Wednesday, May 22, 2013

Ingat Semua Boleh Dibeli Dengan Wang

Semasa aku ambil Adam dari tadika dia tengahari semalam aku lihat ada 4 buah lori treler membawa batang2 paip berada di kawasan taman permainan depan tadika tersebut. Turut berada di situ sebuah kren Kato yg besar. Paip2 itu ialah untuk menggantikan paip air sedia ada di kawasan kami dan kawasan sekitarnya.



Perhatikan batang2 paip yang di atas treler2 tersebut. Lori keempat nun jauh di belakang gambar ini iaitu dekat dgn tebing surau



Bila aku balik ke rumah aku beritahu emak Adam apa yg aku lihat. Dia cadangkan aku beritahu jiran aku Tuan Hj Amin yang akan mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya di padang tersebut Ahad ini. Aku pun telefon Hj Amin. Rupanya dia dah ada di situ.

"G tolong datang sini cepat. Saya seorang ni sedangkan mereka 10 orang," kata Hj Amin minta bantuan aku. 
(G itu singkatan kpd haji. Hj Amin memang panggil aku Haji w/pun aku belum pergi haji lagi)

"Dia orang dah turunkan paip dari treler pertama. Saya sedang halang mereka daripada menurunkan paip daripada lori2 lain," sambung Hj Amin.

"Ok saya datang sekarang. Saya call sebab ingat Hj belum tahu hal ini. Eloklah kalau Hj dah ada di sana" balas aku.

Aku mengajak anak sulung aku Hazwan untuk ikut sama. Di dalam perjalanan ke padang sempat dia call ADUN kawasan kami. Aku ada simpan no hp YB tu.

Bila kami sampai aku lihat keadaan agak tegang. Kontraktor (seorang Cina) berkeras dia berhak turunkan paip dan simpan di kawasan padang kerana mendakwa dia telah mendapat kelulusan daripada pihak PBT. Bila kami minta dia tunjukkan surat kelulusan itu, dia takde bukti.

Setelah gagal nak memperdayakan kami dgn surat kelulusan yg tak wujud itu kontraktor itu kata dia telah mendapat kebenaran daripada AJK Persatuan Penduduk. Kami call beliau yang kebetulan berada di Taiping atas urusan kerja tapi beliau menafikan ada memberi kebenaran meletakkan paip2 itu di kawasan padang. Beliau hanya menyarankan kontraktor letakkan paip2 itu di tepi jalan besar.

Sementara itu pegawai dari pihak PBT telah menelefon Hazwan setelah mendapat panggilan daripada YB ADUN. Pegawai tersebut menjelaskan bahawa kontraktor hanya mendapat kebenaran untuk mengorek jalan untuk kerja2 menanam paip tapi tiada sebarang kelulusan dipohon oleh kontraktor untuk meletakkan paip di kawasan taman permainan. Jika ada sebarang permohonan sekalipun, pihak PBT tidak akan membenarkan paip diletakkan di situ kerana akan merosakkan taman dan mengundang bahaya jika kanak2 bermain di atas paip tersebut.

Bagi kami penduduk di taman ini pula, kawasan padang itu akan digunakan untuk beberapa majlis dalam masa terdekat ini. Malam Jumaat ini akan diadakan majlis kesyukuran oleh pihak surau di mana semua penduduk taman ini telah dijemput hadir. Hari Ahad ini pula Hj Amin akan mengadakan majlis perkahwinan anak beliau dan tempat ini akan digunakan sepenuhnya utk khemah dan parkir para tetamu. Kalau paip2 itu diturunkan di kawasan padang, manalah pula tetamu nak letak kereta mereka.

Hj Amin beritahu aku sebelum aku datang, kontraktor itu cuba menyogok dia dgn wang untuk settle perkara ini.

Salah oranglah Bro. Hj Amin ini juga kontraktor besar. Crusher run untuk parkir di kawasan padang tu dialah yang sumbangkan.

Aku juga menghubungi adik kembar aku yg jadi big boss di Syabas untuk beritahu apa yg berlaku dgn kontraktor Syabas. Aku minta dia beritahu pengurus dia untuk arahkan kontraktor Syabas ini pindahkan paip yang telah diturunkan di padang. 

Consider done!

Ini untungnya ada kabel ..... hehehe

Dipendekkan cerita kontraktor itu telah mencari tempat di tepi jalan besar untuk menurunkan paip daripada 3 treler serta memindahkan paip yg telah diturunkan di padang.


Gelanggang badminton ini retak kerana tak mampu menampung keberatan treler. Sebelum itu kren Kato pun naik atas court ini. Apo nak diKato.

Yang aku geram daripada insiden ini ialah sikap kontraktor yang keras kepala dan cuba menyogok demi memudahkan kerja mereka. Apa dia ingat orang Melayu ni begitu mudah dibeli. 


42 comments:

  1. mesti sebelum ni dia selesaikan masalah yang serupa dengan cara yang sama... jadi dia pun pukul rata semua orang akan setuju dengan cara dia yang penting kene hulur duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sebahagian manusia tak mengira halal dan haram. Apa yang penting sebarang masalah mesti diselesaikan dgn cepat kerana masa itu berharga. Time is money. Kalau perlu sogok org utk selesaikan masalah, mereka akan lakukan.

      Golongan inilah yg merosakkan masyarakat ..... huhu

      Delete
  2. Sama la dengan kat sini jugak.. Tengah ada ura2 nak gantikan paip lama dengan paip baru.. Hari tu ada jentolak dah korek sikit tepi jalan kat depan rumah saya sbb dorang nak tengok tempat tu sesuai ke tidak nak letak paip kat tempat baru.. Lepas korek tu bukannya nak ratakan balik tanah tu.. Pakat tinggal macam tu je.. Tak pasal2 dah rosak tanah tu.. Dah tak rata dah... huhuhu....

    Ruginya saya takde kabel.. adehhh... hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Program menggantikan paip lama dgn paip baru ini adalah antara usaha untuk mengurangkan NRW iaitu air yg tak mendatangkan hasil kpd Syabas kerana kebocoran paip dan kecurian.

      Malangnya belum apa2 lagi sebahagian kontraktor yg dilantik dah menyusahkan orang seperti yg berlaku di tempat Cik Azz tu. Dah lepas korek bukan nak tampal betul tapi main tempek2 aje atau tinggalkan begitu saja.

      Sesiapa yg takde kabel masih boleh mengadu ke talian Puspel.

      Delete
  3. hrmmmm.. aduan dah buat ke pada pihak pbt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. YB Adun yg bertindak segara memberitahu PBT yang seterusnya menghubungi anak saya.

      Delete
  4. kalau ikut en3 dah di buat tp tindakan pihak pbt apa pulak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PBT telah menghubungi pihak Syabas memberitahu perkara yg terjadi di tempat kami dan mengarahkan kontraktor mengalihkan paip2 keluar dari kawasan padang.

      Semasa menghubungi anak saya, pegawai PBT memberitahu hanya kebenaran mengorek jalan yg telah diberikan kpd kontraktor dan bukan kebenaran menyimpan paip. Jika kontraktor berdegil, kebenaran mengorek jalan itu pun akan dibatalkan.

      Delete
  5. ambik duit tu BAKAR depan mata dia
    pueh hati
    hahahaha...(gelak geram + marah+benci)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti terkejut beruk kontraktor tu kalau buat mcm tu ...... huhu

      Delete
  6. Owwhh begitu kisah akhirnya.. Sy jeling2 je dr dlm kereta hari tu masa on the way nak balik ke Kemaman..
    Kesian badminton court, kesian lg dekat anak2 yg selalu bermain di situ..

    p/s : bukan semua melayu boleh dibeli, Jawa apa tag lg.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nampak juga Cik Kebal lalu semasa kami sedang 'berbincang' dgn kontraktor tu. Begitulah kisah akhirnya. Malam esok bolehlah penduduk sini mengadakan jamuan kesyukuran seperti yg telah dirancang itu di padang tersebut. Seterusnya Ahad ini bolehlah jemputan dan peminat VIP yang akan melangsungkan perkahwinan sama2 berkumpul di padang itu.

      Saya akan bawa ke mesyuarat AJK Persatuan Penduduk mengenai kerosakan court badminton itu supaya ada tindakan susulan yg akan diambil.

      Adakah Jawa lebih mahal daripada Melayu? ..... ahaks

      Delete
  7. tak habis-habis nak menyogok. huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan GB tak biasa dgn kontraktor yg macam ni. Menyampah tengok org macam ni .... huhu

      Delete
  8. Saya nak beli treler tu sekali dengan drebar drebar dia. Boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. azie nak buat apa dgn treler tu dan juga drebarnya? Risau pulak saya memikirnya .....

      Delete
  9. salam dah dia perintah
    apa.pun jln

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.

      Pihak pemerintahpun tak suruh dia buat mcm tu. Ini nak senangkan diri dia sendiri aje tanpa memikirkan mudarat kpd pihak lain ...... huhu

      Delete
    2. dia rasa dia punya pemerintah back dia up la...tu yg sesuka hati

      Delete
    3. Kalau buat perangai tak senonoh mcm ini pemerintah dia pun sure tak nak back up dia .... hehe

      Delete
  10. wahhh.. neh baru namanya YB yg berkhidmat utk rakyat..
    hikhikhik.. siap ada bodigad escort ngan ada kabel kat syabas tuh..
    SYABAS YB.. syabassss (ala2 amitabh bachan tepuk tgn)..

    *kalo takde sape kesah hal tuh, sure diorg da turunkan paip2 tuh kan..*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah sampai ke tahap berkhidmat utk rakyat. Kebetulan saya dan Hazwan kerja dari rumah. Kalau ada perkara2 mcm ni kami bolehlah respon dgn lebih pantas berbanding dgn rakan2 yg bekerja di tempat lain.

      Dah mcm 'syabas inspector sab' pulak .... hehehe


      Betul tu. Kalau takde sesiapa menghalang sudah tentu semua paip itu diturunkan di kawasan padang permainan tu. Lepas tu bila traktor mereka keluar masuk nak ambil paip tu nanti utk dipasang, hancur kawasan tu .... huhu

      Delete
  11. As salam YB,

    Maaf ye Marya baca sikit2 je, sb kepala pusing2... Terima kasih atas ingatan & ucapan takziah... moga Allah balas YB & keluarga yg baik2 sahaja... semoga dipermudahkan urusan juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Marya,

      Eh tak perlu minta maaf. Jangan risau tak dapat baca sepenuhnya kerana kesihatan Marya dan baby itu jauh lebih utama.

      Kisah di atas hanyalah kisah setempat cuma gelagat kontraktor tu patut diselar sebelum ianya menular di dalam masyarakat.

      Sama2. Semoga keluarga arwah along diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Saya boleh bayangkan cabaran yg mereka hadapi kerana saya sebaya dgn arwah along Marya tu dan saya ada anak2 yg masih mengharapkan bimbingan dan kasih sayang seorang ayah.

      Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

      Delete
  12. sebab itu masuk kubur pun depa tabur duit. depa dgn duit kan sinonim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dengarnya depa dah tak bakar duit tapi bekalkan simati dgn kad kredit ...... huhu

      Delete
  13. hahaha.

    bagi aku diorang nak siapkan kerja je...

    tapi jangan lah langsi masuk tempat orang kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun boleh faham mereka nak buat kerja tapi mcm awak kata janganlah langsi bila masuk tempat orang. Paling tidak pun bagilah salam dulu ..... huhu

      Delete
  14. Habis jahanam taman/padang permainan/rekreasi..
    Kita di malaysia ni amat sedikit yg ada kesedaran menjaga fasiliti awam sebegitu, syukur Hj. YB ( :P ) dan kawan tu sempat halang kontraktor Cina tu..

    By the way YB, yg saya kurang faham, katanya masa kenduri kawin kawan YB tu nanti, padang tu akan digunakan sebagai tempat pasang khemah/parkir kan? Bukan kah itu merosakkan juga padang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesedaran menjaga fasiliti awam mmg masih di tahap rendah. Buaian di sini sering rosak kerana bukan kanak2 saja yg menggunakannya tapi org dewasa termasuk bibik2 pun ikut berbuai!

      Padang itu telah banyak kali digunakan utk majlis kenduri penduduk di sini. Dah jadi macam laman pengantin. Khemah dipasang di court bola kerajang dan court badminton. Tak boleh dipasang di gelanggang futsal sebab permukaannya boleh rosak bila kena tiang khemah.

      Kawasan parkir kereta di sebelah tepi padang telah ditaruh crusher run (batu2 kecil). Setakat kereta yg parkir tak rosak sebab tak seberat treler yg membawa paip2 tu.

      Delete
    2. Ohhhh..ok..ok..faham dah saya..:)

      Delete
    3. Pada hari Ahad tempat tu penuh sesak dgn tetamu ke majlis perkahwinan Izyan dgn UAI ..... ngeeeee

      Delete
  15. Bagi kontraktor berbangsa lain tu duit mungkin raja bagi depa, bagi kita ada yang lain lagi besar untuk di jaga.

    Lain kali kalau saya ada masalah bolehlah call YB mintak tolong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikap sebahagian kontraktor bukan Islam tu kita boleh faham. Tapi malangnya ada juga kontraktor kita yg ikut resmi ini ..... huhu


      Call tu boleh kalau ada no hp saya tapi tolong tu tak tahulah lagi sebab kemampuan saya terhad .... ngeeee

      Delete
  16. hai g...
    wah ! mesrew gittew muahahaha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesrew sebab kami kembang setaman ..... hahaha

      Delete
  17. abg G... eyhh silap YB,

    kompom apek tu tu cakap... Lu Langsi Lu Mati... ehhee...

    takpatut la dorang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nyampesslah CPL ni.


      Taklah tua sangat sampai peringkat apek. Dalam awal 40an agaknya umur dia. Tapi memang langsi ...

      Delete
  18. peringatan kepada semua kontraktor ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kontraktor yg buat kerja utk PBT pun kena ambil perhatian. Takut nanti gara2 kontraktor buat perangai mcm ni, nama PBT yg tercalar

      Delete
  19. YB, cuba tanya kembar YB tu, macam mana Cina tu boleh dapat kontrek ganti paip tu? Kalau setakat ganti paip lama dengan paip DI tu, Hj. Amin Khir pun boleh buat, pakai sebelah mata jer! Ke projek tiris?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bila jumpa dia saya akan tanyakan.

      Saya rasa Cina tu subcon aje. Atau mungkin dia dapat kontrak tu atas dasar 1Malaysia ..... huhu

      Projek kecik mcm ni Hj Amin tak doyan ...... hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails