Monday, May 27, 2013

Kalau Dah Jodoh - Gambar-Gambar Majlis Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus Pada 26 Mei 2013

Ramai yang dah tahu penceramah popular lagi glamer Ustaz Azhar Idrus telah melangsungkan perkahwinan beliau yang ketiga semalam 26 Mei 2013. Majlis akad nikah telah diadakan di rumah keluarga pengantin perempuan bermula pukul 11 pagi.  Keluarga pengantin perempuan tu tinggal setaman dgn aku .... ngeeee


Ustaz Azhar diapit oleh bapa mertuanya Tuan Hj Amin Khir di sebelah kanan dan pakcik pengantin Tuan Hj Omar di sebelah kiri. Yang lain2 tu adalah jiran2. Kebanyakannya memegang hp masing2. Nak update status fb ke? .... hehe



Pelamin yang ringkas tapi menarik dengan gubahan bunga2 segar (bunga hidup)


Hantaran daripada pihak pengantin perempuan


Setelah selesai solat Zohor di rumah mertua, UAI dengan ditemani 2 orang isteri tuanya telah datang ke khemah di kawasan padang permainan tempat kami di mana para tetamu berkumpul. Isteri pertama di sebelah kanan beliau manakala isteri kedua di sebelah kiri. Isteri ketiga sampai kemudian


Di atas permintaan UAI, tiada meja makan khas disediakan di situ. Beliau makan hidangan yang sama seperti para jemputan lain. YB Hj Saari Sungib ADUN Hulu Klang dan isteri antara jemputan yang duduk bersama di meja UAI. Jug air pun jug plastik aje. 


Para peminat UAI tak henti2 mengerumuni meja UAI. Perhatikan orang yg ramai2 berdiri di hujung khemah tu.


Suami isteri ini kiranya peminat jugalah. Isteri ketiga pada masa ini telah berada di sisi suami tercinta. Dia datang 30 minit setelah UAI tiba di khemah pengantin


 Emak Adam (dua dari kiri) bersama jiran2 bergambar kenangan dgn pengantin baru, Khairul Izyan


Hidangan yang disediakan untuk para tetamu


Lebih kurang pukul 3 ptg UAI meninggalkan khemah utama untuk satu majlis tertutup di rumah mertua. Pemuda2 berbaju kelabu adalah sebahagian daripada pengiring UAI yang datang all the way dari Ganu. Yang baju Melayu berwarna hijau itu imam besar surau taman kami. Beliau yang membaca doa untuk pengantin


Siapa nak basuh periuk ni wei ..... hahaha

Kepada UAI dan isteri-isterinya, aku doakan semoga berbahagia hingga ke syurga. Ini barulah boleh dipanggil is3 sebab dah ada tiga .....

34 comments:

  1. Yangbaju hijau cair songkok hitam tu...tak minta petua ke?


    (Gurau-gurau ya kak Roslina, jangan marah!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sedang berusaha mendapatkan petua daripada Hj Amin Khir tentang macamana nak cairkan hati bakal mertua ..... hehehe

      Emak Adam ok aje tapi dgn syarat .... huhu

      Delete
  2. As salam YB,

    Ingat saya yg first komen! Alaaa... cantiklah pelamin tu :)

    Kita doakan yg baik2 buat mereka... YB senyum meleborrr... senyum ada makna tu... ngeee~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Marya,

      Marya kalah sikit dgn ckLah sebab jarak jauh tu agaknya. Gelombang dari Peru tu mengambil masa 2 minit lebih lambat untuk sampai ke sini berbanding dgn gelombang dari Teluk Intan ..... ngeeee

      Ramai yg puji pelamin tu cantik.

      Marilah kita sama2 doakan yg baik2 buat mereka dan buat kita semua.

      Senyum tu kan sedekah .... hehe

      Delete
  3. amboi2....
    lepas ni kenduri abg G eyhh... asek terpanggil abg G jaa...
    YB pulak kan..?!!...
    nak meja VVIP. tau...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tak datang tau.

      Saya ingat nak buat mcm Hj Amin. Takde meja VIP. Boleh tak?

      Delete
    2. maja VIP x buat x pe...

      saya nak VVIP ... haahahaaa....

      Delete
    3. Sanggup ke nak duduk semeja dgn Syed Mokhtar di meja VVIP? ........ hehehe

      Delete
  4. Amboiiii naik la rating ye.. ;)
    Cantik pelaminnya.. Sangat adore..

    Nasinya lembut & sedap, lauk kambingnya awesome..!

    periuk tu selalunya pengantin yg kena basuhkan..? Tapi kalan jirannya nak tlg basuh pun, ok jg.. :p

    p/s : mcm ada yg akan disaman di bawah akta Wanita & Keselamatan ni rasanya..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rating tak seberapa pun. Sekadar nak berkongsi cerita dan gambar2 majis semalam tu.

      Tuanrumah telah memastikan semua tetamu dapat makan makanan yg sedap dan enak. Cuma rojak buah dan teh tarik habis cepat. Yang lain tu cukup sampai ke petang.

      Dulu memang menjadi tradisi pengantin kena turun padang selepas Asar utk basuh periuk. Masa saya kahwin pun pihak penanggah tinggalkan 1-2 buah periuk besar utk saya dan emak Adam basuh sampai bersih. Kerjasama suami isteri dlm hal rumahtangga yg pertama petang bersejarah tersebut sebelum bekerjasama lebih lanjut di sebelah malamnya pulak .... ahaks

      Hj Amin tu baik orgnya. Dia tak saman insya Allah.


      Delete
  5. Semoga UAI berbahagia dengan isteri isterinya :)

    Saya cilok gambar FB YB buat entri semalam tau..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn. Begitulah yang kita harapkan.

      Saya rasa saya ada lihat adik DZ semalam. Bukan main semangat dia ambik gambar. Dia kawan kpd Izyan ke?

      Lain kali kalau DZ nak ke rumah saya tanya aje dgn adik DZ tu sebab rumah saya dgn rumah pengantin tu sepelaung aje..... hehehe

      Delete
    2. Suami adik saya( adik ipar saya) ialah 2 pupu kepada Izyan :)

      Delete
    3. Adik ipar DZ tu bersedara melalui emak atau bapak Izyan. Kalau sebelah emak, kiranya org Melakalah ya. Tapi kalau dgn bapak Izyan, kiranya org Jawalah ...... ngeeeee

      Delete
  6. ish..tak teringin ke? larikkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin nak terima menantu glamer ke? Dapat menantu org biasa2 sudahlah ..... ngeeeee

      Delete
  7. wah..tumpang glemer ye YB
    terkejut jugak baca kat fb igt gossip semata ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kebetulan bertemu jodoh dgn org taman kami. Bukan setakat tumpang glamer tapi gempaq juga mula2 bila tahu pengantin lelaki itu adalah UAI. Di dalam kad jemputan cuma ditulis Azhar bin Idrus saja ...... ngeee

      Delete
    2. Banyak betul UAI dapat ucapan tahniah. Mesti dia happy ..... hehe

      Delete
  8. wahhh tak sangka satu taman ngan YB, mencanak la hits blog ni nanti, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai mereka menyimpan rahsia. Hanya saudara mara terdekat dan beberapa org jiran aje yg tahu pada mulanya.

      Ramai yg tak tahu blog saya ni. Harap2 adalah pembaca baru mulai hari ni. Bolehlah tambah kawan baru ..... ngeeee

      Delete
  9. wow meriahnya....

    selamat pengantin baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah macam pesta semalam .....


      Semoga kekal berbahagia pasangan mempelai....

      Delete
  10. Terima kasih berkongsi cerita dan gambar.

    Kalau semua isteri2 didunia mcm isteri UAI,
    aman damai dunia kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali. Ini dari pespektif saya. Org lain pun banyak juga gambar dan cerita tentang majlis semalam.

      Rumah tangga mungkin lebih aman tapi dunia tetap bergolak sebab punca konflik bukan daripada rumahtangga semata2 ..... huhu

      Delete
  11. bang, bini2 dia semua pakai ninja tu cemana depa makan..?

    hehe.

    ikhlas aku tanya ni tau.


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang pun tak tengok masa mereka makan semalam. Tapi tentulah mereka selak penutup ninja tu kan .....

      Delete
  12. tahniah UAI dan isteris..heheh akak better akak letak watermark kat akak punya gambar....trimas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah lagi letak watermark kat gambar2 saya. Mungkin di masa depan boleh dipertimbangkan kalau ada yg cuba salahgunakan ....

      Terima kasih di atas cadangan itu.

      Delete
  13. Aiiiii, YB senyum lebaqqqq ja....nak menuntut ke? saya tak setabah mereka......saya tak rela...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum tumpang gembira tu. Nak menuntut tak larat pengerasnya ..... huhu


      Ramai wanita yg tak setabah mereka. Kepada para suami, sila ambil perhatian dan fahami situasi ini.....

      Delete
  14. Kawin banyak pun ujian jugak... YB sanggup ka di uji?

    ReplyDelete
  15. Hidup ini penuh dgn ujian. Tak kahwin pun ujian. Isteri sorang pun ujian. Isteri ramai lagilah ujian.

    Dia ustaz ujiannya lebih besarlah.

    Saya setakat ini lulus kot ujian tu ...... ngeeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails