Semalam cuti Hari Pekerja. Surirumah seperti emak Adam pun bercuti. Semalam dia tak perlu memasak dan mencuci pakaian. Kemas rumah pun optional.
Pagi semalam kami bawa anak-anak (mana yang dah bangun tidur) dan MIL aku ke pasar tani. Dari situ kami pergi sarapan di kedai mamak.
Lewat pagi semalam emak Adam pergi ke Ariani sebab ada sale tudung. Atikah yang tolong bawa dia ke sana. Kalau aku yang pergi, konfom aku pening.
Nak balik ke rumah mereka beli nasi ayam. Kan cuti. Emak Adam tak masak.
Petangnya kami ke Aquaria, KLCC. Bawa anak2 dan MIL. Ibubapa mithali. Juga anak dan menantu mithali sebab bawa MIL ke tempat macam tu. Manusia punyalah ramai. Nak beli tiket kena berbaris panjang. Nak parking kena pusing 4-5 kali sebelum dapat tempat parkir.
Ini dia pasangan mithali tu (kalau nak muntah sila muntah ke dalam tangki ikan tu .... hehehe)
Balik dari Aquaria kami singgah makan di tepi tasik Datuk Keramat. Makan nasi goreng ikan masin, mee kungfu dan chicken chop.
Hari ni cuti dah habis. Pagi tadi emak Adam menyediakan sarapan sambil membasuh pakaian yang dah terkumpul untuk dua hari. Rasanya dah dua kali mesin tu baru habis w/pun mesin basuh kami boleh ambil 16 kg sekali basuh.
Itulah kisah percutian seorang surirumah sempena Hari Pekerja ....
berapa hinggit sekarang tiket aquaria?
ReplyDeleteDewasa RM38 dan kanak2 RM28. Senior citizen mcm my MIL tu RM28. Semalam kopak jugaklah dua ratus lebih ..... huhu
DeleteSweet je kapel tu;)
ReplyDeletewong jowo akeh seng sweet sebabne sukak mangan gula seng akeh ..... hehehe
Deleteassalam YB..sian mak adam..ingatkan ada la yang nak ambik keje semasa bercuti..kalau acik tak mau cuti la..nak bila cuti dah habis penat berganda he he
ReplyDeleteWaalaikum salam Acik Erna.
DeleteMemang kesian kerja berganda selepas cuti. Tapi daripada yg tak dapat cuti langsung, eloklah ada cuti. Sempat dia ke Ariani tu yg buat dia happy ..... hehehe
Kopak! haha
ReplyDeleteTapi saya mmg tak sanggup nak gi mana mana shopping complex masa hari cuti, lebih2 lagi bila dah lepas pukul 11am..sebab saya bukan jenis penyabar yg boleh sabar berpusing2 cari parking! hahaha
Sekali sekala boleh tahan lagi kopak. Kalau selalu boleh botak .... huhu
DeleteSaya terpaksa melalui Suria KLCC tu sebab parking di bawahnya. Parking tempat lain penuh. Kena buat 2 round sekitar Jalan Ampang - Jln P Ramlee - P Pinang - Jln Kia Peng - Jln Stonor ..... huhu.
Ada org saja suka berhimpit2 masa sesak kat shopping kompleks tu.
Ariani sale? Cam ner Aina tertinggal nih...
ReplyDeleteAishhh...surirumah cuti Aina pekerja still OT sebagai surirumah. Mood=jelez.
Ha'ah Ariani buat sale sehari saja pada hari buruh tu. Pareeda pun ada buat sale jugak ....
DeleteLain kali kalau cuti umum Aina beritahulah suami Aina pun nak cuti dari memasak. Nak juga rilek2 kan? ..... ngeee
mesin basuh saya muat 3kg je,:P
ReplyDeletecomelnya mesin mcm orangnya jugak ... ngeee
Deletetasek datuk keramat tu kat mana..!!?
ReplyDeletekalau nak tahu kat mana nanti saya bawa CPL dating kat situ ..... hehehe
Delete