Wednesday, May 15, 2013

Barulah Nyaman

Atikah komplen kata air cond di biliknya tak sejuk. Sejak kami beli rumah ini air cond tu tak pernah diservis. Ada takde kami cuma bersihkan penapis udaranya saja. Itu bermakna dah lebih 4 tahun air cond tu tak berservis.

Tengahari tadi aku memberi lampu hijau untuk emak Adam memanggil orang servis air cond datang ke rumah untuk buat servis. Bila aku balik dari surau aku tengok mereka dah sampai. Wah cepat betul tindakannya. Tak sampai setengah jam sudah sampai.

Keadaan pendingin hawa bilik Atikah agak teruk. Bahagian dalamnya dah berhabuk.


Unit air cond ini kena ditanggalkan dan dibuka untuk membersihkan habuk. Patutlah tak sejuk kebelakangan ini.


Condenser yang di luar rumah juga kena dibersihkan. Pekerja yg kelihatan dalam gambar itu ialah OKU - pekak dan bisu. W/pun kurang dari segi itu tapi dia pandai kerja


Dah alang2 servis air cond di bilik Atikah, air cond di bilik tidur utamapun diservis juga. Ada dua unit. Servis kedua-duanya sekali.



Dua orang pekerja ini bertungkus lumus membersihkan bahagian pendingin hawa yang di bilik aku. Adam jadi mandur.

Akhir sekali air cond dekat meja kerja aku pun diservis sama.

Dah sejuk ini barulah sedap buat kerja termasuk kerja sebelah malam ..... hehehe

26 comments:

  1. Tak sejuk jiga tido dlm petiais(",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejuk giler. Tadi kami turun makan malam. Selepas selesai setengah jam kemudian bilik saya yg dipasang air condnya oleh Haikal dah macam freezer simpan daging kat hotel 5 bintang. Itu baru pasang satu air cond aje ...... huhu

      Delete
  2. Tak pun dalam bilik air hehehe.

    ReplyDelete
  3. tabik dengan pekerja tu w.pun kekurangan diri tapi berdikari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tabik.

      Mula2 tadi emak Adam cakap dgn dia tapi dia balas guna bahasa isyarat. Ingatkan tak faham bahasa Melayu sebab muka dia mcm muka Myanmar

      Delete
  4. Kerja malam tu panas jugak ke? Ahakkk...larikkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja malam tu panas. Peluh luar dalam. Tambahan kalau malam Jumaat ..... wakaka

      Delete
  5. eh...mandur tu dah besar ye?umur adam 5 tahun eh?

    ReplyDelete
  6. alamak!!!!!putus pulak junaina lagi awal lah....

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Berapa caj untuk 1 ekon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss.

      Ikut hp air cond tu.

      Yang 1 hp dan 1.5hp cajnya RM125 untuk general service dan tambah gas

      Yang 2 hp cajnya RM150 untuk general service dan tambah gas

      Yang di bilik Atikah tu 1.5 hp tapi kena buat chemical service cajnya RM160.

      Harga ni setelah dapat diskaun kerana buat sampai 4 buah. Emak Adam yg mintakan diskaun tu. Kerja tawar menawar ni bagilah kat dia..... hehehe

      Delete
  8. teringat pelajar2 kelas penyamanan dan penyejukan udara saya. dulu2 klu aircond makmal bestari or mana2 bilik tak sejuk, panggil je depa utk serviskan, siap isi gas sekali.

    heee dah namanya pun sekolah teknik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pelajar2nya pandai buat servis air cond tentu cikgunya pun pandai. Kalau berjiran dgn Yati bolehlah kami panggil Yati aje tolong serviskan air cond tu tadi ..... ngeeee

      Delete
  9. Saya pulak alah dengan aircond... Tak tahan sejuk.. Panas macam manapun, tetap guna kipas jugak...

    Kat rumah ni masing2 bila balik sini je, sibuk suruh pasang aircond.. Mulut masing2 dok bebel kata panas3.. Pastu saya cakap, guna kipas pun tido mati jugak.. Kalau guna aircond, mau tido tak bangun2.. haha.. Saya kata lagi, kalau korang nak bayar bil aircond tu, boleh la pasang.. Bil letrik yang ada sekarang ni pun tercungap-cungap nak bayar.. hehh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya boleh tidur guna kipas saja. Anak2 kami kalau balik kampung pada musim panas mulalah rimas masa nak tidur sebab rumah nenek mereka takde air cond. Dah ngada2 sejak rumah sendiri ada air cond ni.

      Nampaknya anak2 saya lebih kurang mcm anak2 sedara Cik Azz.

      Itulah budak2 skrg ni kan? .... huhu

      Delete
  10. Alaaa zoom la dari jauh skit. Nak nampak seluruh rumah Bang YB! Nanti boleh skodeng, memalam! hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa susah nak zoom dari jauh bagai. Datang ajelah. Bukan jauh sangat pun dari Pandan tu.

      Rumah saya ni rumah teres aje pun.

      Delete
  11. ekon kami dah hangus terbakar tahun lepas.
    harap maklom.
    :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bila pindah monceh bolehlah pasang yg baru ...

      Delete
  12. ade keja part time serbis ekon tak..?!!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk CPL bila2 pun boleh datang utk servis.

      Kalau bagi tahu awal malam ni pun boleh servis ..... ngeeee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails