Ekoran entri semalam dan kisah pernikahan kali ketiga pengantin lelaki tersebut, banyaklah komen2 yg aku baca di internet atau perbualan mulut ke mulut (bukan CPR tau) tentang poligami. Antara komen terbaru ialah yang ditulis oleh JuneAina di laman komen aku pagi ini:
Bagi aku kahwin ramai atau kahwin seorang saja tetap ujian. Hatta tak kahwin atau dah bercerai samada cerai hidup atau cerai mati juga ujian.
Ada orang kahwin lebih daripada seorang boleh hidup aman bahagia. Sekurang2nya dari pandangan aku orang luar ni. Kalau mereka bergaduh laki bini selagi aku tak nampak lebam biji mata atau benjol di dahi aku bersangka baik mereka bahagia .... ngeee.
Ramai orang yg diuji dengan seorang pasangan saja lulus ujian tersebut. Berjaya membina keluarga bahagia sehingga ke akhir hayat. Sanak sedara dan handai taulan siap gelar pasangan ideal atau pasangan mithali lagi.
Tapi ramai juga yang kahwin lebih daripada satu hidup tak tenteram. Kerjanya asyik nak tipu bini demi nak gembirakan isteri yang lain. Kerana tanggungan yang besar pendapatan pun tak cukup. Hidup nak bergaya tapi akhirnya duit orang lain disonglap. Aku kenal ada seorang yang mcm itu. Isterinya 4 orang! Bagi aku ini contoh orang yang gagal ujian.
Kepada soalan JuneAina: YB sanggup ka di uji? Aku hanya berdoa kepadaNya janganlah menguji aku dengan sesuatu yang aku tak mampu menghadapinya.
Korang pula macamana?
Pada pandangan mata kasar mereka mungkin bahagia tetapi jangan tertipu dengan senyuman...hahahaa... Dia ustaz lebih arif.
ReplyDeleteMasa di majlis tu nampak memang bahagia. Semoga begitulah hendaknya ....
Deletekita hidup ni pon ujian....
ReplyDeletecuma sanggup dengan tak sanggup ja nak hadapi..
kadang tu mungkin lah.. ujian kali pertama tak lulus...
sapa tahu.. melalui pengalaman hidup yang di lalui.. ujian kali kedua tu lulus dan bahagia hingga ke akhir hayat....
biasa lah tiada ujian kita ni bukan makhluk Allah...
ade orang nampak bahagia sangat.. suami isteri... anak beranak pinak...
tapi belakang.. bercakaran...bini bising.. laki cari orang lain kat luar... tak puas hati dengan yang ini tukar sesedap rasa... buat orang macam sampah...
manusia kan..?!..
syukur lah kalau iman masih teguh.... itu tandanya Allah sentiasa memberi peringatan kepada kita....
hati2 lah kadang2 tak sedar Allah beri ujian... dengan kekayaan harta benda dan boleh miliki apa yang di kehendaki...petik jari 10 yang datang kunon... tapi sekali Allah tarik nikmat itu.. jangan menyesal kemudian hari...
kita menghadapai kesukaran dalam kehidupan seharian pon kira ujian jugak kan...
alamak... terlebih sudah.... tapi itu lah ujian kan...
Betul apa yang CPL katakan itu.
DeleteRasanya tak perlu saya ulas lagi di sini. Boleh kita borakkan kalau kita keluar dating nanti ..... hehehe
Assalamualaikum,
ReplyDeleteDaku jugak sedang diuji...
Waalaikum salam anyss,
Deletesemoga lulus ujian ini dengan cemerlang. Tak lama lagi adalah anak Dato masuk meminang .... hehehe
saya nak yang bujang plis. heheh~
ReplyDeleteSaya pun bujang jugak ...... bujang 3
Deletehahaha
Nampaknya, YB masih belum menjawab soalan tu secara direct..penuh bunga2 jawapan YB..hahaha
ReplyDelete