Hari ini genap seminggu sebahagian daripada Selangor terputus bekalan air. Parti-parti yang akan bertanding pada PRU13 meletakkan air sebagai salah satu daripada janji manis money festo mereka. Sekarang ini kedua2 pihak menjanjikan air percuma sebanyak 20 meter padu. Aku rasa lebih adil jika air percuma ini ikut per kapita. Rumah yang ramai penghuni mcm rumah aku ini kenalah bagi lebih. Kalau rumah itu yg tinggal suami isteri saja atau hanya seorang ibu tunggal mcm MIL aku di kampung, 20 m3 tu oklah. Kalau satu rumah sampai 10 orang apa kata bagi 100 m3 percuma. Parti mana yg janji macam itu bolehlah dapat undi. Ada 4 undi kat rumah aku ni tau.
Minggu lepas semasa takde air tu, kami telah ke rumah adik aku sebab rumah dia ada air. Kalau kawasan taman dia tu takde air sekalipun aku percaya rumah dia tetap akan ada bekalan air sebab dia bos Syabas. Muka dia selalu keluar kat tv dan suratkhabar bila citer pasal air di Selangor ini. Sesiapa curi air dia dan kakitangan syarikatnya akan datang potong dan ambil tindakan undang2.
Bukan setakat tumpang mandi di rumahnya, kami juga membawa air balik. Bertong2 kami bawa. Mungkin kerana terlalu berat, tayar kereta aku telah MELETOP semasa kami nak balik di DUKE. Kami pun calllah Pusat Bantuan Pelanggan DUKE untuk menghantar pasukan ronda mereka membantu kami menukar tayar kami yang pancit habis.
Inilah keadaan tayar belakang sebelah kiri CRV aku
Di antara tong2 air yang dibawa. Sorok tepi kereta segan orang yg lalulalang tahu .... huhu
Anak aku sedang menaikkan jack kerana bantuan daripada DUKE tak datang. Yang pegang payung tu bukan gadis litar tapi emak Adam yang kesian tengok anak2nya berpanas ..... hehehe
Dipendekkan cerita setelah hampir setengah jam di dalam panas terik mentari, maka siaplah kami menukar tayar. Selepas kami keluar dari lebuhraya DUKE barulah orang dari Pusat Kawalan DUKE menelefon memberitahu pasukan Ronda mereka tak dapat datang sebab ada kerja lain. Kalau kami tunggu mereka, memang kering di tepi highwaylah kami tengahari itu. Servis mereka memang hampeh.
Semasa aku di rumah adik aku, aku ada meminta dia tolong hantar lori tangki air ke kawasan perumahan kami sebab Pengerusi Persatuan Penduduk telah meminta aku berbuat demikian. Dia tahu adik aku bos kat Syabas. Mereka beritahu akan menghantar lori tangki sebelum solat Jumaat. Bila kami sampai ke rumah dalam pukul 12:30 tghari, bayang lori pun tak kelihatan. Bila aku hubungi bos Syabas Gombak (adik aku yg beri no hp dia) bos Syabas tu beritahu lori tangki yg sepatutnya pergi ke taman kami terpaksa dialih arah untuk menghantar air ke rumah orang meninggal dunia untuk digunakan memandikan jenazah. Aku kata takpelah kalau mcm itu.
Dia berjanji selepas solat Jumaat lori tangki akan datang ke tempat kami kerana sebelum solat Jumaat tu lori digunakan utk menghantar air ke masjid2 utk digunakan berwudhu. Aku diberitahu lori yang sepatutnya datang ke taman kami telah ke Masjid Al-Akram Kg Datuk Keramat. Aku beritahu bos Syabas tu baguslah kalau macam itu sebab itu masjid kampung aku dan kami nak solat Jumaat di situ. Bila aku dan anak2 sampai di masjid itu kami lihat ramai polis trafik dan polis biasa di perkarangan masjid dan kawasan parkir pun hanya ada sedikit kereta sebab kebanyakanya tak dibenarkan masuk ke kawasan masjid untuk parkir. Ini mesti ada VVIP datang solat Jumaat di situ. Bila aku dengan selamba parkir dekat dgn tangga masjid datang seorang polis beritahu aku tak boleh parking di situ sebab ada PM. Oh abg jib solat di kampung aku ek?
Akupun pindahkan kereta aku ke tempat parkir kenderaan Pengerusi Masjid. Nasib baik 3 org polis yg berdiri di situ tak halau aku kerana masa itu imam sedang berkhutbah. Mana mereka boleh cakap nak halau aku masa khutbah tu
Petang itu keluar di berita yang datang ke masjid kampung aku tu sebenarnya TPM dan bukan abg jib.
Tak kisahlah PM atau TPM yang datang yang penting air di masjid mesti disediakan secukupnya. Itu sebab lori yang sepatutnya datang ke rumah aku didivert ke masjid Keramat.
Petang itu memandangkan lori air belum juga tiba, aku hubungi semula bos Syabas Gombak. Dia terkejut kerana lori masih tak sampai ke tempat aku. Dia beritahu aku dia akan pastikan sendiri lori yang akan meninggalkan tempat mengambil air di Batu Caves akan terus ke rumah aku kerana sebelum itu banyak lori yg kena hijack oleh penduduk di sepanjang perjalanannya.
Akhirnya pada pukul 9:30 malam sampailah lori tangki yang ditunggu2. Aku dah beritahu S/U Persatuan Penduduk dan jiran2 untuk datang mengambil air dekat simpang depan rumah aku.
Jiran-jiran yang berbaris untuk mengambil air
Malam itu lebih kurang pukul 11 malam kami ke Hotel Sucasa di Jalan Ampang untuk tidur di sana. Sebelum tidur pada malam tersebut dapatlah aku dan emak Adam mandi dengan puas. biasanya tidur dulu baru mandi .... huhu
saya dah biasa takde air ni yb.penat rasanya.nak mandi, masak semua payah.
ReplyDeleteMemang payah bila takde air ni. Kalau di kampung mungkin ada kolah utk tadah air hujan atau ada perigi utk ambil air. Di bandar ni nak tadah air hujan pun susah sebab air masuk terus ke longkang.
DeleteAda ironik negeri termaju di Malaysia menghadapi masalah air ..... huhu
siyes tak de air lagi ke YB....?!
ReplyDeleterumah saya masih ada air....
jemput lah datang...mandi di kolam renang...ehheee...
eh dah ada air dah sejak Sabtu lepas. Ini kisah minggu lepas tapi baru sempat nak diabadikan di blog ini ..... cewah.
DeleteTapi kalau CPL jemput saya datang mandi kat rumah CPL petang atau malam ni, saya dgn rela hati sanggup ke sana. Tapi mandi di bilik air awak tau. Bukan di kolam renang .... hehehe
sila pasti kan mak adam ..adam.. dan abg serta kakak adam pon bersama.... bilik air tetamu saya luar dan selesa..
DeleteOh itu sudah tentu. Tapi kalau mereka tak nak ikut, terpaksalah saya datang sendiri ..... hikksss
Deletekalau takder air mmg tunggang langgang la jadual harian.
ReplyDeleteBetul tu. Nak masak pun susah bila takde air. Minggu lepas kami banyak makan di luar ..... huhu
Deletekesiannn... meh dtg melaka, ada banyak air
ReplyDeleteAyer Keroh, Melaka?
DeleteTaknaklah.
Air Leleh pun tak nak ..... hehehe
Ayer molek pun ade... kihkihkih
DeleteYang itu barulah molek ..... :)
Deletedahsyat jugak penangan takde air kan...
ReplyDeletekata pam rosak...
tak dibaiki lagi ke?
Minggu lepas tu bukan sebab pam rosak tapi sebab paip besar dekat Batu Caves bocor bila penahan konkritnya dihakis oleh air sungai.
DeleteDah siap dibaiki setelah 2 hari tapi ada tempat yg takde air sampai 3-4 hari.
Kalau dulu kat kampung ada perigi, air tak ada cedok je air perigi. Sekarang bukan je kat bandar tak de air jadi susah kat kampung pun sama coz semua perigi dah kena timbus.
ReplyDeleteJgn nanti nyanyi lagu Bangau Oh Bangau udah le.
Kat kampung emak adam pun habis dah semua perigi ditimbus. Masa saya mula2 kahwin dgn emak Adam dulu ada 3 buah perigi di sekeliling rumah. Bila dah ada bekalan air paip perigi tu ditimbus oleh arwah FIL sebab dia takut cucu2 dia jatuh dlm perigi tu ..... huhu
DeleteDi negara kita ni biasalah saling bangau mengbangau ....
hoh penangan air bila tak de....susah kan .... tgk ramai betul check in kat hotel atau umah sedara dan kawan2 sebab air tak de
ReplyDeleteBagi mereka yg mampu bolehlah check in kat hotel. Nak tumpang rumah sedara mara atau kawan rasa tak selesa pulak. Sambil tu boleh bawa anak mandi kat swimming pool.
DeleteHotel juga yg untung ..... huhu
Jadinya, kalaulah kawasan rumah adik YB ditakdirkan mmg takde air, rumah beliau, tetap ada air? Lori hantar direct ke rumah dia ya? hihihih...
ReplyDeleteMasa tayar tu meletup, berapa kelajuan CRV? Saya risau betul kalau2 tayar meletup ni...Tak membuang ke CRV masa tu?
Kalau dia mahu tentu saja pekerjanya akan aturkan mcm tu. Tapi rasanya dia tak buat mcm tu. Cuma saya minta jasa baiknya hantar lori tangki ke depan rumah saya. Itu pun bukan utk saya saja tapi untuk jiran2 di sini.
DeletePada masa saya minta dihantarkan lori tangki itu S/U Persatuan juga ada menghubungi Puspel utk minta air. Saya percaya ada juga penduduk sini yg call Puspel (kalau dapat tembus talian yg sangat2 sibuk tu) tapi lori yg dijanjikan tak datang pun ..... huhu.
Masa tayar tu meletup saya rasa saya bawa taklah laju sangat - sekitar 80 - 88 km/j. (Had laju DUKE kan 90 km/j). Sebab tak laju sangat tu pasal baru bayar tol! Sebaik meletup tu saya hilang kawalan tapi alhamdulillah tak berlaku perkara yg tak diingini. Saya tak tekan brak dan hanya kawal stereng sebelum kereta itu berhenti kira2 600 meter kemudian.
Mintak ngan big bos pun lambat jugak dapat ayaq no?
ReplyDeleteAlhamdulillah dah ok, kalau tidak tidok hotel lagi la malam ni..
Lambat sebab:
Delete1) utamakan org mati yg nak cepat pergi kubur
2) org nak solat Jumaat termasuk pembesar negara yang tiba2 datang ke masjid di kampung saya yg juga keputusan bekalan air
3) lori sering di hijack oleh penduduk2 di sepanjang perjalanan dari Batu Caves (tempat filling station air) ke rumah kami.
Selepas bos tahu lori tu kena hijack barulah dia arahkan supervisornya dan pemandu lori abaikan saja org2 yg menahan di sepanjang jalan dan terus ke destinasinya di depan rumah saya ...... hehehe
Tidur kat rumah lagi best sebab hotel tu (suite) 2 bilik duduk beramai2.
kesian tgk yg dok apartmen takde lif tu dok angkut air sampai ke tingkat 5.
ReplyDeleteJuliet tak tolong ke mereka tu? Mana tahu makcik tu ada anak lelaki bujang yg ensem ..... hehehe
Deletebuat bisnes air la pasni. pasti untung.... :)
ReplyDeletePR kata rakyat Selangor boleh jadi pemegang saham syarikat air di Selangor jika mereka terus memerintah selepas PRU13. Bolehlah beli saham tu kalau yakin untung ..... hehehe
DeleteRumah saya kat belakang flat polis tu sampai hari ni takdak air kat bilik air....kat dapur jer yg ada air..jenuh mengangkut air kalau nak mandi
ReplyDeleteRumah d33lah dekat Surau Saadah tu ke?
DeleteAir tak masuk ke dalam tangkilah tu. Mujur juga ada air kat dapur. Tapi memang letihlah nak angkut air setiap kali nak mandi atau buang air ..... huhu
susah nya xde bekalan air
ReplyDeleterakyat marhaen jugak jd mangsa
Kita rakyat marhaen ni umpana mentimun.
DeleteTapi tunggulah durian tu dah jadi tempoyak nanti ..... hehehe