Monday, May 6, 2013

Bakal Pengundi PRU15

Tadi aku menghantar Haikal buat MyKad dia di UTC Mini Sentul. Dia dah genap 12 tahun pada 2 Mei lepas. Hari ni dia tak sekolah sebab sekolah kebangsaan dan sekolah agamanya digunakan sebagai pusat mengundi semalam.

Semasa kami sampai ke JPN UTC Mini tu dah dekat pukul 12:50 tghari. Nasib baik orang tak ramai berurusan di situ. Aku dah emak Adam pun ambil kesempatan buat MyKad baru. Kena seorang RM10. Untuk Haikal gratis sebab dalam tempoh 30 hari daripada tarikh lahirnya.


Takde muka Bangla atau Myanmar kan budak ni?

Dua kali PRU bolehlah dia mengundi kalau jarak antara PRU dalam 5 tahun.

20 comments:

  1. huhu.

    lama lagi nak membuat keputusan utk negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tipu umur mcm org dulu kalau nak cepat boleh mengundi tak boleh sekarang ni. Cuma org Bangla yg pandai tipu jadi org tempatan ..... huhu

      Delete
  2. baru teringat adik pun dah patut buat Mycard... tunggu cuti dulu la kot.. ehh sabtu buka ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabtu dan Ahad pun buka sampai pukul 9:30 malam. Kalau selepas sebulan dari tarikh lahir kena bayaran sikit.

      Kat situ parking pun senang. Nak ke Haslam pun tak jauh ...... hehehe

      Delete
  3. takde muka bangla. mmg muka encik YB. potostat. hihihiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka ikut ayahnya, kulit nasib baik ikut emaknya .... cerahlah sikit tak mcm bangla

      Delete
  4. Replies
    1. untung yg mcmana tu wak?

      Dapat kahwin org Melayu ke? ..... hehehe

      Delete
  5. oooo... video tu dia rupanya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang rajin buat video. Senyap2 iMac ayahnya dia gunakan utk produksi .... huhu

      Delete
    2. bakal jadi penerbit di masa depan... x yah sembunyi2. buat je depan2.. baru namanya hero. ")

      Delete
    3. Boleh kalahkan david teoh dan yusuf haslam ni. Tapi harap2 buatlah cerita yang berkualiti.

      Nak buat depan2 nanti org tahu apa yg sedang diusahakan. Baru2 ni dia upload ke youtube flashmob kat ampang park. Kalau tahu gurubesarnya tak pasal2 saya kena panggil ke sekolah lagi mcm dulu ..... huhu

      Delete
  6. Kesian rakyat Malaysia yang ada rupa mat Bangla tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macamana dah lahir2 rupa bangla ..... huhu

      Delete
  7. kalau buat kat jpn selayang boleh belanja mak adam :D

    ReplyDelete
  8. Saya pun nak buat Mykad baru la YB,,,dah hancur lunyai Mykad saya...hahaha...tapi, saya sayang pulak nak ganti address JOHOR saya tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc buat apa dgn Mykad tu sampai hancur lunyai? Saya masukkan MyKad saya dlm plastik yang org JPN tu jual masa nak ambil MyKad tu. Elok lagi kad saya sampaikan masa saya nak buat yg baru dia kata betul ke saya nak tukar.

      Rasanya boleh maintain address Johor w/pun buat di KL. Cubalah tanya JPN sebelum pergi tu.

      Delete
  9. Ohhh..saya tak masukkan Mykad saya dlm plastik tu....asyik keluar masuk wallet aja, tu yg lunyai...sejak tukar ke Mykad yg baru( biru) tu, mmg tak tukar2 sampai sekarang..tu yg lunyai tu...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya pun tak masukkan dalam palstik tu tapi sejak saya hilang IC semasa bersembahyang di masjid dan tukar kad baru, terus saya beli plastik itu bila staf JPN menawarkan saya semasa saya mengambil MyKad saya. Niat sambil menolong Persatuan Kebajikan mereka ..... ngeee

      Kalau buat MyKad di Shah Alam dalam beberapa jam saja dah siap. Bolehlah ke sana bila ada masa.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails