Saturday, May 25, 2013

Jamuan Kesyukuran Besar-Besaran

Pada 23hb Mei yang baru lalu surau tempat aku mengadakan satu Jamuan Kesyukuran sempena kejayaan menganjurkan Ceramah Perdana Maulidur Rasul tidak lama dulu. Penceramah pada majlis tempoh hari ialah Ustaz Azhar Idrus dan lebih 20 ribu orang telah membanjiri padang AU2 untuk mengikuti ceramah tersebut. 

Pihak surau dengan kerjasama sebahagian besar penduduk taman ini dan juga beberapa pihak lain telah berjaya mengutip derma yang agak banyak pada malam tersebut. Sebahagian besar derma tersebut akan digunakan untuk pembangunan surau dan juga program2 lain manakala RM5,000 telah diluluskan untuk jamuan kesyukuran.

Untuk program jamuan kesyukuran itu biarlah aku bercerita dgn menggunakan gambar.




Kain rentang menjemput penduduk taman untuk sama-sama ke majlis tersebut dipasang di semua jalan masuk utama ke taman kami. Yang ini depan tadika Adam



Sebahagian daripada khemah yg disumbangkan oleh Hj Amin (salah seorang AJK surau yang merupakan tauke khemah). Dia inilah yg panggil aku G.  Semuanya 6 buah khemah didirikan utk tetamu dan 2 buah khemah lagi untuk menghidang makanan. Kalau kena bayar, berapa banyak nak kena bajet ni





Sate dan kambing panggang mula dibakar sebelum Maghrib lagi.  2 ekor kambing dan 3,000 cucuk sate disediakan



Acara dimulakan dgn majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh YB Hj Saari Sungib iaitu ADUN Hulu Klang (berbaju kuning) yang kebetulan datang untuk berbuka di surau kami



Selepas solat Maghrib majlis bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat telah diadakan


Sebahagian daripada jemaah yang hadir pada malam tersebut


Sate Warisan Pak Acip yang didatangkan khas dari Johor. Secucuk cuma 50 sen. Dah selesai solat Isyak pun masih belum habis membakar sate 3,000 cucuk tu. Tak mengapa sebab majlis sampai tengah malam atau selagi stok masih ada ..... hehe



Kambing 2 ekor telah masak ranum



Pengerusi surau Ustaz Che Nordin Ibrahim mempersilakan para jemaah ke khemah yang disediakan untuk menjamu selera



Feeding time ..... hehehe


YB Saari tidak dapat bersama kerana ada program lain tapi YB yang seorang lagi tu (tiga dari kiri juga berbaju kuning) masih ada. Cepat betul dia dan rakan2nya mengambil makanan. Tetamu lain masih berbaris pada ketika gambar ini diambil kerana kita boleh lihat khemah di belakang mereka itu masih kosong ..... ahaks


Apalah cerita yang dikongsikan oleh kaum ibu ini termasuk emak Adam (berbaju cokelat sebelah kiri gambar) sehingga Kak Liah yang bertudung hijau itu senyum lebar?


Tetamu2 wanita ini memilih duduk di bawah di tepi pagar surau. Dekat sikit nak mengambil makanan dan minuman .... ngeeee


Di antara hidangan yg terdapat pada malam itu ialah nasi goreng, mee goreng dan bakso.


Gerai char kueh tiaw ini menjadi tumpuan ramai. Dia orang tukang masak dibawa khas pada malam itu. Kanak-kanak 3 orang tu sedang menunggu giliran mereka


Yang dewasa pun turut beratur untuk merasa char kueh tiaw



Majlis yang berakhir pada pukul 11 malam itu telah berjaya merapatkan lagi silaturahim penduduk di taman ini. Itu sebab aku suka duduk di sini.

18 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Wahhhhhhhh! makan besar!
    Errr....rasa mcm nak dok taman tu jugak lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss,

      Sekali sekala bagus juga diadakan majlis macam ini. Dapatlah penduduk di sini berkumpul bertanya khabar dan beramah mesra.

      Pada malam itu saya sempat duduk dgn salah seorang jiran kami yg sebelum ini duduk di jalan sebelah hujung taman. Sejak dia balik kerja di Calgary, Kanada dia telah berpindah ke kondo tapi rumahnya di sini masih ada. Sekali sekala aje dia dtg sini.

      Jemputlah duduk sini. Senang saya nak jumpa anyss ajak pergi makan cendol ...... ngeeee

      Delete
  2. Serious, saya rasa nak duduk taman YB ni...Muafakat!
    Mmg majoriti penduduknya Melayu ke?
    Surau taman tu nampak besar juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah perpaduan penduduk di sini sangat erat. Adalah 1-2 yg kurang nak bercampur dgn jiran tapi itu lumrahlah di mana2pun kan.

      Surau tempat kami ini pun dinamakan Al-Ittifaq yg membawa erti permuafakatan.

      Ada 224 buah rumah di taman ini dan cuma sebuah saja yg disewa oleh bukan Melayu. Dulu ada juga pemilik bukan berbangsa Melayu semasa taman ini mula dibuka tapi kesemua mereka telah berpindah ke tempat lain.

      Surau ini sederhana saja kerana asalnya bangunan utk taekwando. Ianya telah dibesarkan beberapa kali dan sekarang boleh menampung dlm 150 org jemaah. Kalau bulan puasa atau hari raya kenalah pasang khemah utk menampung jemaah yg overflow.

      Ada rancangan utk membesarkan surau ini tapi belum terlaksana kerana kekangan bajet.

      Delete
  3. Sedapnya kamben tu yb...cicah ayaq asam..perghhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kambing memang sentiasa jadi tarikan utama. Malam tu takde ayaq asam tapi ada black pepper dan mint source aje. Itupun habis ..... ngeeeeee

      Delete
  4. meriah betul kenduri kesyukuran, siap ada 2 ekor kambing lagi tuh! perghh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah meriah dan sambutan drpd penduduk setempat amat menggalakkan. Kebetulan ada bajet maka dapatlah sediakan makanan yg sedap2 seperti kambing tu .....

      Delete
  5. bila scroll gambar tiba tang kambing golek tu berenti lama sikit hehe

    ReplyDelete
  6. amboiii... kemain beso kamben golek2...
    abg G tolong bako ape..?!.. hahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kambing tu saiz biasa je. Seekor RM1,000 tapi kerana kami beli 2 ekor dapatlah RM1,800. Siap sembelih dan masak

      Abg G tolong bako semangat je. ..... hahaha

      Delete
  7. waaa bestnya jamuan kesyukuran nampak macam open house musim raya pun ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ciri2 open house raya cuma open house raya kami buat waktu siang tapi majlis ini pada waktu malam.

      Delete
  8. wah... memang ranum sungguh kambing tu...sedap

    ReplyDelete
  9. Selalu juga tengok org kenduri dok buat kambing golek. Entah bila dapat merasa.

    Sebab tak pernah lagi gi kenduri yg ada kambing golek. Keh3.

    ReplyDelete
  10. yb..
    taman y yb duduk dimana?
    ayu nak pindahhh

    hahahha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails