Petang semalam selepas Adam puas bermain dengan iPadnya, emaknya menyuruh dia tidur. Kebetulan masa itu hujan lebat dan rancangan kami nak bawa dia ke Ikea terpaksa ditunda. Pada mulanya aku bercadang nak ambil cek bayaran kerja syarikat aku di pejabat klien yang tak jauh dari Ikea tu. Jadi bolehlah aku bawa Adam dan emaknya ke Ikea sekali.
Semasa emaknya nak tidurkan Adam tiba2 Adam beritahu emaknya, "Emak, Adam nak adik boleh?"
Terkejut beruk isteri aku. Out of the blues budak ni nak adik pulak.
Tapi emak Adam kontrol ayu dan tanya, "Adam nak adik macamana?"
"Adam nak adik pompuan, besar ni," sambil menunjukkan jarinya sejengkal.
Aku yang sebelum itu di depan komputer lantas masuk ke bilik untuk mendengar apa yang kecoh2 tu.
Isteri aku lalu menerangkan Adam minta adik dgn dialog di atas tadi tu.
Aku pun tanya Adam nak adik besar mana?
Dia kata, "tinggi ni," sambil meletakkan jari2nya di paras telinganya.
"Takkan keluar2 dah besar tu adik Adam," kata aku.
"Adam nak buat apa dgn adik Adam tu? tanya isteriku.
"Adam nak bawa dia beli aiskrim dan donut," jawab dia selamba.
"Emak dah tak boleh ada adik. Adam anak yang bongsu," isteriku cuba menerangkan keadaan sebenar secara lemah lembut.
Aku tak tahu samada dia faham ke tidak.
Kalau sepuluh tahun lepas anak aku minta adik, malam itu juga aku cuba buatkan ..... hehehe
Nota: malam tadi malam Jumaat.
hahahaha bagikan jeeeee
ReplyDeleteIngat mcm bagi cokelat ke? ..... huhu
Deleteerrrr...tepuk dada tanya.....sambung sendiri lah,kikiki
ReplyDeleteTepuk dada terus terbatuk-batuk
Deleteuhuk uhuk
bulan 1 atau 2 tahun depan dapat lah adik tu Adam... jgn risau...
ReplyDeleteinsyaAllah, Amiin....
Kalau boleh keluar hujung tahun ni lagi bagus sebab boleh masuk sekolah awal sikit ..... hahaha
Deletehahahhaa
ReplyDeletetumpang gelak ye YB
Kami pun gelak tengok gelagat Adam semalam.
DeleteMungkin pengaruh kawan2nya di tadika yg kebanyakannya ada adik .... ngeeee
Apalagi YB, tilam pun dah dapat tilam baru ..lebih selesakan? ahaks...
ReplyDeleteBelum tukar lagi tilam tu tapi tilam yg ada tu dah cukup selesa. Dah ramai yg 'jadi' kat situ .... hahaha
DeleteWaahhh.. An honest request from a cute little boy.. ^_<
ReplyDeleteTak pe la Adam, tunggu dpt anak sedara je ye..
kalau nak jg, kakak blh bg tp bkn adik perempuan nama 'barbie' la, adik perempuan dr pasar malam dpn AEON AU 2 je.. ngeee..
p/s : Jom ke KLCC Adam !
Budak kecik memang honest and innocent. Kalau nak tunggu anak sedara tu mungkin hujung tahun depanlah. Itu pun kalau cepat .... hikkss
DeleteRasanya tak nak dia adik perempuan pasar malam. Lebih baik belikan belendong .... ngeee
Bila nak bawa Adam ke KLCC? Dia dah ready dah ni .... ahaks
so apa yg di tunggu lagi usahakan la hehe
ReplyDeleteKilang dah tutup nak usaha mcmana? ..... huhu
DeletePening mak Adam nak jawab!
ReplyDeleteBukan pening aje tapi tersentap juga bila tiba2 adam nak adik tu ..... hehehe
Deletekang YB, bebenornye emak adam yg X paham tuuu.,kuikui2
ReplyDeletepsst. cawangan CIMB pon banyak pergh dlm blog ni.,kihkih2
Cawangan aje banyak kalau takde duitnya takde makna ..... huhu
Delete