Di dalam enam beradik, Haizam antara yang paling kurang menonjol kisahnya di dalam blog aku sehinggakan DaddyZiyyad pernah menyarankan aku buat entri tentang dia.
Haizam ini adalah anak kami yang keempat. Dia sekarang di Tingkatan 5 dan akan menduduki Peperiksaan SPM hujung tahun ini.
Bukan aku tak pernah buat entri tentang dia tapi dia memang agak low profile. Biasanya kisah dia mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR atau PMR yang aku masukkan di dalam blog. Selain itu ada juga kisah dia menjatuhkan Adam semasa Adam masih lagi bayi. Daripada entri itu yang femes adalah Adam kerana ramai yang bersimpati dgn Adam. Kat blog aku ni pun banyak cerita tentang Adam yg membuat dia tambah dikenali ramai.
Ok ini nak citer sikit tentang Haizam.
Sabtu lepas dia telah menerima anugerah pelajar cemerlang sempena Hari Anugerah Cemerlang sekolahnya.
Dia telah mendapat tempat pertama di dalam aliran teknikal semasa peperiksaan hujung tahun di Tingkatan 4.
Selain itu dia juga mendapat anugerah pelajar terbaik untuk mata pelajaran Sains dan Ekonomi Asas.
Hadiah disampaikan oleh Datin Sri Ana Razak iaitu isteri kepada bekas Ahli Parlimen Setiawangsa
Hujung tahun lepas semasa Haizam memberitahu aku dia dapat nombor satu, aku kata secara berseloroh kepadanya "Bolehlah dapat nombor satu sebab ramai budak yang pandai2 yg dapat 8A masa PMR di sekolah itu dulu dah pindah ke sekolah lain."
(Ada 44 orang murid termasuk Haizam yg berjaya mendapat 8A semasa PMR pada tahun 2011. Sebahagian besarnya telah berpindah ke sekolah yang lebih berprestij termasuk SBP).
Mendengar komen aku itu emak Adam tak puas hati.
"Ayah kau ni bukan nak bagi semangat kat anak. Ayahnya dulu pun belum tentu dapat nombor satu." kata emak Adam.
Inilah jika harapan yang diletakkan oleh seorang ayah itu terlalu tinggi.
Ayah expectationnya mmg tinggi utk anak2 especially the eldest one rasanya.. Well, being the eldest one with a very dedicated & strict father, selalu buat sy rasa semput dulu2.. When time flies, me realized Ayah Hj menjadikan sy seorang manusia biasa yg berani bermimpi perkara yg sedikit luar biasa, work for it and achieve it.. :)
ReplyDeleteEven dia belum pernah menzahirkan tp sy tahu dia bangga dgn sy.. Ahaks.. (Perasan jap!)
p/s : To Ijam, just swallow 'it' and prove that you'll be a successful one, one day and make your ayah has a big smile on his face in shaa Allah..
Expectation utk anak yg sulung mmg tinggi jika nampak dia ada potensi. Well, itulah cabaran jadi anak sulung. Tapi adik2nya lebih sukar lagi kerana bila yang sulung dah set the bar, yang lain kenalah capai paling minima, tahap yg sama ataupun lebih baik lagi. Dia rumah ni 'the bar' keeps going higher and higher.
DeleteBaguslah awak sedar Ayah Hj awak telah menjadikan awak seorang manusia biasa yg berani bermimpi perkara yg sedikit luar biasa.
Saya pun percaya jauh di lubuk hati dia, dia merasa bangga dgn pencapaian awak. Trust me coz I am father too.
Harap Ijam baca komen awak yg akhir tu. Kalau tidak, saya akan suruh dia baca .... hehehe
tahniah....pandai anak2 YB
ReplyDeleteas parents, kita kena selalu support anak2, sesekali tegas kena ada, disulami sedikit kelembutan....semoga menjadi anak2 yang berjaya dunia akhirat!
Terima kasih.
DeleteAnak2 kami biasa2 aje. Ramai lagi budak2 yg lebih pandai daripada mereka.
Dari segi akedemik, emak Adam lebih bersifat lembut dan bagi can dgn anak2. Jadi saya kenalah bagi tekanan lebih sikit supaya mereka dapat mencapai tahap tertinggi. Anak2 ni kalau kita tak bagi cabaran, mereka akan rilek.
Amiinn. Begitulah yg diharapkan. Semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat.
Tahniah haizam..emak adam tu sama je macam acik..kalau ayah yang tak bagi sokongan atau pun marah ke anak..sakit nya tersa sekali dihati ibu..
ReplyDeleteTerima kasih acik b/p Haizam.
DeleteIbu2 agaknya sama saja. Cepat terasa jika ayah menekan anak lebih2 sangat ..... ngeeee
Tahniah Haizam.
ReplyDeleteBelajar rajin2..Utk ilmu.
Dah matang, bisnes macam ayah :)
Jangan jadi pekerja, jadi bos!
Terima kasih doc.
DeleteHaizam ni jenis tak berapa rajin belajar. Tusyen lagilah dia tak minat. Alhamdulillah dia jenis cepat faham apa yg cikgu ajar.
Abg dan kakak2 dia kata Ijam dah besar nanti nak jual jam.
Mana tahu boleh lawan YTL yang jadi pengedar jam2 mahal di sini .... ngeeee
boleh buat menantu ni...
ReplyDeleteOk boleh bincang tu.....
Deletetahniah haizam:-)
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteSemoga menjadi pembakar semangat.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteHero mmg gitu kan, haizam?
AYAH SAYA pun x penah puji anak2 dia dpn anak, tp kat kwn2 dia pernah bocor gak pujian ;)
Waalaikum salam anyss.
DeleteHerolah sangat dia tu? Asyik dgn citer koreanya aje ...... huhu
Ayah anyss mesti jenis garang juga ni.
Tengok tu dia dah pernah terbocor gak pujian kat kawan2.
Sebenarnya dia bangga dgn kejayaan anak2nya cuma dia tak nak tunjuk depan anak2 aje .... ngeeee
bagi la can haizam enjoy dulu, spm hujung tahun kan? kikiki
ReplyDeleteTak payah bagi can pun memang dia enjoy sokmo.
DeleteMasa tengah ambil peperiksaan PMR dulu dia boleh main game kat rumah antara dua paper pagi dan petang ..... huhu
saja je YB ni kan
ReplyDeletenyakat anak..tp tabik kat YB
sbb anak2 semua pandai
Terimbau kembali nostalgia semasa membesarkan anak anak.Kerana berbagai tahap pencapaian,maka berbagailah approach yang terpaksa di buat.Kadang lembut,kadang tegas.Ada kala garang macam singa,Ada masa kena ulang ulang sampai kebas telinga.
ReplyDeleteSedar sedar dah habis sekolah rupanya.
Sekarang terserah kpd mereka nak corak hidup bagaimana.Kita hanya dapat berdoa utk kebaikan ,kesejahteraan,kejayaan mereka semua.
Tapi rasanya tanggungjawab kepada anak anak tak habis hingga hujung nyawa....amboi panjang pula komen saya. hehe.