Ini kisah masa aku di universiti dulu. Kawan aku yang sekarang ini seorang pensyarah dengan gelaran Dr di Perak yang ingatkan aku kisah ini minggu lepas di fb.
Masa itu kami mengambil mata pelajaran Structural Design. Pensyarah kami seorang mat salleh, Dr Korn namanya. Orgnya rendah saja dan seorang bujang terlajak.
Ada sekali itu semasa dia beri satu assignment, aku dan dua orang kawan sama kursus telah bergotong royong menjawab soalan design yang diberikan. Ianya berkaitan mereka bentuk bangunan menggunakan reinforced concrete (konkrit bertetulang). Memandangkan kami buat sama2 soalan itu maka jawapan kami pun serupa. Saiz tiang, saiz gelegar dan saiz besi dan jumlahnya semua sama.
Apabila kami mendapat semula kertas keputusan, Dr Korn telah kumpulkan ketiga-tiga kertas kami sekali dan memanggil nama kami serentak. Dengan suara yang dikuatkan di hadapan kelas dia berkata sambil menyebut nama bapak2 kami (surname lah tu kononnya) markah kami sekian banyak tapi kerana jawapan pada 3 kertas itu serupa, maka markah itu dibahagi 3!
Bayangkan kalau kami sepatutnya dapat 90 markah, selepas dibahagi 3 apa yg tinggal.
Setahu aku di Malaysia pelajar universiti di sini biasalah buat macam itu. Yang menipu masa periksa pun ada.
Kami tak berniat menipu cuma hendak tolong menolong sesama pelajar Malaysia.
Itu antara kenangan yg tak dapat kami lupakan.
Nota kaki: Apa jadi kepada 3 orang tu?
Yang seorang tu seperti yg aku beritahu telah menjadi pensyarah. Yang kedua, adalah seorang jurutera bertauliah dan mempunyai syarikat konsultannya sendiri. Manakala yang ketiga itu duduk rumah tolong isteri. Dulu dia pernah jadi jurutera struktur dgn syarikat kulit kerang dan pernah dipinjamkan kepada Petronas Carigali. Pelantar minyak dan gas yang dia rekabentuk dan terlbat di dalam pembinaan masih berdiri megah di Laut China Selatan mengeluarkan hasil kepada negara.
Orang yang ketiga tu memang suami mithali.rajin tolong isteri....
ReplyDeleteDia takde kerja tu bolehlah dia sering menolong isterinya di dapur .... ngeee
Deleteaisey kan ke bagus tu bekerjasama.
ReplyDeleteapa yang penting? kerjaaaasama
Kami ingat baguslah bekerjasama mcm wonderpet tu tapi Dr Korn tak bagi chance ..... huhu
Deleterajinnya org ke3 tuh, untung isteri dia......!
ReplyDeleteitu yg ramai org jeles dgn isteri org ke 3 tu ..... wakaka
DeleteDah rencana Allah SWT utk YB buat bisnes bukan makan gaji
ReplyDeleteBetul tu Kak Nanie. Saya makan gaji 22 tahun saja w/pun ramai yg kata sayang saya tak terus gunakan ilmu kejuruteraan yang saya pelajari tu.
Deleteapa jd kt dr korn tu lak?
ReplyDeleteSaya pun tak tahu apa jadi kpd dia. Rasanya kalau hidup lagi dah pencen dia tu
Deleteorg yg ketiga tu jd househusband lah kan?
ReplyDeleteYup.
DeleteOrg ketiga suami isteri kerja duduk rumah main dgn anak2. Anak mereka yg kecik yg nama Adam tu baru saja masuk tadika tahun ni.
Boleh la ajak yg ke 3 tu bfast kat mcd. Hehe
ReplyDeleteBfast kat mcd tak best. Ajaklah dia makan kat restoran yg ada 200 jenis lauk tu ..... ngeee
DeleteSalam YB. Tadi YB makan kat western bollywood kafe ke?
ReplyDeleteWaalaikum salam Kay.
DeleteHaah malam tadi kami ke sana. Awak ke yg kat meja sebelah tu? ahaks
saperla X sayang isteri, tp ada kann kang YB.. kanns
ReplyDeleteeh ini komen utk entri yg Habib Jewel tu ke?
DeleteMemang sayang isteri w/pun tak dapat belikan intan permata.
sibbb dapat 90 kan bang!!!
ReplyDeletekalau 30??!!
Kalau dapat 30 mungkin macam ini nota kaki tu:
DeleteYang pertama tu skrg kerja jual burger.
Yang kedua jual sayur di pasar borong.
Yang ketiga tetap duduk rumah tolong isteri
hahaha
hahaahhaa.. x explain ke kat dia sebab apa jawapan sama?
ReplyDeleteOrg tua tu bukan nak dengar explanation. Dia pandang serong kpd pelajar2 asing mcm kami ni ..... huhu
ReplyDeletesyabas jurutera struktur .. abang dulu sama juga tapi kita pandai ubahsuai essay yang kita "xerox" tu (istilah kita masa itu)
ReplyDeleteInilah kisah ringkas 3 org jurutera struktur yg telah menyumbangkan kepada pembangunan negara w/pun tak glamer.
DeleteKiranya abang lebih maju kerana pandai ubahsuai essay yg abg xerox sehingga pensyarah tak mengesyaki apa2 ..... ngeee
Kalau tahu dulu, boleh kami berguru dgn abg.
syabas utk mereka ber3 ;)
ReplyDeleteTerima kasih bagi pihak mereka.
DeleteYang ketiga tu kerja tengok blog dan fb aje sekarang ..... huhu
senyum sorg2 saya baca cerita diatas...ya semangat tolong menolong antara rakan yg sangat terpuji..walau memakan diri..
ReplyDeleteBudaya kita dgn budaya mat salleh tak sama. Mereka lebih mementingkan individulistik. Semua lebih baik buat sendiri ..... huhu
DeleteOooo..ni cerita masa kat universiti di US la ya YB....Mr Korn tu mmg garang ke? hihihih...
ReplyDeleteApa reaksi student2 lain dalam kelas YB masa Mr Korn panggil YB bertiga tu? :)
Yup ini kisah masa belajar di sana dulu.
DeleteMr Korn tu garang dan sangat sinikal. Setiap kali pulangkan kertas peperiksaan dia akan mula daripada pelajar yg dapat markah tertinggi. Jadi kalau lambat dapat balik paper kita tu maknanya markah kita rendahlah. Dan indirectly satu kelas tahu siapa yg score teruk .... huhu.
Masa budak2 lain tahu markah kami dibahagi 3 ada yg terkejut dan ada yg senyum2. Yg senyum tu kebanyakannya student amerika. Mereka ingat org Melayu ni tak terer. Kalau suruh bina bangunan lebih tinggi daripada Sears Tower pun kita bolehlah.