Tuesday, May 21, 2013

Dikejar Beruang Di Atas Katil Membuat Ayer Keroh Lalu Mabuk

Jumaat lepas aku dan client pergi melawat tapak untuk stesen minyak di Melaka. Kami berjanji untuk berkumpul di stesen minyak Petronas selepas plaza tol Ayer Keroh pada pukul 9:30 pagi.

Aku bertolak dari KL pukul 8 pagi selepas menghantar Adam ke tadika. Jarak dari rumah aku ke Ayer Keroh lebih kurang 130 km.  Sejam setengah utk sampai ke sana sempat rasanya kalau KL tak jam sangat. Lagipun had laju antara Alor Gajah dan Ayer Keroh telah dinaikkan kepada 110 km/j dan bukan lagi 90 km/j seperti sebelum ini.

(Ada org cakap had laju ditetapkan pada 90 km/j di kawasan itu kerana Melaka ini tak berapa besar. Kalau 110 sekejap aje orang dah keluar dari Melaka .... hehe)

Aku sampai di Petronas itu sebelum jam 9:15 pagi w/pun aku tak bawa kereta mcm Sebastian Vettel. Aku jengah2 keliling tapi tak nampak client aku tu. Aku pun telefon dia kot2 dia masih OTW. Elok aku call dia pun kata dia ada kat belakang kereta aku. Aku pun turun dari kereta dan bersalaman dgnnya.

Selepas itu aku call pula kawan aku yg duduk di Melaka yg dah janji nak tunggu kami di situ. Rupanya dia ada dalam kedai di stesen minyak tu.

Dari situ kami pergi bersarapan terlebih dulu sebelum ke tapak projek. Kawan aku yg orang Melaka tu membawa kami ke kedai roti canai yang terkenal di Bukit Beruang.


Ini dia kedai tu. Betul2 di tepi jalan. Kalau nak parking kena letak kereta di seberang jalan dekat dgn SK Bukit Beruang



Roti canai di sini femes kerana kari ikan jenahak dan sambal sotongnya.  Yang kelihatan tu kari kepala ikan dan sambal sotong (piring kecik tu)



Selepas mengisi perut dan borak2, kami pun ke tapak stesen di Bukit Katil yang hendak dijual kpd syarikat minyak tu.



Tapaknya yg di sebelah kiri jalan tu. Kalau jadi nak kena tambak tanah tu sehingga sama paras dgn jalanraya.

Client amat tertarik dengan tapak cadangan ini memandangkan kedudukannya yg strategik dan jumlah kenderaan yang banyak yang melalui di hadapan tapak. Dia akan menyusulkan kepada pihak pengurusan untuk melakukan kajian lanjut seperti membuat kiraan trafik sebelum berbincang pasal harga tanah.

Tengahari itu aku bersembahyang Jumaat di Masjid Al-Abrar Kg Semabok. Dapatlah aku berjumpa dgn dua orang rakan aku yang tinggal di Melaka.





Harap-harap menjadilah urusan jual beli tanah ini nanti. Bolehlah aku datang makan roti canai tu lagi ....

14 comments:

  1. Laaaa..saya baru tau had laju area tu dah di naik kan! Katanya, di hadkan 90km/h dulu pasal angin lintang kan?

    Menjadi urusan tu, YB bukan setakat makan roti canai, makan pizza pun bolehhhhh..mahsyukkkkkk :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tahu!! haha

      Kalau nak ikutkan angin lintang bukan di kawasan itu aje. Antara Senawang ke Alor Gajah pun ada kawasan angin lintang tapi tak pula dihadkan kpd 90 km/j.

      Insya Allah bukan setakat pizza tapi pondok pizza sebuah pun boleh dibeli kot ..... ngeeee

      Delete
  2. Makan lauk lebih roti canai seciput je.

    Kalau menjadi jgnkan roti canai hotel berbintang2 pun boleh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti canai dia pun agak besar jika dibandingkan dgn di tempat lain. Tapi betullah kata Aina. Lauknya yg lebih .... ngeee

      Saya kurang gemar makan di hotel berbintang sebab rasanya mcm kureng utk selera org kita ni. Harap harga aje mahal ...... huhu

      Delete
  3. kalau gi Melaka x sah kalau x makan ikan asam pedas dan ikan bakar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trip saya ke Melaka baru2 ini saya tak makan ikan asam pedas dan ikan bakar. Saya makan lauk siput sedut .... ngeeee

      Nak makan ikan bakar tak tergamak rasanya sebab biasanya saya bawa emak Adam dan anak2 makan sama. Nanti nak suap ikan bakar tu terbayang pulak wajah mereka ..... huhu

      Delete
  4. sedap ke roti canai tu?

    terliur je tengok...

    haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahanlah roti canai tu. Yang kick tu kari kepala ikan dia....

      Delete
  5. nak ikot makan roti canai... hahahaahahaaaa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti saya roger kalau saya nak pergi lagi. Boleh kita jumpa dgn tasek ...... ngeeeee

      Delete
  6. Makchaq doakan semoga berjaya..

    Makchaq pernah kena angin lintang kat kawasan 90km tu, masa awai pagi, dulu2 selalu travel pagi buta sorang2 pasai kerja..
    Ketaq gak la.. Ingat hantu apa tolak kereta sampai melayang ke tengah masa dok turun bukit tu...alhamdulillah jln kosong masa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn. Terima kasih mendoakan kejayaan kami. Pagi tadi saya dah hantar dokumen tambahan kpd client untuk membantu mereka membuat keputusan dgn lebih pantas.

      Seram jugak baca kisah Makchaq tu. Nasib baik tak hilang kawalan terus. Alhamdulillah makchaq selamat. Kita kena perhatikan juga stokin tepi highway tu. Kalau nampak angin bertiup kencang kenalah kurangkan kelajuan.

      Delete
  7. Assalamualaikum,
    Laaaaa wujud rupanya angin lintang tu...ingatkan sesaje je depa tampal signboard tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss.

      Memang wujud angin lintang tu sebab topografi kawasan tersebut. Ada kes2 penunggang motor terpelanting bersama dgn motornya sekali ..... huhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails