Malam minggu baru-baru ini kami dijemput oleh sepupu arwah emak aku ke majlis tahlil arwah emaknya iaitu nenek sedara aku yang meninggal dunia awal bulan ini.
Emak Adam tanya aku nak bawa apa ke majlis itu. Aku sarankan kami bagi duit aje untuk tolong menampung serba sedikit perbelanjaan mengadakan kenduri itu.
Emak Adam kurang bersetuju dgn cadangan itu lalu dia counter propose untuk bawa kuih. Nak buat sendiri tak sempat sebab kami agak sibuk pada hari Sabtu itu. Emak Adam kata dia boleh beli samosa sejuk beku dan goreng sendiri.
Petang itu emak Adam pergi dgn anak sulung kami ke kedai utk membeli samosa manakala aku pergi menemankan Atikah, Haikal dan Adam serta seorang rakan Atikah makan nasi arab. Petang itu kami makan awal sebab tengahari masing2 tak ambil lunch.
Nasi mandy kambing dan mandy ayam. Kawan Atikah yg bertudung pink ini yang belanja kami dinner petang itu.
Masa kami balik dari restoran Arab yang terletak tak jauh dari rumah kami itu, emak Adam masih belum balik daripada membeli samosa. Bila aku balik dari surau setelah selesai solat Maghrib aku dapati emak Adam sedang menggoreng samosa di dapur. Kelam kabut mana nak solat mana nak goreng samosa itu. Kenduri tu selepas Isyak.
Biasalah sesetengah orang perempuan mulalah panik bila dihimpit masa.
Emak Adam minta tolong aku membalik-balikkan samosa di dalam kuali sambil dia menyediakan bekas untuk mengisi samosa yang dah siap digoreng.
Aku kata pergilah naik solat sementara aku habiskan menggoreng samosa2 itu. Dua kali gorengan baru siap semuanya.
Dah namanya blogger sambil menggoreng tu sempat lagi ambil gambar samosa yang di dalam kuali. Ok tak gorengan aku ni? Cantik keemasan semuanya ..... hehehe perasan.
Siap menggoreng kami solat Isyak berjemaah di rumah sebelum aku dan emak Adam bertolak ke rumah arwah nenek sedara aku itu yang terletak di kampung aku yang jaraknya cuma sepelaung.
Walaupun terpaksa buat kerja lebih sikit tapi aku gembira bila melihat samosa yang emak Adam bawa itu habis dimakan oleh para hadirin.
Insya Allah lepas wife saya bersalin, YB boleh beli dari kami produk frozen seperti karipap, samosa, dan lain lain...ekekekekekekekkee...
ReplyDeleteBolehlah tu. Nanti saya pergi sana dgn CikPuanLawa sebab dia tahu kat mana rumah doc.
Deletebawak pisang pun voleyyyy..
ReplyDelete:)
Itu kalau kenduri kat surau atau masjid kot. Kalau kenduri kat rumah ada org yg bawa tembikai atau anggur .... ngeeeee
Deletedulu-dulu, masa kecik-kecik..dekat kampung..selalu tengok mak...jiran tetangga pun.... kalau pergi tolong buat kerja kenduri, mesti bawa gula bagi kat tuan rumah.. rasanya budaya tu masih ada lagi kat kampung...
ReplyDeleteKat kampung ieda skrg ni ada lagi tak macam tu? Kalau ada seronok dan dapat merapatkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan.
DeleteKat kampung emak adam sampai sekarang jiran tetangga masih lagi bawa gula, beras, minyak masak dsbnya bila ada kenduri.
entah kenapa tekak saya tak boleh terima nasi mandy.
ReplyDeletetekak melayu ori lah tu. Nasib baik tak bertemu jodoh dgn org arab ..... hehehe
DeleteKadang bila gi rumah kenduri berlenggang kangkung terasa segan pulak walaupun sebelum balik masa salam kita hulur jugak untuk ringankan beban tuan rumah. Walau apapun sumbangan kita yang penting ikhlas.
ReplyDeleteBiasanya kalau kenduri tahlil tuan rumah akan berbesar hati jika kita dapat memenuhi jemputannya itu. Dia tak mengharap pun org yg datang tu membawa apa2 atau memberi sumbangan kewangan. Kata org datang baca doa dan makan aje. Itu pun ada yg tak dapat meluangkan masa.
DeleteAda majlis tu tuan rumah dah sediakan makanan agak banyak tapi yg datang tak ramai ..... huhu
kat kg parit baru masih lagi amalkan budaya memberi ni kalau ade kenduri arwah, tahlil, akikah. yg pasti, mak abah Ti mmg akan bagi beras siam, gula, milo n susu berkilo2 utk besan2 kalau ade yg kenduri
ReplyDelete(^_^)
Kat kawasan kampung sebelah sana memang budaya ni masih subur diamalkan. Untunglah sesiapa yg berbesan dgn mak abah Yati. Ada tak adik yg belum kahwin (selain yg pernah belajar di UMS tu?).
DeleteMilo dan susu tu yg tak tahan dengar. Kat kampung emak Adam setakat beras, gula, minyak, bawang dan kentang.
Salam, tempat Che Mid rasanya jarang sgt bagi beras gula melainkan jian terdekat atau keluarga terdekat. Lebih mudah bawa barang siap masak kut.. macam emak Adam gak..
ReplyDeleteWaalaikum salam che mid.
DeleteYang bagi beras dan gula tu biasanya di kampung dan itupun seperti yg che mid cakap jiran atau keluarga terdekat saja.
Di KL ini saya masih ingat lagi arwah emak saya dulu kalau pergi kenduri rumah sedara mara yg dekat dia akan bawa gula.
Goreng sampai samosa bertukar menjadi keemasan... Kalau bertukar jadi emas, kayo...kayo!
ReplyDelete:)
Ilmu nak tukar samosa menjadi emas tu kena belajar dgn ckLah kot.
DeleteTolonglah ajarkan saya ilmu tu. Nanti saya belanja samosa yg belum digoreng ..... ngeeee
Kami selalunya hanya bawa buah2an atau makanan yg ditempah siap2 dr 'mereka' yg dipercayai.. Teramat sangat jarang dah menyediakan dr rumah kerana selalunya consume masa (Konon!), unless Nyaie beria2 then we left no option.. Tetiba kasih sudi keluar 'dinner' even tak cukup korum (wrong timing & place rasanya)..
ReplyDeletep/s : blh kena saman ni sbb 1) ambil gambar tanpa kebenaran 2) ambil gambar muka tanpa senyum 3) post gambar tanpa kebenaran dr pihak berwajib..
~sayayangbertudungpinktapiBUKANPuteriUM*O
Jika mampu mcm awak tu apa salahnya tempah saja makanan tu daripada org yg dipercayai. Org marhean mcm kami ni gorenglah sendiri utk jimatkan belanja.
DeleteLebih dari separuh yg keluar dinner tu. Jadi kira cukuplah korum. Lain kali boleh ajak lagi semua org keluar .... hehehe.
Nak saman di bawah Akta apa ni? Haikal selalu cakap saman bawah akta Kanak2 dan Wanita 2001.... ngeee
Bagus mk adam. Adat camni bagus diamalkan.
ReplyDeleteInilah antara perkara yg buat ramai org suka dgn emak Adam tu agaknya.
Delete