Saturday, March 30, 2013

Pengantin Dan Udang Galah

Hari ini aku ada 4 jemputan ke majlis perkahwinan.

Sekejap lagi aku dan emak Adam nak ke majlis jiran kami yang diadakan di Bora Ombak, Ampang.

Lepas tu balik rumah bawa anak2 yang nak ikut ke majlis kahwin di Jenjarom sebelum ke majlis di Sementa, Kapar.

Hari ini juga berlangsung satu lagi majlis di Sg Tengi, Hulu Selangor. Kami kirim sumbangan melalui adik emak Adam saja sebab tak sempat nak berkejar ke sana.

Esok ada 2 lagi majlis kahwin di kampung. Malam ni kami tidur kampung.

Hampir di setiap majlis kahwin hidangan untuk pengantin mesti ada udang galah. Biasanya dipanjatkan kat buah nenas.

Kalau hari biasa nak makan udang galah tu susahlah sikit sebab harganya mahal dan isinya bukanlah banyak sangat.  Harapkan kepalanya aje yg besar.


Ini udang galah di pasar tani tempat kami pagi tadi. Emak Adam tak beli pun sebab mahal.

Mesejnya: Kalau nak makan udang galah silalah jadi pengantin .... hehehe

Ok aku nak gerak dulu. Untung2 dapat makan udang galah di meja pengantin 

20 comments:

  1. masa majlis saya, tiada udang galah panjat ni..sebab wife saya allergic dgn udang galah...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat sekali lagi tu ..... hahaha

      Delete
  2. bestnye dapat makan udang galah...

    nak mintak jugak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat memang best. Tapi kat tempat pengantin pertama tadi takde nampak udang galahpun ...... huhu.

      Ok nak cuba tengok kalau ada kat tempat pengantin yg kedua kejap lagi. Tapi kalau dah petang2 mcm ni tentu pengantin dah makan beradap. Apa2 makanan yg best yg pengantin tak habis makan tentu dah disebat org yg rewang ....

      Delete
  3. seekor udang galah yang sederhana besarnya yang saya makan di Kucing harganya RM7 . Kira ok lah sebab masakannya pun sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Kuching udang galah dan udang2 lain murah jika dibandingkan dgn harga di Semenanjung. RM7 seekor dan jika masaknya sedap adalah berbaloi....

      Makan kat gerai atau restoran mana tu? Mana tahu kalau saya sampai ke Kuching lagi bolehlah singgah di situ.

      Delete
  4. hehehe alasan nak jadi pengantin skali lagi

    pengantin mesti tak rasa pun udang galah tu sebab malu nak makan kononnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi alasan yg nak digunakan? Udang galah pun udang galahlah ..... ngeeee


      Kebanyakan pengantin malu atau nak control macho dan control ayu. Tapi ada juga yg sebat makan tak toleh kiri kanan .... huhu

      Delete
  5. Sebenaqnya udang galah, ayam golek etc yg best2 tu makchaq rasa orang rewang/tukang masak yg reka.. Depa tau pengantin mesti malu nak makan... kira rezeki org dapuq la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang rewang atau tukang masak masa tu lah nak tunjuk bakat menghias. Tapi pusing2 dok hiasan mcm tulah jugak. Dan udang galah panjat nenas tu antara hidangan yg jarang miss. Yang ayam golek tu kira nak kerja senang. Panggang ayam tu sekor lepas tu hiaslah dgn carrot, cili dan apa2 yg patut.

      Pengantin la ni ramai yg dah tak malu nak makan. Depa makan kasi licin. Kalau tinggal pun sikit2 aje.... huhu

      Delete
  6. tak makan udang galah pun tak apalah, sebab malaslah nak jadi pengantin sekali lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau abang malas saya pun ikut malaslah.

      Apa kata abang cuba pancing udang pulak? Nanti bila dapat jangan lupa ajak saya makan sekali. Nanti saya tolong terangkan rahsia di sebaliknya kpd emak ngah .... ngeeeee

      Delete
  7. Amboiiii udang galah punya pasal, nak soh jadi pengantin lagi sekali. Dengan orang yang sama atau tambah yang baru? Ahaks! Kang ada yang kena kejar dengan galah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisah org yg sama atau yg baru janji dapat makan udang!!! hahaha

      Delete
  8. udang galah masa makan beradap tu lebih kepada hiasan je. sebabnya pengantin macam susah je nak kopek udang bagai. jadi makan nasi ngan kuah sajor. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Udang tu buat perhiasan aje. Bangun aje pengantin dari meja makan tu, org rewang pun mulalah cekup sorang sekor. Kadang belum sempat org rewang rebut, tetamu dari pihak pengantin sebelah sana dan sapu dulu ..... huhu

      Pengantin makan nasi ngan kuah sajor pun tak kisah sebab dia dah dapat bini atau laki. Tengok muka pasangan dah rasa kenyang .... hehehe

      Delete
  9. memang udang panjat nenas selalu ada kat meja pengantin...tapi makcik kurang setuju....memang kita nak kasi cantik meja tu;
    1. pengantin dah mmg sah jadi tarikan kat meja tu.

    2. bagilah depa makan dgn selesa...
    makcik suka kalau hidangan pengantin di 'senangkan'...kopeklah kulit udang, takyah kasi panjat nenas bagai....kasi je baring ala ala duyong...senang kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak kata makcik tu. Biarlah tumpuan org ramai lebih kepada pengantin daripada kpd hidangan di meja pengantin.

      Baring macam duyong tu mcm lobster yg Iqram Dinzly makan dalam bot mewah di KB dalam rancangan JJCM semalam tu ek?

      Delete
  10. cantik betul alasan nak makan udang galah kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh terima tak alasan tu? .... hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails