Monday, April 1, 2013

Seberapa Ikhlas ...

Hujung minggu baru-baru ini aku dah emak Adam sibuk memenuhi jemputan kahwin. Hari Sabtu tu ada 3 tempat kami pergi sekitar Selangor. Dari tengahari kami keluar rumah bila balik kampung dekat pukul 11 malam.

Hari Ahad ada satu lagi jemputan kahwin di kampung. Itu sebab malam minggu itu kami tidur di kampung. 

Ada satu lagi jemputan pada Sabtu tu tapi kami kirim saja melalui jiran sebelah rumah MIL sebab majlisnya di Sg Tengi. Tak sempat nak pergi ke situ sebab bertembung dengan jemputan yang lain itu.

Semasa kami balik kampung terkeluarlah cerita tentang sumbangan atau ada orang salam keruk atau salam cangkuk. Ada seorang saudara baru keturunan Cina yang berkahwin dgn orang kita. Hujung tahun lepas mereka telah mengadakan majlis berkhatan secara agak besar2an untuk anak lelaki mereka. Siap buat kenduri dan jemput sanak saudara, handai taulan dan jiran tetangga. Macam majlis kahwinlah. Dan siap menerima sumbangan berbentuk duit daripada orang yang datang.

Apa yang saudara baru ini kecewa (dan agak marah) sebahagian besar orang yang hadir itu hanya memberi wang RM2 - RM3. Sungguh tak dia sangka begitu ciput pemberian sebahagian hadirin. Dia kata dia pun paling koman beri RM10 kalau pergi ke majlis2 kahwin atau berkhatan.

Aku boleh faham perasaan kecewanya itu. Mungkin budaya kaum mereka (budaya asalnya) tak sama dgn budaya kita orang Melayu. Mereka biasa memberi RM50 ke RM100 pada setiap majlis kahwin. Mungkin dia tak mengharap sampai ke jumlah itu tapi kalau dua tiga ringgit tu agak melampau. Nasi sepinggan menggunakan khidmat katering sekarang pun dah sekitar sepuluh ringgit kalau tak banyak lauk.

Persoalannya sekarang wajarkah tuan rumah mengharap para jemputan memberi sumbangan yg setara dgn perbelanjaan yang dia keluarkan?

Atau kalau kita tujukan soalan ini kepada para jemputan: Wajarkah kita memberi sumbangan sehingga boleh cover perbelanjaan tuan rumah?  Atau ikut seberapa ikhlas kita waima keikhlasan itu hanyalah dua ringgit?


19 comments:

  1. Salam yb.
    Sbg tuan rumah xpatut la hrp sumbgn org. Patutnya niat buat mjls utk jamu org dan rapatkn silaturrahim. Seumur hidup pernah sekali je hadiri mjls kwen yg xde salam kaut. Serius, tn rumah mmg nk jamu org. Arwah tu org biasa2 je bkn org bsr pun.

    Tp yg dijemput pn klu mampu berilah sumbgn sekurg2nya menyamai harga sepinggan nasi. Yg xmampu xpelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Yati,

      Memang tak patut mengharap sumbangan orang. Kita buat majlis tu sebagai tanda kesyukuran dapat menantu atau anak selamat berkhatan. Itu senang cakap dari melaksanakannya.

      Tahniah kpd yang buat majlis tak mengharapkan sumbangan dan tak mengata di belakang.

      Yang datang tu memberi itu dgn niat meringankan perbelanjaan tuan rumah. Kalau dia guna khidmat catering sepinggan pun tak kurang 10 hinggit .....huhu

      Delete
  2. bg saya pulak YB...

    zmn sekarang susah nak buat knduri. tapi dah jadi macam tanggungjawab yang dituntut pulak besar2an...

    ada sesetengah rumah yang pajak barang kat kedai runcit kemudian pakai duit keruk la mereka bayar barang makan kenduri tu...

    pendapat saye je ler...

    kalau saye asal boleh kecil-kecilan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang tu bukanlah nak buat besar2an sangat pun tapi dah org tu ramai kenalan dan sanak sedara. Kalau ada yg tak dijemput masa kenduri tu nanti bila jumpa ada pulak yg komplen. Ada sedara saya dah kena smash oleh org yg dia tak terjemput masa kahwinkan anak pertama. Org tu kata "mahal sangat ke nasi sepinggan?". Bila dia buat majlis kahwin anak kedua, habis dijemput semua kenalan dan rakan taulan supaya takde lagi yg mengata. Majlis itu pun bertukar menjadi besar.

      Org yg pajak barang kat kedai runcit tu memang pernah saya dengar. Dia konfiden nanti bila dapat duit keruk boleh cover balik hutang dia kat kedai tu. Tapi tup tup bila collection tak memberansangkan, itu yg boleh kena migrain .... huhu

      Delete
  3. Back to basic, untuk apa buat kenduri itu.
    Niat sebenarnya, apa?
    Kalau dah letak niat awal awal ' nak dapat collection', maka dapat collection lah..Dan andai collection nya ciput, maka kecewalah, merana badan...menepuk dahi :)

    Kalau niatnya ikhlas LillahiTaala, kerana bersedekah..
    Maka Insya Allah pahala pasti dapat( dan imbuhan ini kekal sampai ke Pdg Mahsyar di kira). Collection kalau dapat, ialah bonus. Kalau collection ciput, tuan rumah redha, senyum dan terima seadanya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat tu kita serahkan dia dengan Tuhan.
      Tapi tak boleh dinafikan ada orang yg dah ke sana ke mari memenuhi undangan dan dah sumbang agak lumayan tiba2 bila dia buat majlis org bagi ciput pulak. Tentulah kecewa terutama mcm saudara baru kita ni yang mungkin adat mereka bagi banyak dapat balik pun banyak.

      Saya tak berani nak kata dia redha ke tidak tapi kalau lepas ini dia pun beri ciput kalau dijemput, saya tak terkejut.


      Delete
  4. regardless the religion klu kaum tuh dollah moola dollar sign yg dia nak...sure kutuk org tamu dia..
    mcm tak ikhlas je

    ReplyDelete
  5. salam
    klu jemput jamu kenduri...kenalah ikhlas...
    waima mi hun goreng ..air sirap kosong. klu ikhlas...alhamdulillah pahala murah rezekiklu tak...jamu je tapi buat pnat je

    ReplyDelete
  6. mmg buat kenduri jemput orang datang makan.kalau dia buat makan takde org datang..mana nak campak makanan tu?cer fikir

    kalau org bagi seringgit dua tu selalunya area kampung tapi kt kg pun paling sikit org bagi rm5..

    ReplyDelete
  7. assalam YB..masa dok tanjung karang..kalau jiran2 acik ada buat kenduri..biasanya dia orang tu tak kisahkan angka..cuma yang pernah diceritakan..ada yang datang..kalau tak salam keruk tu malu..sudahnya..salam dengan sampul kosong..tak tau la acik benar ke tidak..tapi katanya kalau buat kenduri mesti akan dapat sampul kosong..dulu acik kata..lupa isi kot..tapi katanya bukan satu..banyak jugak..macam2 hal kan..jiran2 lain pun ada pengalaman yang sama

    ReplyDelete
  8. macam tu pulak ya. rasanya tak patut juga dia luahkan rasa kecewa tu..dah itu yang mampu bagi orang itu..senyap2 sudahlah:-) kalau dah sampai nak cover balik duit yang buat belanja kenduri baik tak payah buat kenduri...

    ReplyDelete
  9. kat kg saya baru ni mmg tuan rumah tolak semua duit yang orang nak bagi.. dia kata sebab dah niat nak sedekah.

    ReplyDelete
  10. ada lagi tagis bagi sampul kosong kat tuan rumah.

    salam yb. :D

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,
    kat kampung kami di negeri paling miskin tu, amalan kenduri kahwin atau apa2 kenduri kesyukuran tanpa duit keruk (kami panggil duit pengeley) ni masih meluas lagi. Biasanya tuan rumah akan beritahu siap-siap masa ajak kenduri tu.

    Jadi, bila kita pergi kenduri yang buat kesyukuran macam ni, biasanya ramai yang bawak barangan makan seperti gula, susu, biskut. selepas kenduri, adakalanya semua sumbangan orang bawak tu boleh guna sampai setahun. Dan biasanya pula, barangan itu turut dibahagi2kan kepada sedara mara terdekat.

    ReplyDelete
  12. salam
    dulu kenduri kendara org sedekah tenaga,gotong royong ..

    naik kenduri biasa,kenduri tahlil,kenduri kesyukuran atau kenduri bersunat..
    takde la pulak masa tu tuan rumah nak ajak sbb nak harap salam dapat duit. yg kerap dapat duit kenduri kawin je.
    now org kita dah laloknstart new trend which increases the expectation penganjur kenduri..the nonnweddingnkenduris to expect money.
    kasi door gift pelbagai jenis, which terlebih lebih pulak.
    so some ppl ingat beri door gift pelbagai jenis can get some cash in return. tak ke haru..
    then buat teelebih grand mcm org kawin.silap la...nak sunat je bukan nak nikah.
    jemput makan maka org datang. kalau nak duit jgn impose.
    ingat lagi buat kenduri utk baca yasin dan doa selamat. takde lak expect nak dpt duit in return.

    nampak sgt concept budaya too materialistic n deviate..

    ReplyDelete
  13. salam tuan...boleh minta no kontek tuan, nk tanya pasal petrol pump. sbb sy tgk banyak post tuan pasal petrol pump ni...

    ni no fon saya 019-9990799

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Tuan.

      Saya ada buat panggilan ke nombor tuan pada pukul12:21 tghari tapi tiada jawapan.

      Bolehlah Tuan call saya balik di nombor 012-xxxxx56 itu.

      Delete
  14. adat sekarang, kalo namanya kenduri x mengharapkan salam kaut...
    tatau la kalo ada yg masih mengharap duit salam kaut..

    ReplyDelete
  15. opinion aku la based on majlis aku buat selalu (makan2 biasa, bday party, kenduri akikah, open house):
    aku tak pernah lak mengharap apa2 sumbangan, cuma org yang biasa dah dengan perangai aku galak membalas, begitu juga dengan org2 kampung or org2 dulu memang akan bagi mcm2 sumbangan berbentuk makanan, hadiah hatta duit.....sebab bila aku menghadiri majlis makan2 derang (utk yg rapat) aku biasanya bwk la makanan seperti kek atau kuih muih, kadang2 kalau akikah, aku sedekah duit pada baby, kalau open house, kadang2 bawak la coklat ke apa ke, kekekekekekkeke ntah la dah biasa dididik cam ni dari kecik
    tapi sebagai tuan rumah memang tak perlulah mengharap apa2 sumbangan kekdahnya, jika dilihat dari nawaitu kita mengadakan sesuatu majlis adalah utk meraikan, bukan utk buat collection kan!
    tapi kita lak sebagai tetamu perlu la tau sedikit adab2 bila berkunjung
    antara amalan aku:
    lawat org sakit - bawak la buah tangan atau beri sedikit sumbangan, sebab rawatan perubatan perlukan duit gak kan (walau kadang2 insurans cover, tapi derang still perlu biaya benda2 len gak masa duk spital tuh)
    jemputan house warming - beli la pasu bunga ke, brg hiasan umah ke, atau makanan2 yang tak berapa berat
    jemputan akikah - bawaklah hadiah atau beri sumbangan sket kat baby
    itu sekadar beberapa contoh la, dan sedikit perkongsian dari aku

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails