau bukan sesuatu untuk dibangga. Ianya akan dipertanggungjawabkan di dunia dan juga di akhirat. Semoga saya dan teman2 lain yg dilantik akan dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.
Kenalah sabar dalam 2 minggu lagi. Masa kami diberitahu baru2 ini saya dan emak Adam pun terkejut. Femeslah tempat kami lepas ni ..... hiksss
Tahniah utk :
ReplyDelete1. suku juta pengunjung ke 'rumah' ini.. dah lama jg sy ikut baca entri2 di sini kiranya.. dr kerja mkn gaji hingga skrg.. how time flies.. :)
2. jawatan bendahari..
Terima kasih di atas ucapan tahniah itu dan juga menjadi pengunjung tetap dan sering memberi komen di sini w/pun tak meninggalkan nama.
DeleteNampak sangat saya takde kerja sebab boleh menulis blog selain sibuk di fb. Mungkin selepas pegang jawatan di surau, kurang sikit masa nak berblog ..... ngeee
Saya nak jumpa Bang YB lah, nak belajar cemana leh cari kiraan pengunjung tu. Saya tak reti. Ajar saya bleh?
ReplyDeleteNak jumpa ok saja tapi sejujurnya saya pun tak tahu cemana nak pasang sitemeter tu sebab yg tolong pasangkan dulu anak saya .... huhu
Deletetahniahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh (^_^)
ReplyDeletesemoga Allah memberkati YB dalam melaksana amanah2 tersebut
Panjangnya ucapan tahniah. Terima kasihhhhhhhhhhhhhhhh
DeleteAmiinnn. Semoga doa Yati itu dimakbulkan. Saya takut tak mampu nak melaksanakan amanah2 tersebut seperti yang diharapkan kalau saya sibuk dgn kerja2 lain.
wah org penting rupanya YB nih...selamat menjalankan tugas!
ReplyDeleteRamai lagi org yang lebih penting. Saya tolong2 mana yg termampu aje ....
Delete