Thursday, April 25, 2013

Sayangilah Gigi Anda

Baru-baru ini emak Adam ke klinik gigi untuk periksa gigi gerahamnya yang sakit.  Bila doktor check gigi tersebut beliau menyarankan untuk dimatikan uratnya dan jangan dicabut sebab gigi itu masih kuat. Ini bermakna kena buat root canal yang boleh tahan juga kosnya. Itu belum lagi buat crown selepas akar gigi tersebut dimatikan.

Pada hari tersebut emak Adam tak buat root canal tersebut tapi cuma membersihkan karang gigi.

Bila balik ke rumah, gigi geraham tersebut sakit datang dan pergi. Ada masa aku lihat emak Adam menyeringai (betul ke perkataan ni?) menahan kesakitan.

Dia tanya kepada aku tak boleh ke dicabut saja gigi tu. Aku kata boleh kalau tak kisah kurang sebatang gigi geraham sebab gigi geraham aku pun pernah dicabut semasa aku kerja di Pasir Gudang pada tahun 1992 dulu. Semasa itu doktor gigi beri aku MC sebab dia takut aku pening dan tak boleh kerja. Sejak aku kerja memang jarang aku MC.

Semalam setelah memikirkan masak2 dan dengan gigi yang semakin kerap sakit, emak Adam telah ke klinik gigi untuk mencabut gigi gerahamnya itu.

Aku cuma tunggu di bilik luar semasa emak Adam dicabut giginya. Kalau dia nak melahirkan anak aku akan tunggu sebelah katil bersalin dia.

Menurut emak Adam susah juga doktor tu nak mencabut gigi tersebut sebab masih kuat pada gusi.

Bila aku lihat gigi yang telah dicabut itu memang masih elok dan kuat kecuali ada lubang dari tepi gigi itu.

Emak Adam kata sejak kecik sehinggalah dia kahwin dgn aku gigi dia semuanya cantik dan kuat. Dia salahkan aku yang 'menyebarkan kuman' kepada dia selepas kami kahwin!

Boleh ke cakap macam itu ..... huhu

18 comments:

  1. Replies
    1. Alasan mcm tak kukuh. Kalau nak kena jangkitan kuman dari mula kahwin dah kena sepatutnya ..... huhu

      Delete
  2. hahahaha... penyebar kuman rupanya YB ni...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Ada yg nak kena sebaran kuman saya juga ni nampaknya ..... hiiksss

      Delete
  4. Ooo makchaq pun baru perasan.... dulu2 gigi makchaq pun ok.. Lepas kahwin baru sakit gigi...

    Mungkin orang lelaki ni pembawak kuman gigi kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ya pun org lelaki ni pembawak kuman gigi kenapa org perempuan redha dijangkiti kuman tu? ..... hikksss

      Delete
  5. YB,

    rasanya root 'canal' kan? pendeknye RCT.

    RCT utk geraham mmg mahal. Ai sudah takde 2batang geraham. satu atas kiri dan satu bawah kanan. kuikui.

    utk gigi depan pula, ada sebtg yang dah buat RCT dan dah pakai crown tapi sbb ade infection gigi RCT tu tanggal sendiri pada tahun 2009. so Ai pakai denture shj, nk implan mahal la juga.
    Dec tahun lepas pula, lagi satu gigi dah buat RCT tapi masih blm ok utk dipakaikan crown.

    eh ni pehal plak cite psl gigi Ai ni?
    hihihihi sorry YB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yati,

      Betul cakap awak. Memang sepatutnya root canal. Saya tersalah eja sebab tak check sebelum publish. Saya dah betulkan ejaan tu. Terima kasih di atas teguran awak.

      Oh geraham yati yg kena cabut tu satu atas satu bawah ya? Ingatkan sebelah menyebelah gigi geraham Yati yg kena cabut tu. Ok juga tu satu atas satu bawah. Taklah berlubang besar pada sebelah mulut.

      Lepas gigi Yati yg depan tu tanggal kiranya 'ompong' lah sebelum siap denture tu ke? ..... ngeee

      Oh ada lagi satu yg dah buat RCT. Yang ini gigi yg mana pulak?

      Kiranya Yati ada tak sebarkan kuman kpd enjekjek? hehehe

      Terima kasih sudi bercerita pasal gigi Yati. Saya ada beritahu emak Adam tentang cerita Yati cabut gigi sebelum dia setuju utk cabut gigi dia tu.

      Delete
  6. YB doc cakap berapa harga buat root canal tu. saje nak tahu =) just in case

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc tu tak cakap berapa tapi daripada mereka yg dah buat root canal tu harganya sekitar RM400 sekali buat. Kadang2 kena pergi 2 hingga 3 kali baru mati semua urat tu ..... huhu.

      Eloklah tanya dgn dentist untuk dapatkan kepastian kerana memang mahal nak buat RCT tu.

      Delete
  7. Hari tu glanced je, mlm ni baru baca betul2.. Well, kagum dgn Emak Adam sbb berani & sanggup cabut gerahamnya.. RM 400 for root canal treatment blh consider kurang-mahal and yes, selalunya kena pergi more than 2 times for RCT and itu belum termasuk proses nak crown the tooth.. huhu.. Ayah Hj mewwajibkan kami menjalani scaling every 6 months (dah 3 months due !) :(

    - sayayangpunyagerahamcrowned -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well kagum bertempat sebab di atas keberanian dan kesanggupannya itu sampai sekarang masih sakit telinga dan kepala.

      Klinik tu cas nya agak berpatutan sebab kebanyakan pelanggannya rakyat marhaen mcm kami ni. Tapi kalau kena buat 2-3 RCT tu, bengkok juga nak membayarnya.

      Tahniah kpd Ayah Hj kerana disiplin menjaga kesihatan gigi keluarganya. Bagi yg dah overdue nak buat scaling tu elok buat cepat. Biar gigi tu bersinar2 .... hehehe

      Delete
  8. saya ngeri nak jumpa dentist!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails