Tuesday, April 9, 2013

Bila Masa Nak Bayar Mulalah Selek

Kira-kira dua minggu lepas seorang jiran kami telah diragut beg tangannya di depan rumahnya. Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi. Pada masa itu si suami telah ke kereta memimpin cucunya yg masih kecil manakala si isteri berjalan di belakang kerana dia menutup pintu pagar. Kereta mereka diletakkan di luar pagar di seberang jalan depan rumah.

Tiba-tiba datang seorang pemuda menaiki motosikal meragut beg tangan isteri. Dia tak terdaya nak melawan lelaki tersebut kerana dia pun bukannya sihat sangat. Daripada jatuh tersungkur yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan, si isteri itu telah melepaskan beg tangannya. Suami yang sempat menoleh tak sempat berbuat apa2 kerana kejadian berlaku begitu pantas.

Di dalam beg tangan itu ada duit sebanyak RM3,000 kerana mereka sebenarnya nak pergi membayar deposit katering majlis perkahwinan anak mereka tak lama lagi.

Macam bau aje duit tu sehingga peragut itu dapat menghidu ada wang sebanyak itu.

Di kawasan perumahan kami ada khidmat pengawal keselamatan tapi beroperasi daripada jam 11 malam hingga jam 7 pagi sahaja. Kalau nak buat kawalan 24 jam, bayarannya lebih mahal dan setakat kutipan yang ada, inilah yang mampu pihak Persatuan Penduduk sediakan.

Masa mula-mula nak buat khidmat kawalan ini bancian demi bancian dan kempen demi kempen telah dilakukan. Akhirnya lebih 85% penduduk bersetuju diadakan kawalan selama 8 jam di waktu malam.

Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM30/bulan bagi setiap rumah.

Untuk memungut bayaran itu, wakil blok telah dilantik untuk setiap blok. Entah macamana, aku telah dilantik menjadi wakil utk blog oopsss blok aku.

Pada permulaannya, kebanyakan penduduk telah membayar dengan senang hati. Tapi semakin hari semakin susah untuk mengutip bayaran. Macam2 alasan yg diberi. Takkanlah kami selaku wakil blok nak berlagak macam along utk mengutip bayaran tersebut.

Inilah masalah yang dihadapi oleh kami di sini. Orang ramai mengharapkan keadaan keselamatan semakin baik tapi bila masa nak bayar mulalah selek. Bukan banyak mana pun. Cuma seringgit sehari.

Kalau ada pihak yang mengatakan negara kita semakin selamat, aku tak tahulah dakwaan mereka itu berdasarkan kepada apa. Bagi kami di sini kejadian ragut dan pecah rumah masih berlaku.

24 comments:

  1. Malang tak berbau.. peragut ambil kesempatan dari orang tua yang tak berdaya.. RM3000..banyak tu..mujur tak diapa-apakan orang tua dan cucunya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Malang tak berbau. Cuma peragut ni mcm bau aje org tu bawa duit banyak.

      Mesti tergelak besar bila dia tengok ada RM3K dalam beg tangan tu. Paling2 dia ingat setakat seratus dua kot.

      Kakak (atau makcik) tu nak melawan sebab dia tahu mesti tak terlawan. Duit boleh cari tapi kalau cedera parah sebab tersembam lagi tak berbaloi.

      Delete
  2. Kutip tiap2 bln atau penggal..? Awal atau akhir bulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada wakil blok tapi sekarang ini lebih kepada setiap 3 bulan sekali.

      Ada cadangan ke mcmana nak atasi masalah org tak nak bayar ni?

      Delete
  3. hati hati..
    untuk keselamatan.. nanti-nanti.. pegangkan beg mak adam tau!!
    hehheeehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas nasihat tu.

      Beg emak Adam takde bawa banyak duit. Guna kredit kad aje .... ngeeee

      Delete
  4. serupalah dengan tempat abang dulu .. tapi sejak kita dapatkan khidmat RELA sejak kira setahun yang lalu, kejadian pecah rumah boleh dikatakan sudah turun kepada sifar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khidmat RELA di tempat abg tu 24 jam sehari atau waktu tertentu saja?

      Kami pun pernah mengkaji utk menggunakan khidmat RELA tapi bayarannya lebih mahal daripada menggunakan khidmat pengawal swasta. Dengan kutipan yang kurang memberansangkan ini, susah nak guna khidmat RELA..... huhu

      Delete
  5. hati2 yee...
    takpe cakap kat dorang "kami bukan ahlong.. kami nak tolong..!!"..
    ehheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami nak tolong tapi mereka tak nak tolong masyarakat setempat. Nak paksa mcm org yg tinggal di kondo tu tak boleh sebab kawasan kami ni kawasan rumah teres.

      Mungkin kena hantar org perempuan mcm CPL utk tolong kutip bayaran.

      Jom awak tolong saya. Nanti saya belanja minum ..... ngeeee

      Delete
  6. rm 3000, memang kuat la baunya sampai peragut boleh aim..
    kawasan umah sy memang wajib bayar duit maintenance, tapi tu la ramai jugak yang ngelat.bila tengok penyata, ramai yang tak bayar sampai beribu2 tertunggak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi hairan juga mcmana peragut tu boleh terhidu ada bawa duit banyak sedangkan pasangan itu keluar dari rumah. Kalau baru keluarkan duit kat bank tu biasalah sebab mereka pasang spy di tempat pelanggan menunggu tu. Ada jiran depan rumah saya pernah diekori dengan motorsikal selepas mengeluarkan wang di maybank.

      Kalau kawasan kediaman kondo atau apartment ada peruntukan utk mengenakan bayaran maintenance tu. Ada JMC. Tapi di tempat kami ni lebih bersifat sukarela. Itu yg ramai buat2 lupa ..... huhu

      Delete
  7. jd tukang pungut duit mmg tak best, kan..?

    ReplyDelete
  8. biasala malaysians, klu boleh sume nak free.

    nak itu nak ini tapi nak keluar duit poket utk hal keselamatan pun masih nak berkira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah sifat org kita yg membuat kita sendiri rasa malu jadi orang Malaysia. Memang perkara yg paling seronok di dalam hidup ini adalah percuma. Tapi bila dah setuju nak bayar, kenalah bayar.

      Kalau nak free, kena minta polis yg buat rondaan di kawasan ini. Tapi polis tak cukup resources nak jaga tempat kami ni w/pun di sini ada beberapa org pegawai kanan polis.

      Delete
  9. Kesiannya makcik tu (or rather...kakak tu..) kaw rumah mck pun dulu ada kawalan 11pm-6am. Yg join tak ramai....kejadian curi ada juga berlaku.....out of that time tapi org tetap kata...' ada security pun ada pencuri juga..' last last sekarang ni pakat2 jaga rumah sendiri ja...sambutan kurang sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kesian. Malam tu, pihak surau telah mengadakan solat hajat supaya kejadian seperti ni tak berlaku lagi di tempat kami dan peragut itu diberi petunjuk utk berhenti meragut.

      Oh kat tempat makcikkantin dah berhenti skim kawalan ni ya? Di sini tak tahulah berapa lama boleh bertahan. Memang ada yg persoalkan keberkesanan kawalan di sini sebab masih ada rumah kena pecah dan kenderaan termasuk lori kena curi waktu malam semasa sepatutnya pengawal bertugas. Kawasan agak luas sedangkan pengawal cuma 3 orang.

      Delete
  10. samalah kat taman saya, bila bayar semua wat2 lembab, tak tau ke tu tanggungjawab diri sendiri, sendiri ada kesedaran la bayar kan.....akhirnya tertangguh pasal isu2 keselamatan, sebab tak de kerjasama....kalau ada pun, sementara aje kerjasama tuh.....kita yang dok pasang alarm kat umah pun masih lagi nak kawalan keselamatan, org yang tak de alarm bagai kt umah, wat derk aje.....ada tu lagi best, tak mo bayar fee, tak mo ada kawalan keselamatan, katanya kalau derang ronda, umah derang ada pencuri, walau derang tak bayar, takkan dibiarkan aje kan.....pelik tol, org camni pun ada......memang memeningkan, dah tua2 dah beso2 pun masih lagi tak paham2 bahasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh mcm kat sini juga rupanya. Nak kata tak mampu RM30 sebulan tu takkanlah kot. Kebanyakan yg kerja dah jawatan tinggi. Yang Jusa pun ada beberapa org di tempat kami ni (saya tak kata yg jusa tu tak bayar).

      Kita ini hidup bermasyarakat ni kenalah bertolak ansur. Kalau ada yg rasa derang tak bayar sebab derang nak ronda sendiri tapi pada masa yg sama mengharapkan kawalan keselamatan ikut tengok2kan rumah derang tu, memang tak patut.

      Kat tempat kami ini ada juga penyewa yg tak nak bayar sebab dia kata dia hanya menyewa. Kalau nak collect duit, mintak dari tuan rumahnya. Gemuklah kalau mcm tu ...... huhu

      Delete
  11. aduhai..ralat bila berlaku mcm ni'
    macam2 tau2 ada duit dlm tu
    sib baik makcik tu x cedera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenduri besarlah mamat peragut tu bila tengok ada duit banyak dalam handbag tu ..... huhu

      Delete
  12. boleh kata semua taman ada masalah ni YB...taman saya yg nampak macam nice pn masih ada yg degil tak bayar macam ni..lagi2 yg rasa location umah dia bukan yg di aim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org yg degil tak nak bayar ni memang jenis tak suka bermasyarakat. Berapalah sangat bayaran utk kemaslahatan bersama tu ..... huhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails