Selepas mengundi Ahad lepas, Atikah memberitahu kami kedai tudung Aidijuma milik Datin Juma (adik ipar Dato' Seri Najib) ada memberi tawaran 50% diskaun bagi mereka yang menunjukkan jari dicalit dgn dakwat kekal tu. Tawaran hanya utk hari itu saja.
Semua tudung yg dijual diberi potongan separuh harga. Atikah pun mulalah google mencari gedung aidijuma yg terdekat dgn rumah kami. Selepas tu dia mulalah call gedung2 tu. Tapi kebanyakannya bukan gedung pun - cuma kiosk. Ada antara mereka tak tahu pun big bos ada membuat tawaran khas itu sampai ada pelanggan yang bergaduh dgn pemilik kedai. Rupa-rupanya Datin Juma tak sempat nak hebahkan kepada semua outlet beliau. Tapi setelah ramai yang buat kecoh barulah semua gedung dan kiosk memberi tawaran separuh harga itu.
Atikah mengajak aku temankan dia ke gedung di Central Market selepas kami selesai solat Maghrib. Di situ antara yg paling banyak simpan stok tudung. Mendengar kami nak ke sana, emak Adam pun tumpang sekaki. Kalau emak Adam pergi sama, akupun bawalah adik2 Atikah sekali. Boleh juga mereka merayau2 di Central Market tu daripada duduk di rumah. Yang tak ikut hanyalah Hazwan kerana dia sibuk mengikuti perkembangan keputusan PRU13.
Jalanraya agak lengang malam itu sebab kebanyakan orang sibuk di pusat penjumlahan undi atau di rumah mengikuti keputusan PRU.
Bergambar keluarga mcm pelancong. Masa aku kecil dulu aku sering beli ais di pasar ini untuk jualan di gerai kami di Lake Garden. Emak aku pula setiap pagi ke sini membeli barang untuk dimasak sebelum dijual di gerai yang sama.
Satu lagi utk album
Ini di antara tudung yang sempat disambar oleh Atikah. Perhatikan stok tudung di belakang tu. Bila kami nak balik dah tinggal separuh aje ..... huhu
Antara 'hasil tangkapan' emak dan kakak Adam malam itu. Semuanya bawal. Takde tenggiri atau kerapu .... huhu
Sementara menunggu isteri dan anak perempuan aku memilih tudung, aku bawa anak2 lelaki (ada masa aku pun yg mengejar mereka terutama si Adam tu) berjalan2 di dalam Pasar Seni. Sempatlah aku ambil beberapa keping gambar.
Antara barangan yang dijual di Pasar Seni
Tak ketinggalan kedai menjual barangan Selangor Pewter
Malam itu tak ramai orang tempatan termasuk pemuda pemudi yang sering lepak di sana. Yang ada hanyalah pelancong2 asing seperti minah salleh yang berbaju putih tu
Ada wayang kulit di atas urinal ini. Barulah kena dgn namanya sebagai Pasar Seni. Nak kencing kena bayar 50 sen
Sementara menanti emaknya memilih tudung sempat Haikal pekena nan cheese di kedai mamak di tepi Pasar Seni. Seperti di dalam CM tu, kebanyakan yang berkunjung ke kedai mamak ini ialah pelancong asing
Kami lihat ada sepasang pelancong Korea mengambil gambar roti nan yang sedang dimasak di dalam tempayan. Tak nak kalah, aku pun ambil pula gambar ayam tandoori ni ...... hehehe
Sebenarnya aku lapar belum makan tengahari ni. Rasanya cukuplah kisah tudung Juma dan CM untuk entri ini. Aku nak makan dulu ....
saya kesana pada hari yang sama... siang hari la tapi ..dengan adik....
ReplyDeleteamek2 gambar tak kena terjah dengan abg jaga ke..?
saya siap di halau nya ... cakap tak boleh ambil gambar...
Oh CPL ke sana juga ke? Tak balik kampung mengundi ke?
DeleteKami ok aje ambil gambar tu. Mungkin abg jaga ingat kami pun pelancong..... Pelancong dari Indonesia .... hehehe
mengundi di pandamaran.... inai biru di jari pon tak hilang lagi...hahahaa
DeleteMacamana boleh tercampak ke sana? Inilah yang dinamakan membuang undi .... hehehe
Deletesempat lagi tu haikal, geram nak cubit pipi montel :P
ReplyDeletejuliet pun nak cubit pipi dia jugak? Ingatkan kat sekolah aje ada yg suka cubit pipi dia tu ...
Deleteemm..
ReplyDeletemasih adik ipar DS Najib ke..?
yang saya dengar .. dah naik taraf lagi tinggi sekarang ni..
DS Najib pun dah kena hormat dia sekarang..
gossip je kot....
Sejak bila pandai bergossip ni? .... hehehe
DeleteTak sure pulak. Dah lama saya tak jumpa dgn Datin. Dulu masa kami ada projek dgn sykt arkitek adik DS Najib tu ada juga nampak Datin datang bawa anak2 ke ofis suaminya.
memula dtg kl ..CM lah tpt pertama sy dibawa berjalan oleh sepupu
ReplyDeletebanyak kenangan saya dan dia kat situ
dia pompuan (perlu ke saya bagitau ni?hahaha)
eh saya pun dgr bende sama mcm dr singa komen tu
hehe
eh apa salahnya kedua2 sepupu pompuan ke CM tu? Kalau nak cari pakwe pun ada juga di sana. Ini kata ada banyak kenangan ini mungkinkah bertemu dgn bf Irfa kat sana? .... ahaks
DeleteIrfa pun dengar juga ke? Saya tak berani nak tulis takut kena saman .... ngeeee
Org sibuk dengan keptusan pilihanraya YB sibuk shopping untung mak Adam dan kakak Adam...
ReplyDeleteKeputusannya lambat sangat nak keluar kat tv lepas maghrib tu. Yang baca kat internet pun bukan semua boleh dipercayai. Lebih baik pergi beli tudung murah tu.
DeleteNak kata untung mak dan kakak Adam tu taklah sangat sebab mereka bayar guna duit (kad kredit) sendiri. Saya tak taja malam tu .... ngeeeee
kede nya yb..tak sponsor tudung..dapat pahala.
Deletesalam
Mereka pakai kad kredit supplementary. Bila datang statement nanti saya juga yg bayar ..... huhu
DeleteWsalam.
Macam best jer tudung aidijuma ni, harga dy ok x, around bape ye ?
ReplyDeleteBtw, nice to read your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)
insanbiasabiasa@blogspot.com
Sesiapa yg suka tudung bawal bolehlah tengok atau beli di sana. Harganya saya tak pasti sebab saya tak tengok secara detail. Tapi tudung yg mcm dlm gambar tu sekitar RM30 sebelum diskaun.
DeleteWelcome to dunia blog. Semoga berfaedah.
amboi...cerita gossip yg Dr Singa ceritakan tu...hahaha
ReplyDeleteWah, mmg betul2 nostalgia la YB dengan CM ni ya...saya boleh kira dgn jari berapa kali gi situ...rasa rasanya tak sampai 3 kali..hahaha..
Baik punya promosi tu YB...tunjuk jari bercalit...:)
Sekarang Dr Singa lebih advance dari Melodi ... wakaka
DeleteMemang banyak kenangan saya dgn CM tu. Dulu naik bas dari rumah saya ke CM tu cuma 5 sen saja.
Kalau ada masa elok juga bawa Ziyyad ke CM tu selain ke tempat2 yg ada nama Negara tu .... hehehe
Promosi yg kreatif dan patut dipuji. Biar yg tak mengundi merasa rugi .... hahaha
Ehem. Advanve nya gosip Dr singa. Awat saya tak tau? :) ehehe.
ReplyDeleteRoll gambo ke bawah...ingatkan kot ada gambo YB dengan juma. Ekeke
Saya rasa Dr Singa dapat maklumat dari Encik Abdul ..... hahaha
DeleteKalau ada gambo tu sekali pun takkan saya nak masukkan kat sini. Simpan aje utk kegunaan peribadi ...... cewah
http://m.bbc.co.uk/news/world-asia-22424118.
ReplyDeletebuka nytimes juga.
dia kata ink kat tgn cuvi hilang..cuba cer sikit
Ramai org yg dah cuba dan memang dakwat tu akan hilang. Saya cuci dgn ubat gigi dan dakwat di atas kuku saya bersih. Yang tinggal hanya yg di celah2 kuku sebab saya tak cuba nak hilangkan dgn bersungguh2. Kalau kata dakwat tu boleh tahan seminggu tu mmg tak betul.
DeleteSakan dua beranak tu ye.. Kenapa tak diborong hbs semua tudung2 tu, tinggalkan separuh pula. Rugi je! Tudung2 tu kebanyakkannya cantik2 warna & coraknya.. Geram..
ReplyDeleteSy pun geram dgn pipi Haikal tu, mcm nak cubit2! Tp mcm mana nak cubit budak dah besar.. Huhu..
Sy rakyat Malaysia tp sy belum pernah berjalan2 di Central Market a.k.a Pasar Seni tu.. :( Termasuk Jln Petaling a.k.a Petaling Street jg..
PRU 13 telah berjaya mengegam sy dgn laptop + hp + TV, semata2 mahu mengikuti keputusan PRU.. Bangga Ayah Hj melihat semangat yg ditunjukkan even kami berlainan fahaman politik.. :p
Mahunya tak sakan. Bukan setakat beli utk kegunaan sendiri tapi Atikah siap belikan utk kawan2nya. Ada yg pesan sampai 10 helai! Atikah ada juga cakap nak beli banyak2 lepas tu jual di fb. Beli separuh harga, jual balik 75% pun dah untung separuh ..... ahaks.
DeleteKalau nak cubit pipi dia mintalah izin. Dia bagi punya tu. Kalau main cubit aje gitu mesti dia melompat.
Ish apa punya rakyat Malaysia ni. Weekend ni pergilah ke sana. Saya rasa tempat tu setara dgn Grand Market di Istanbul!
Bukan awak seorg saja yg kena gam dgn laptop + tv + hp. Kami tidur pukul 3 pagi selepas balik dari CM tu kerana mengikuti keputusan PRU.
Your means of explaining everything in this piece of writing is truly nice, every one can easily understand it, Thanks a lot.
ReplyDeletemy blog post; www.wikimess.com
Wah bukan main puji lagi awak ni .... hehehe
Deletememang takde rezeki Ai untuk shopping pasal sangkut dalam jem kemalangan bas kereta tu 2jam 15minit. takpelah lagipun sebelum tu dah bli online tudung datin juma nih
ReplyDeleteBeli online dapat diskaun berapa banyak? Tawaran ini dia kata hanya utk hari itu saja.
Deleteps - jadi ke nak lelong tudung ariani Yati tu?
alaa ruginya! tudung adijuma dah la mahal, dpt separuh harga bestya!
ReplyDeleteItulah. Dia lambat beritahu kat fb. Jadi tak ramai yg tahu. Kalau tidak, mesti habis tudung2 dia kena serbu.
DeleteThanks for dropping by. Do come again if you find this blog is worth reading.
ReplyDeleteI am sure if I want to be a glampreneur but I will visit your blog nevertheless.
Wah suami mithali ni. Rajin teman isteri.
ReplyDeleteMereka cuak nak pergi malam2 ke CM tu. Jadi mereka minta tolong saya hantarkan.
DeleteNak kata suami mithali tu tak sampai tahap tu kot. Tapi saya cuba menjadi yg terbaik ....
Cantik2 kn klu nk letgo blh whatsappsy 012-2666432
ReplyDelete